Saturday, August 28, 2021

ebook | Dia... Tukang Kebun oleh Aein Dhiyauddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini mengisahkan hubungan suami isteri yang bermasalah bila mereka ditangkap basah dan dipaksa berkahwin.. Tanpa mereka sedari, mereka hanyalah mangsa keadaan pada dendam seorang lelaki.. Namun bila hubungan yang baru terbina berantakan dan Hana kemalangan, Wazif cuba mendekati dan menjaga Hana.. Hana langsung tak mengetahui yang dirinya dalam bahaya.. Hana hilang ingatan dan mula menggatal dengan suami sendiri.. Bila hubungan mereka mula melangkah jauh, Hana mendapat serpihan ingatannya.. Cuba untuk bercerai kerana malu namun Wazif tak melepaskan.. Bila mereka mula berbaik, dugaan kembali datang.. Bukan bekas tunang malah pembunuh mula memunculkan diri.. Siapa sebenarnya yang berkali-kali cuba membunuh Hana??

Jalan cerita dia memang kelakar dan juga misteri.. Namun ada beberapa babak hubungan suami isteri yang tak sesuai untuk dibaca remaja sekolah.. Mungkin kena letak tanda bacaan dewasa.. Tak manis dibaca gelagat si Hana yang gatal dan gedik tu namun ada beberapa tips perkahwinan yang boleh diambil oleh mereka yang dah berkahwin..

Sha baca dan selesai pada 26.08.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2019 by Love Novel Publishing Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..