Monday, November 6, 2023

Kuala Gandah National Elephant Conservation Centre, Pahang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini tempat kedua yang Sha nak bawa Imani dan Amani.. Tempat ini tak dikenakan bayaran masuk cuma kita digalakkan untuk menyumbang seikhlas hati.. Sampai je kena isi borang untuk daftar masuk.. Selesai daftar dah boleh masuk dalam kawasan.. Cadangan Sha datang selepas lunch sebab sebelah petang ada pertunjukkan gajah.. Ini apa yang Sha bua.. Lepas ke Deerland Park Lanchang Pahang, kami pergi makan tengahari dulu.. Kemudian baru kami ke tempat gajah ini.. Selepas daftar kami masuk dan singgah solot di surau yang disediakan.. Kemudian berjalan melihat galeri yang disediakan.. Ada juga jualan cenderahati dan kafe di bahagian dalam..

Antara galeri yang ada

Sementara menunggu pertunjukan gajah, jom bagi makan gajah dulu.. Makanan gajah dijual dengan harga RM3.. Ada 4 ekor gajah semuanya..

Gajah-gajah turun ke sungai untuk mandi dan membersihkan diri.. Besar dan comel je aksinya.. Ada 3 ekor gajah betina dan seekor gajah jantan..

5 ekor gajah yang buat pertunjukkan.. Gajah-gajah ini 2 diselamatkan dari Pera, 1 dari Johor, 1 dari Gua Musang dan 1 lagi memang dari Pahang.. 

1 comment:

  1. Bagus datang tempat macam ni. Dapat educate anak-anak pasal haiwan terancam.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..