Saturday, April 25, 2020

Novel | Abah, Adik Nak Kahwin! oleh Aireen Erina

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya jenuh juga nak habiskan baca.. Geram dengan watak Farhana.. Farhana dalam novel ye bukan blogger Farhana.. Hehehe..

Farhana ini buat perjanjian bodoh dengan kawan-kawan sekolah.. Bila sorang demi sorang kawannya dah kahwin, Farhana rasa tercabar.. Mulalah susah hati mencari kekasih untuk dibuat suami.. Perkenalan dengan Alif akibat pelanggaran kereta hanya membuahkan persahabatan.. Bila bertemu asyik nak bergaduh je.. Kemudia bertemu pula dengan Jay si kasanova berjaya.. Walaupun tahu Jay tu kasanova tetap hati terbuai hinggalah Jay berkahwin.. Terluka dan terjumpa semula Alif.. Pertemuan semula berakhir dengan perkahwinan.. Malangnya kahwin bukanlah perkara main-main.. Alif yang terlalu baik menjadikan Farhana rasa marah.. Geram pula bila baca babak ini.. Dia yang nak kahwin lepas tu main-main pula dengan perkahwinan.. Baru nak berbaik Jay mula kacau daun dan Salwani pula muncul.. Hubungan yang berbelit.. Berjayakah rumah tangga bila ada rahsia antara mereka..

Sha baca pada 23.04.2020 dan selesai pada 24.04.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader
Published March 2013 by Alaf 21

4 comments:

  1. Akak baca sinopsis nya pun dh dtress..berbelit2..hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau nak kahwin semata sebab takut ketinggalan memang macam gitu la ghopenya. Huhu

    ReplyDelete
  3. Tak pernah baca lagi novel ni. Mesti stres dengan Farhana bila baca novel ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..