Thursday, January 5, 2023

Temujanji Pertama di Tahun 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Temujanji pertama untuk tahun 2023 ini dimulakan dengan Amani.. hehehe.. Begitulah rutinnya.. Pemeriksaan kali ini agak tak memberansangkan sebab bertukar doktor.. Namun perlu hadir semula awal Februari untuk buat tampalan.. Mengikut kata doktor ada satu gigi yang lekuknya agak dalam, kalau tak ditampal akan menyebabkan jangkitan pada gigi.. Doktor nak buat tampalan putih sahaja.. Ini temujanji di Pakar Pergigian.. Owh ya.. Doktor nasihatkan untuk guna flos bagi membersihkan gigi.. Nak kena cari floslah nanti.. huhuhu..

Bertiga je sebab encik suami ada kerja..

3 comments:

  1. Kalau nak mudah guna, Sha boleh cari dental floss stick.

    Sejak guna jenis stick tu barulah akak rajin guna floss. Sebelum tu beli jenis tape, rasa agak susah nak guna.

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan perawaran gigi Amani

    ReplyDelete
  3. teringat masa kt sekolah tiap kali ada nampak van pemeriksaan gigi mesti berdebar

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..