Assalamualaikum..
Hye semua..
Akhirnya setelah 2 tahun, Sha baca juga sambungan buku Sekali Lagi oleh Auni Zainal.. Kali ini lebih tertimpu pada Khalis.. Khalis yang masih terperangkap dalam ruang waktu silam tanpa boleh kembali ke masa sepatutnya.. Khalis yang terlalu takut untuk berbuat apa-apa sehingga menjadi terlalu protective pada Diari merah tu.. Khalis juga sering dihantui mimpi buruk mengenai Ghazali hinggakan Khalis memusuhi Ghazali dan akhirnya Ghazali juga yang menyedarkan Khalis akan hakikat bahawa sebenarnya apa sahaja yang berlaku ke atas Khalis adalah disebabkan diri Khalis sendiri bukannya orang lain.. Khalis juga turut berjumpa dengan beberapa orang yang pernah menjadi pemilik Diari Merah..
Penulis berjaya menyampaikan sesuatu yang selama ini Sha turut terlepas pandang betapa kita terlalu asyik dengan masa lalu dan masa depan sampai lupa menghargai masa kini.. Terima kasih pada penulis..
Sha baca dan selesai pada 03.01.2023..
Published March 27, 2020 by Iman Publication
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..