Friday, April 24, 2020

Day 38 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Macam mana hari pertama puasa di musim PKP? Harap semuanya okay.. Rasa relax sikit bila dah mula puasa ini.. Masak untuk sahur dan berbuka sahaja.. Malam lepas berbuka dah kenyang.. Tak adalah yang mencari makan lagi.. hehehe.. Lepas terawih, minum-minum dan makan kuih je.. Okaylah kan.. Ringan sikit badan bila kurang makan ini.. Tapi dahaga sungguh walaupun cuaca tak berapa panas hari ini.. Petang membawa ke malam hujan lebat.. Tapi masih lagi rasa hangat.. Memang dahaga je.. Tempat kawan-kawan macam mana pula.. Panas atau hujan.. Berbuka apa hari ini??

Hari ini dah hari ke 38 kita dalam PKP fasa 3..

Menu berbuka Sha hari ini.. Maggie goreng dan kek coklat..

Sahur makan nasi lauk ayam goreng dan sambal sardin..

Selamat bersahur dan berbuka ye..

4 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..