Monday, March 18, 2024

Malaysia | Detik (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sejarah tu kalau diusik sikit sahaja, pasti akan mengubah perjalanan masa hadapan.. Sebab tu, kita tak boleh nak balik ke masa lampau, kadang-kadang apa yang kita tengah lalui tu sebenarnya dah cukup baik dah.. Tinggal lagi bagaimana kita nak lalui dan hargai sahaja.. 

Drama ini walaupun nampak macam cringe tapi okaylah pada Sha.. Layanlah juga sampai habis.. kikikiki..

Detik
Tarikh Tayangan: 14 Februari 2024
Pengarah: Khalid Nadzri
Produksi: Zamriez Golden Pictures
Pelakon: Sharifah Rose, Sherry Ibrahim, Izzue Islam, Fabian Loo, Halim Radzi, Amyza Aznan, Roy Azman

Sinopsis - Kisah pengembaraan masa yang membawa Irdina (Sharifah Rose) kembali ke zaman silamnya 10 tahun yang lalu selepas menemui satu komputer lama milik seorang profesor.

Irdina membeli sebuah rumah lelong yang telah ditinggalkan hampir 5 tahun lalu. Menurut jiran di situ, rumah tersebut merupakan milik seorang Profesor bernama Aida (Sherry Ibrahim) yang telah meninggal dunia pada tahun 2017. 

Suatu hari, Irdina terjumpa sebuah pintu rahsia. Di dalamnya merupakan sebuah bilik dengan peralatan teknologi yang membolehkan seseorang memasuki ke tahun 2013. 

Irdina hanya perlu memilih tarikh dan mesin itu akan membawanya ke waktu tersebut. Dia sangat teruja kerana dapat menukar sejarah dan ingin mengubah kisah cintanya sendiri.

Berkesempatan bertemu dengan Profesor Aida, dia telah memberi amaran kepada Irdina agar jangan sesekali mengubah sejarah. Apabila Irdina berbuat demikian, semuanya jadi hura-hara!

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..