Saturday, August 28, 2021

Kapal Api Grande: White Coffee with Choco Topping

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat peminat kopi yang tak sukakan kepahitan, kopi ini sesuai dengan anda.. Rasanya yang tak pahit, sedikit manis memang sesuai sangat.. Harga pun sangat berbaloi.. RM6.99 (atas talian) untuk 20 sachet kopi.. Sha saja cuba beli dengan harapan akan sesuailah dengan selera.. Kalau tak nak rasa manis, boleh lebihkan sedikit air dia.. Kalau bancuh ikut sukatan yang diberikan memang rasa dia sedikit manis.. Bagi tekak Sha yang tak berapa minat manis, Sha lebihkan sedikit airnya.. Sedap untuk diminum diwaktu sarapan mahupun petang.. Malah boleh ngopi semasa sedang membaca juga..

Kapal Api Grande 3 in 1 White Coffee With Choco Topping 20's x 20g - RM6.99

Kopi dan choco topping..
Okay, pembungkusannya diasingkan.. Menarik..

Choco topping tu diletakkan dibahagian belakang pek kopi.. 

Sebelum bubuh Choco Topping.. Sedap juga rasa dia walaupun tak bubuh Choco Topping tu..

Lepas bubuh Choco Topping.. Rasa dia lebih enak dan menyelerakan.. Cumanya sedikit je serbuk koko tu.. Bukannya banyak macam dalam gambar tu.. kikiki..

6 comments:

  1. kalo manis xkena jgk ngn tekak sy.. hihi

    ReplyDelete
  2. Menarik betul ni siap ada choco topping. Boleh buat art topping ni gayanya

    ReplyDelete
  3. tak pernah rasa lagi kopi kapal api. kalau lebihkan serbuk koko tu maybe lebih sedap..hehe

    ReplyDelete
  4. Wah.. Unik ni. Siap ada topping lagi. Nak try lah

    ReplyDelete
  5. Saya lebih prefer white coffee dari black coffee. Mantap siap ada chocolate topping

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..