Monday, March 18, 2024

ebook | Gelombang Baru 2: Meniup Taufan oleh Hilal Asyraf

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selepas berjaya mendapatkan tempat kedua, pasukan bola tampar MATRI perlu menghadapi ujian dibubarkan kerana prestasi pelajaran mereka yang lemah.. Jurulatih Hussam kekal bertenang dalam usaha membantu anak-anak muridnya.. Semangat dan kesungguhan mereka membuahkan hasil.. Walaupun tidak cemerlang namun mereka tidak juga mendapat kegagalan.. Semua subjek lulus maka kekallah mereka untuk berlatih dan bertanding..

Satu lagi usaha Hussam ialah membina hubungan pelajar dengan keluarga mereka kerana keredhaan dari mak ayah akan memberikan jalan yang baik buat pelaja-pelajarnya.. Penghujung cerita mereka diuji dengan kerenah dari pihak lawan yang mempercepatkan pertandingan MSSP, namun Hussam hanya tersenyum dan meneruskan latihan luar jangka buat anak-anak didiknya..

Sha baca dan selesai pada 10.03.2024

Published January 1, 2020 by Hilal Asyraf Resources

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..