Wednesday, September 7, 2022

Drama US | Daredevil S2 (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ulasan Season 1 baca SINI..

Permulaan musim 2 ini agak ganas dimana pembunuhan gang dilakukan oleh seorang lelaki.. Lelaki yang kemudiannya dikenali sebagai Punisher aka Castle.. jenuh juga Matt nak berlawan dengan Castle ini sebab pada Castle, penjahat perlu dibunuh supaya tidak terus melakukan kejahatan.. Musim 2 ini juga baru nampak Daredevil punya suit dan juga lepas kena tembak dengan Punisher, sarung kepala Daredevil di naik taraf.. hehehe.. Syok layan drama ini sebab heronya masih lagi manusia cuma ada kelebihan deria yang sensitif je.. Tapi bila berlawan memang guna kudrat manusialah..

Selain kes Punisher, Matt juga berdepan delima persahabatan dan juga percintaan.. Keadaan jadi lagi keruh bila bekas kekasih lama Matt iaitu Elektra muncul dan Matt kena bantu Elektra berdepan dengan geng Yakuza.. Memang kiri kanan, depan belakang dia kena berlawan.. Hehehe.. Tapi ada penamat untuk kes Castle cuma Elektra je penamat dia agak mengganggu.. Hurm.. Keseluruhan memang menarik..

Daredevil
2015 ‧ Sci-fi ‧ Season 2
Matt Murdock manages to overcome the challenges that he faces due to him being blind since childhood and fights criminals as a lawyer and Daredevil.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..