Assalamualaikum..
Hye semua..
Pengalaman semalam.. Kereta Sha keluar asap dekat bahagian enjin belah penumpang.. Lepas tu air meleleh-leleh dekat bahagian bawah.. Nak buka bonet depan, takut.. Ada orang lalu cakap kereta akak terbakar.. Lagilah Sha panik.. Cari kaca mata tak jumpa.. Mujur ada kawan tu suruh Sha telefon encik suami.. Dia nak bantu, dia pun tak tahu nak buat apa.. Sha pun telefon encik suami maklumkan.. Encik suami tanya, suhu naik ke.. Sha cakaplah naik sampai no 4 je..
Dalam pukul 10 lebih encik suami datang ambil kereta.. Bila periksa tak ada pula kebocoran dekat paip atau radiotar pecah..
Berdasarkan video boleh nampak coolant nya membuak-buak keluar ke spare tank (reservoir) apabila engine mula panas.. Masalah ni berlaku bila engine mula panas. Bila panas ada tekanan. Bila ada tekanan mula tinggi, tekanan tu akan mencari jalan keluar.
Itu antara sebab minyak engine bercampur coolant sekiranya gasket head bermasalah sama ada overheat atau torque semasa ikat tak ikut spec..
Tapi dalam kes kereta Sha ni temperature masih normal cuma coolant je yg keluar ke spare tank..
Bila tengok cap radiator, sebahagiannya dah tak ada..
Tu dia.. Barai.. kikiki..
Malangnya masih sama.. Malam tadi encik suami periksa semula dan tengok kipas tak berpusing.. Nampak gayanya memang kena bawa ke kedai juga.. Pagi tadi bila kedai dah buka, encik suami bawa kereta.. Rupanya relay yang bermasalah.. Sebenarnya ini kali kedua kereta Sha mengalami masalah Relay ini.. Boleh baca entry Aircond Kuda Merah Meragam.. Cumanya kali ini dia meragam di dua tempat.. Kosnya RM80..
Innalillahiwainnailahirajiun.
ReplyDeleteSemoga kesusahan Puan Sha digantikan yang lebih baik