Assalamualaikum..
Hye semua..
Hari kedua kami di Kuantan berubah dari jadual yang kami plan.. Awalnya nak sarapan di kedai hipster tapi bila hotel dah sediakan sarapan, kita makan je dekat hotel.. Selesai sarapan terus Sha daftar keluar.. Kami gerak sekitar jam 8.15 pagi menuju ke highway untuk terus ke Lanchang.. Singgah sekejap untuk isi minyak dan ke tandas sahaja..
Menu sarapan yang disediakan hotel..
Awal kami sampai sini dan menjadi keluarga pertama yang masuk ke sini.. Bahagia bila tak ada orang lain.. Boleh berlama-lama disini.. Macam macam haiwan ada antaranya awam, merak, tikus arnab, katak, rakun, ular dan guinea pig..
Cendol Lily ini tak jauh dari tempat rusa dan gajah.. Sebelum tengok gajah, wajib lah kita makan tengahari dulu.. Harga, kuantiti dan rasa memang berbaloilah..
Tempat kedua yang kami tuju.. Sha pergi ini sebelah petang sebab nak tengok pertunjukkan gajah..
Batu Toll Plaza
Singgah ke tandas dan regangkan badan sebelum ke tempat makan malam.. Sempatlah minum kopi dan milo mesin..
Dhon Burger, Petaling Jaya..
Singgah sini sebab encik suami teringin nak cuba berger dan shawarma dia.. Berbaloilah dengan harga.. Anak-anak Sha pun suka cumanya kena beli secara tapau dan makan di kereta.. Meja dia ada 2 je..
Plaza Tol Sungai Buaya
Hentian terakhir kami untuk solat, sebelum gerak balik.. Kami singgah sini sebab R&R Sg. Buloh dan Rawang penuh dengan manusia.. Memang tak boleh nak menyinggah langsung.. Tu yang lajak ke Sungai Buaya.. Dari sini kami ikut jalan lama je balik.. Masa ini dah hujan lebat.. Sampai rumah jam 9.30 malam..
nampaknya don burger enak sekali ya
ReplyDeletemmg puas hati kalau jd pengunjung terawal.. dah la blom ada org... kita² je kat situ mcm tempat itu kita yg punya... hehehe
ReplyDeleteBest bila datang awal. Tak sesak dengan pengunjung lain.
ReplyDelete