Sunday, June 30, 2024

Marigold Milk With Malt

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Mantap rasa susunya bila ditambah malt.. Bubuh dalam kopi pun sedap tau.. Jadilah latte.. Memang layan.. Sha beli 3 kotak dengan harga RM3.49.. Kadang pelik juga bila tengok penjual bubuh harga yang ada 9 sen ini.. Walhal kita dah tak guna dah duit 1 sen.. Ish.. Ish.. Sha beli dekat Pasaraya TF dan susu ini memang di pek 3 kotak.. 

Marigold Milk With Malt (200ml)

Jepun | Gekijoban Kimi to Sekai ga Owaru Hi ni Final (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Habis juga siri ini.. Filem ini ada Mamiya.. Dia akhirnya sampai juga ke menara mencari Shinji untuk dibunuh.. Lelaki tak guna yang menculik anaknya demi sebuah kajian gila mencipta vaksin.. Baru je berjumpa Mirai dengan bantuan Aoi dan Yamato tapi ada pula yang buta perut.. Demi dendam sanggup merampas Mirai untuk diserahkan semula kepada Shinji.. Dalam masa yang sama menara dipasang dnegan bom.. Eh.. Geram pula kita yang menengoknya.. Mamiya mati akhirnya menjadi Golem dan Mirai berjaya diselamatkan oleh Yamato dan Aoi..

Movie: Gekijoban Kimi to Sekai ga Owaru Hi ni Final
Also Known As: Love You as the World Ends: The Movie, With You on the Day the World Ends: The Movie, Kimi to Sekai ga Owaru Hi ni Eiga, Kimi to Sekai ga Owaru Hi ni The Movie Final
Screenwriter: Ikeda Natsuko
Director: Sugawara Shintaro
Genres: Action, Mystery, Horror, Romance
Country: Japan
Release Date: Jan 26, 2024
Duration: 1 hr. 55 min.
Utopia was a tower of hope, but it was a tower of despair created by human desires. In Utopia, they were researching the only way to save this world: a vaccine against the monster called Golem. One girl with special antibodies was used as research material. Her name is Mirai, the daughter of Hibiki Mamiya. Hibiki decides to rescue Mirai together with five men who have gathered in Utopia.

The men are trying to rescue their loved ones, to save their family and friends, and to steal food and money to survive. Although each of them has their own non-negotiables and some rebellion, they gradually come to resonate with Hibiki's beliefs and decide to fight together.

Goodreads | Jun 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih lagi bersemangat membaca.. Bulan ini berjaya baca 5 buku fizikal dan selebihnya digital.. Ada yang Sha punya, melalui aplikasi cereka dan juga eSentral.. Menarik kesemua buku yang Sha baca ini..






Saturday, June 29, 2024

Jepun | Kimi to Sekai ga Owaru Hi ni Season 5 (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Musim kelima ini bersambung terus dari penamat di musim ke empat.. Hibiki tak ada dalam musim ke lima ini.. Kali ini cerita tentang Kanae, Kashu, Asuha, Kaito dan Yura yang dah berjaya sampai Utopia.. Apa yang ternampak dimata Asuha bukanlah seindah yang disangka.. Kanae dan Kashu tercampak di dunia bawah manakala Asuha duduk di dunia atas.. Bila Asuha tahu, dia cuba untuk ke dunia bawah mencari Kashu namun dihalang Toma.. Kashu juga cuba merempuh ke dunia atas malangnya gagal dan dicampak balik ke duian bawah.. Bagi mengelakkan Kashu dibunuh, Kanae keluar untuk mencari bekalan yang diminta ketua dunia bawa ditemani Kaito.. Penamat drama ini memang.. Pergh!! Sabar je lah..

Dalam keadaan yang sudah teruk pun manusia masih lagi mementingkan diri.. Berdepan dengan zombie pun manusia masih lagi ego dan hanya memikirkan diri sendiri.. Tetap juga dengan kasta dan kuasa.. Ditindas-tindas mereka yang lemah..

Drama: Kimi to Sekai ga Owaru Hi ni Season 5
Also Known As: Love You as the World Ends Season 5, With You on the Day the World Ends Season 5
Genres: Action, Mystery, Horror, Drama
Country: Japan
Episodes: 5
Aired: Feb 9, 2024 - Mar 8, 2024
Aired On: Friday
Original Network: Hulu
After the death of many of their friends, as well as their separation from Hibiki, Asuha, Kanae, Kashuu, Kaito and Yura enter Utopia, the city of humanity's last hope. They reach one of the two towers, where politicians gather, striving to restore the former civilization by establishing law and order. There, what the survivors witness is an absolute upper and lower world divided by the value of human life. In a world far removed from the utopia, Asuha, Kanae, and the others, torn apart between the "Tower" and the "Under," find themselves entangled in the final battle over Utopia. Eventually, they reunite, but this time as adverseries.

ebook | Siri Black Rose 08: Cermin Sumpahan oleh Dreamer

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah pertama tentang kembar siam yang cemburu kerana salah seorang dari mereka mula berkawan dengan orang lain.. Kisah kedua pula tentang patung kertas yang membalas dendam.. Kisah keempat tentang manusia yang tak percayakan cerita sumpahan cermin dan akhirnya terperangkap dalam cermin.. Kisah terakhir tentang seorang budak yang dilanggar dan cuba membalas dendam..

Sha baca dan selesai pada 26.06.2024..

Published February 1, 2021 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Filipina | Penduko (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nama syarikatnya Senjakala dan Tengah Malam.. Dimiliki oleh orang yang sama.. Tengah Malam membantu memulihkan mereka yang terkena sihir dan Senjakala menghukum penjahat.. Tapi rupanya pemilik organisasi tu jahat sebenarnya.. Mereka menyasarkan Kampung Calamundin sebab kampung tu merupakan tempat yang bagus untuk mereka menubuhkan satu lagi anak syarikat yang akan digunakan melakukan sihir untuk kepentingan mereka yang berkuasa menambah kuasa sehingga peringkat antarabangsa.. Pedro mengetahui kebenarannya semasa melaksanakan sihir dan bertemu ayah dia yang melindungi kampung tersebut.. Ayah Pedro tunjukkan kebenaran kepada Pedro.. Perasaan bersalah membuatkan Pedro meninggalkan syarikat jahat tersebut dan membantu ayah dia..

Movie: Penduko
Also Known As: Pedro Penduko
Screenwriter & Director: Jason Paul Laxamana
Genres: Action, Fantasy, Supernatural
Country: Philippines
Release Date: Dec 25, 2023
Peter Harris, a 20–year–old wimp who was raised in the U.S., embarked on a journey in the Philippines after his father passed away due to an unknown incident. He was searching for his mother, only to stumble upon a mythical curse and evil forces that destroy the town.

Friday, June 28, 2024

ebook | Siri Black Rose 07: Seruan Ouija oleh Dreamer

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini ada empat komik iaitu Seruan Ouija, Tangisan Malam, Jelmaan Roh dan Lembaga Hitam.. Seruan Ouija ini kisah seorang budak yang bunuh diri kerana terlalu tertekan dengan pembelajaran dan pencapaian.. Tangisan Malam pula ialah kisah roh seorang ibu yang sedaya upaya cuba melindungi anaknya.. Jelmaan Roh pula kisah balas dndam seorang nenek yang kehilangan cucunya.. Manakala kisah terakhir pula mengenai manusia yang suka berbuat jahat..

Sha baca dan selesai pada 26.06.2024..

Published December 1, 2020 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Imani Keracunan Makanan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam kelam kabut Sha balik ambil Imani dekat rumah pengasuh.. Awalnya Imani telefon kata muntah-muntah lepas balik sekolah.. Sha suruh dia rehat je dekat rumah pengasuh, tak payah pergi sekolah agama.. Jam 2 lebih pengasuh mesej kata dah lembik, memang kalutlah Sha telefon bos minta kebenaran balik.. Terus pecut ambil dia bawa pergi Klinik Kesihatan Tanjung Malim.. Elok kami nak daftar masuk klinik, Imani muntah lagi sampai keluar air kuning dari dalam perut.. Lembik terus dia, nak jalan pun tak larat.. Doktor periksa cakap kemungkinan keracunan makanan tapi pengesahannya kena tunggu keputusan darah.. Doktor nak dripkan air dekat dia setengah botol dan suruh dia rehat dulu.. 

Masa nak cucuk ambil darah, berdrama dia.. Belum lagi MA tu cucuk, dia dah menangis beria-ia dan cakap sakit.. Elok je jarum tu kena kat tangan, boleh pula dia cakap geli.. Gelak je MA tu tengok dia.. Elok je masuk air, terus dia tidur.. Kepenatan sangat-sangat tu.. Bila Sha tanya, katanya dia makan koko krunch dengan susu dekat sekolah..

Bila keputusan keluar, memang betul keracunan makanan.. Doktor bagi balik lepas habis drip air dan bagi ubat.. Cuti sakit pun dapat.. Masa gerak balik tu dia minum air sikit dengan makan sebab doktor suruh makan sikit-sikit tak nak perut terkejut, tapi tu lah muntah balik dalam kereta.. Balik rumah malam tu suruh dia makan bubur sikit, pun muntah juga.. Memang tidur-tidur ayam lah risaukan dia muntah lagi.. Muntah dah tak ada tapi demam pula dia.. Panas dan merengek-rengeklah dia, tak selesa.. Sha kejutkan dia suruh makan ubat demam lepas tu letak tuala basah dekat dahi.. Mujur memang ubat demam sentiasa ada dekat rumah.. Pukul 2 lebih dekat pukul 3 baru turun suhu badan dia dan elok tidurnya, tak ada gelisah dan merengek.. 

Hari ini nampak macam okay sikit.. Makan roti bakar sekeping.. Tak ada muntah-muntah, badan pun dah tak panas..


ebook | Siri Black Rose 06: Gaun Hitam oleh Leoz, Nicole Bibi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita seram yang disajikan ialah Pembonceng, Gaun Hitam, Manusia Tanpa Muka & Bunga Lily.. Manusia tanpa muka tu sahaja yang agak menyeramkan sedikit manakala yang lagi tiga tu lebih pada sedih dan juga melindungi.. Menariklah walaupun komik seram tapi isinya tak lah seram sebaliknya lebih pada ingin melindungi dan melepaskan..

Sha baca dan selesai pada 25.06.2024..

Published October 1, 2020 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Thursday, June 27, 2024

Korea | Hierarchy (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok sebab ada komen kata drama ini best.. Jadinya cubalah layan tambahan pula episodnya sikit.. Awal-awal tu nampak macam menariklah.. Kang Ha cuba mencari siapa pembunuh In Han tapi bila dah masuk episod 3 dan seterusnya, rasa macam.. Hurm.. Lebih pada sebok mengejarkan si Jae I lah pula bukannya mencari tahu tentang kes In Han.. Oleh kerana dah layan, maka layanlah juga sampai habis..

Kisahnya sekolah anak orang kaya, terima budak biasiswa.. Budak-budak yang pertengahan nak tarik perhatian mereka yang kaya mula membuli budak biasiswa yang tak disukai.. in Han berkawan dengan Jae I dan kerana ini dia dibuli.. Walaupun tanpa arah terus dari Ri An tapi sebab nak mengampu, memang teruklah In Han kena.. Jae I tahu tapi tak cuba nak bantu.. Kemudian In Han ternampak perkara yang tak sepatutnya dan semasa aksi kejar mengejar In Han dilanggar tanpa sengaja hingga menyebabkan kematian.. Kes In Han ditutup untuk melindungi sekolah dan anak-anak orang kaya.. 

Payah juga bila manusia terlalu fikirkan diri sendiri dan angkuh.. Manusia lain yang tak bersalah jadi mangsa.. Bila tengok ending credit, macam akan ada season 2.. 

Drama: Hierarchy
Also Known As: Hairaki
Screenwriter: Choo Hye Mi
Director: Bae Hyun Jin
Genres: Thriller, Mystery, Romance, Youth
Country: South Korea
Episodes: 7
Aired: Jun 7, 2024
Aired On: Friday
Original Network: Netflix
Duration: 1 hr. 5 min.
Jooshin High School is the most prestigious school in South Korea. The school was established by the conglomerate Jooshin Group. Normally, only students who are chosen at birth to attend Jooshin High School are allowed. Those students include Jeong Jae Yi, who is the first daughter of the family that runs the Jaeyool Group; Kim Ri An, who is the successor of the Jooshin Group; Yoon He Ra, who is the youngest daughter of the trading company International Yoon, and Lee Woo Jin who is the second son of a powerful politician family.

Meanwhile, Kang Ha is transferred to Jooshin High School. He possesses a pure and innocent smile, but he holds a secret. Due to him, the concrete world of Jooshin High School begins to crack.

ebook | Siri Black Rose 05: Jerat Tingkat 4 oleh Dreamer

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini ada 4 cerita seram.. Tingkat 4 tu memang menariklah plot twist dia.. Gangguan yang memang dah disangka namun kesudahannya mengejutkan.. Cerita kedua mengenai kedegilan mematuhi peraturan.. Cerita ketiga pula mengenai seorang ibu yang tertekan dengan musibah menimpa anaknya.. Manakala cerita keempat pula, yang dianiaya akhirnya dapat pembelaan..

Sha baca dan selesai pada 25.06.2024..

Published September 1, 2020 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

India | Aval Peyar Rajni (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mulanya Sha ingatkan filem seram.. Ada unsur seram dan suspen.. Rupanya kisah balas dendam disebabkan teraniaya dan lari dari fitrah.. Gitu..

Bermula dengan kematian misteri suami Gowri, Naveen iaitu adik Gowri turut menyiasat sebab terlalu banyak kesangsian.. Suami Gowri bukanlah orang yang bermain kayu tiga tapi kemunculan watak perempuan yang tak dikenali memang mengundang kesangsian.. Naveen akhirnya berjaya menjumpai pelakunya tapi apa yang Naveen nampak dan realiti, sangat berbeza.. Kebenaran akhirnya terbongkar bila Naveen berjaya menjumpai bukti yang sebenar.. Bukti tu akhirnya membawa kepada penemuan yang mengejutkan Naveen.. Naveen akhirnya jumpa punca kenapa suami Gowri dibunuh dan Gowri diculik penjahat..

Aval Peyar Rajni
2023 ‧ Thriller/Action ‧ 2h 1m
Siblings Naveen and Gowri find themselves in chaos and danger with a looming life threat which unravels a mysterious quest to uncover the identity of Rajni.

Wednesday, June 26, 2024

Cerpen | Cempaka Ayah oleh Ieyqaroses

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerpen ini Sha baca di apliasi Cereka.. Cerita tentang seorang anak yng selalu inginkan kehadiran yahnya setiap kali dia menerima anugerah disekolah.. Namun ayab tersayangbtak pernah hadir.. Hinggalah pada majlis anugerah percubaan SPM, ayah yang ditunggu ditimpa kemalangan.. Meninggalkan sepucuk surat dan sebekas coklat buat tatappan si anak.. Rupanya bukan si ayah tk mahu datang, tapi keadaan diri membuatkn si ayah rendah diri..

Pengorbanan seorang ayah yang inginkan anaknya berjaya..

ebook | Abah Saya Cef! oleh Hafirda Afiela

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku tentang seorang anak yang bagga dengan kerjaya abahnya iaitu tukang masak.. Memang comel..


Info buku
Tajuk - Abah Saya Cef!
Penulis & Ilustrator - Hafirda Afiela
Penerbit - Karangkraf
ISBN - 9789674460471
Tahun Terbit - 31 March 2015
M/S - 20

ebook | Ayah Apa Itu? oleh Alam Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini tentang seorang anak yang rajin bertanya.. Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung Ana bertanyakan banyak soalan kepada ayahnya.. Semua soalan itu berkaitan dengan pokok kelapa seperti kegunaan buahnya, batangnya dan juga daunnya.. Memang menarik..

Info buku
Tajuk - Ayah Apa Itu?
Penulis & Ilustrator - Alam Anuar
Penerbit - Karangkraf
ISBN - 9789674460549
Tahun Terbit - 31 March 2015
M/S - 20

ebook | Kumpulan Puisi Kanak-kanak: Kenangan Ayah oleh Zainal Abdul Kadir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku puisi ini mengandungi puisi tentang pesanan ayah, ibu dan nenek.. Selain itu puisi yang dipaparkan juga berkenaan tentang pentingnya pembelajaran, bagaimana ayah memupuk minat membaca pada anak-anak, hirmatkan guru, cabaran seorang guru, kerjaya lain serta peristiwa-peristiwa penting dalam negara dan kisah nabi.. Malah penulis turut berkongsi pengalaman ayah ke Jepun melalui puisi..

Memang uniklah isi buku ini.. Sesuai dibaca semua golongan.. 

Sha baca dan selesai pada 25.06.2024..

Published January 1, 2018 by Dewan Bahasa dan Pustaka

Tuesday, June 25, 2024

ebook | 48 Hours oleh Alchemyona

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat ebook ini secara percuma dari penulis kerana terpilih sebagai penerima rawak oleh penulis setelah memasuki Giveaway yang dianjurkan penulis.. Rezeki memnag tak pernah salah alamat.. Gitu!!

Menarik okay cerita dia.. Kisah Aya yang dijadikan bahan ujikaji dan menerima kesan sampingan tak terduga.. Rupanya bukan Aya sahaja yang jadi bahan ujikaji.. Ren pun sama, cumanya tak diceritakan secara terperinci.. Ren ini kiranya rakan baik Aya yang menghilang dan terlibat dengan organisasi salah.. Tapi bila Ren selamatkan Aya dari ditangkap polis, Aya juga ditawarkan untuk berkerja dengan organisasi yang sama.. Keadaan Aya mula terserlah saat-saat penghujung cerita dan ada beberapa persoalan yang belum terjawab.. Memang kena tunggu sambunganlah nampak gayanya.. 

Ada beberapa penambah baikkan yang boleh penulis buat.. Harapnya penulis terus berkarya..

Sha baca dan selesai pada 24.06.2024..

Published April 29, 2024

TCA MOPD #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa doktor hari ini.. Masa mula-mula ambil bacaan tekanan, tinggi betul mungkin sebab berlari dan otak tengah serabut.. Nurse suruh bertenang dulu baru ambil bacaan lagi sekali.. Baru okay.. Doktor gelak-gelak je jumpa Sha hari ini.. Doktor bagi tahu kena makan ubat dan paling penting buang gula.. huhuhu.. Doakan Sha berjaya ye.. Selalu je terbabas bab gula ini.. 

Menanti giliran dipanggil..

Ubat kena makan 1 biji, 2 kali sehari..

Sempatlah pergi ambil surat ini dekat Klinik Kesihatan Tanjung Malim, jam 2 tadi.. Jururawat telefon Sha Jumaat lepas untuk ambil surat ini dan maklumkan tarikh temujanji.. Temujanjinya minggu hadapan.. Sempatlah melalak dalam kereta dulu.. Adoi!! Emosi betul.. Jururawat tu bagi tahu dia akan simpan no telefon Sha dan telefon lagi untuk follow up case Sha.. Kira macam walaupun dah dipindahkan ke Hospital, KK masih ambil tahu lagilah.. Gitu.. Bertambah satu lagi klinik temujanji.. SOPD..

ebook | Travelog Biaq Pi Lah! oleh Dr. Hayya Bilal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini membawakan kita cerita tentang Jamilah, seorang budak kampung yang montel dan terkenal dengan panggilan Bab.. Bermacam-macam kisah zaman kanak-kanak yangdikongsikan Bab kepada pembaca.. Kisah yang membuatkan kita rindukan zaman kanak-kanak kerana ada kisah yang dekat sangat dengan kita.. Kita melaluinya juga jadi buku ini memang ohsem.. Ada beberapa perkara yang masih lagi berlaku hingga sekarang seperti sihir, semoden mana pun kita sihir tak pernah ditinggalkan.. Masih ada yang melakukannya tak kiralah oleh orang yang tak dikenali mahupun saudara sendiri.. Bila agama dilupakan memang manusia akan hilang akal.. Seronok baca travelog ini walaupun ada beberapa perkara yang Sha tak setuju namun perkongsian penulis sangat dekat dengan Sha..

Sha baca dan selesai pada 23.06.2024..

Published January 1, 2018 by Buku Pojok

Sebakul Durian

Assalamualaikum..
Hye semua..

Musim durian kembali lagi.. Selalunya Sha beli dengan pengasuh anak Sha je tapi sejak tahun lepas dah tak ada buahnya.. Memang tak berharaplah tahun ini.. Sekali terjumpa pos FB mengenai durian yang dijual dengan murah.. Sebakul RM30 sahaja.. Bila dah selalu nampak, memang teringinlah nak cuba membeli.. Ahad tengahari tu sajalah pergi tengok.. Alhamdulillah ada rezekinya.. Buahnya comel-comel saja.. Buah kampun.. Buah baru tau.. Sha cakap buah baru sebab jenuh juga nak membukanya.. Hahaha.. Saat entry ini ditulis masih ada 2 biji lagi duriannya.. 

Pos inilah yang buat Sha teruja..

Dapatlah 6 biji yang comel-comel..

Buah pertama.. Cantik isi dalam dia..

Buah-buah yang lain pun isinya cantik.. Memang berbaloilah untuk melepaskan rasa teringin..

Monday, June 24, 2024

Indonesia | Agak Laen (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kan.. Tak terniat pun nak tengok filem ini tapikan disebabkan satu klip dekat FB ke Youtube, Sha tak ingat.. Teruslah tengok juga filem ini.. Memang kelakar walaupun ada sedikit seram.. hahaha.. 4 sekawan, buka rumah hantu.. Awalnya tak ada apa tapi hari pertama mereka bermula dengan misi baru, seorang lelaki mati disebabkan terlalu terkejut.. Lelaki tu memang ada sakit jantung jadinya bila terlalu takut teruslah meninggal.. Diorang pula ambil jalan singkat dengan menanam mayat lelaki tu dalam rumah hantu mereka.. Bermulalah episod rumah hantu mereka jadi viral kerana memiliki hantu sebenar iaitu lelaki yang mati tadi.. Awalnya semua okay sahaja sampailah polis mula mencari lelaki itu.. Lepas satu, satu perkara menimpa mereka.. Adoilah.. Tapi yelah, salah tetap salah lah kan..

Agak Laen
2024 ‧ Comedy/Horror ‧ 1h 59m
Four friends running a haunted house search for new ways to scare visitors, but hijinks ensue when they take things a step too far.

ebook | X-VENTURE Unexplained File L07 - The Tormented Triplets by Chang Lip Wei, Liew Chek Kee, Sloow Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik kali ini tentang Kembar Sempurna dan info mengenai Genetik.. Penerangan mengenai gen dan dna.. Kisah kehilangan seorang kembar dan hantu budak perempuan yang berlegar-legar didalam rumah memberikan info kepada Ash.. Mereka turut bertemu dengan musuh mereka iaitu cerebrus yang dikenali Madam White.. Penjahat yang menginginkan dunia yang sempurna hingga sanggup memperalatkan sepasang suami isteri hingga mengorbankan salah seorang dari mereka..

Sha baca dan selesai pada 21.06.2024..

Published February 1, 2017 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Imani & Nasyid

Assalamualaikum..
Hye semua..

Imani sertai nasyid di sekolah agama.. Awalnya Sha ingatkan pertandingan biasa-biasa sahaja.. Tambahan pula banyak drama air mata dari Imani sejak dia sertai nasyid ini.. Mujurlah ustaznya sabar melayan dan mengajar.. Mereka pun baru pertama kali nak menghantar wakil untuk kategori nasyid ini..

Memang tak duga pun ke mana arahnya.. Bila Imani bagi tahu tarikh pertandingan pun Sha tak adalah kalut ke apa sebab buat hari Ahad.. Jumaat (21/06/2024) baru Sha jumpa ustaz dan tanya nak berkumpul pukul berapa dan dimana pertandingannya.. Masa ini barulah macam, eh.. Jauh juga tempatnya.. Pertandingan diadakan di Kuala Kubu Bharu dan ianya peringkat Daerah.. Alhamdulillah.. Walaupun hanya ada dua sekolah saja yang bertanding untuk kategori nasyid, sekolah Imani agak cemerlang untuk beberapa pertandingan lain.. Nasyid ini mereka dapat Johan untuk kategori perempuan, naib johan pula untuk kategori lelaki.. Lepas ini kena bertanding peringkat negeri pula.. Semoga lebih bersemangat dan lebih kemas persembahannya..

Bersama rakan-rakan dna tenaga pengajar..

India | Shaitaan (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Memang gila betul cerita ini.. Bagus ditonton sebenarnya.. Zaman sekarang, bukan boleh percaya orang sebarangan.. Bahaya.. Bahaya.. Kena fikir buruk dulu..

Macam cerita inilah.. Sebuah keluarga yang bahagia jadi huru hara bila tak sengaja terbaik dengan seorang lelaki.. Lelaki tu pula bagi anak perempuan dioarang makan apa entah sampai anak perempuan diorang dengar cakap lelaki tu.. Kira kena sihirlah.. Memang teruk jugalah keluarga lelaki ini kena dengan mamat gila tu.. Tapi semangat dan kasih sayang seorang ayah berjaya menyelamatkan anak perempuan dia.. Cuma sepanjang tengok cerita ini memang tak senang duduklah dibuatnya.. Jantung rasa nak meletup je tengok perangai gila lelaki jahat tu.. 

Shaitaan
2024 ‧ Horror/Drama/Thriller ‧ 2h 20m
A family outing takes a terrifying turn when an intruder takes over the body of the teenage daughter, putting her at the mercy of increasingly sinister orders.

Sunday, June 23, 2024

ebook | X-VENTURE Unexplained File L06 - The Marshland Monster by Chang Lip Wei, Liew Chek Kee, Sloow Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jelmaan Berselut muncul membuat kacau, 2 manusia menjadi korban.. Semasa Ash dan Kelly menyiasat mereka bertemu Burt manusia bersisik yang dijadikan bahan uji kaji oleh penjahat.. Mereka bertemu musuh lama yang gila dan terlepas lagi namun mereka tak berjaya berjump dengan pembunuh yang dicari..

Kulit menjadi topik untuk komik kali ini.. Info yang dikongsikan adalah mengenai kulit merupakan organ paling besar untuk manusia, keratan rentas kulit, bagaimana kuku tumbuh, kitaran hidup rambut, bagaimana peluh terbentuk, kuman pada kulit, fungsi kulit dan beberapa lagi.. Owh ya dekat hujung komik ada kuiz tau..

Sha baca dan selesai pada 21.06.2024..

Published November 1, 2016 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Jepun | Lumberjack the Monster (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang padulah.. Cumanya kalau tak suka tengok babak gore janganlah tengok filem ini.. Selamba je dia bunuh orang.. Pembunuh bersiri serang Akira seorang peguam yang juga psikopat, tapi Akira berjaya lepaskan diri.. Sebelum pembunuh tu berjaya ditangkap polis, Akira nekad mencari.. Semuanya kerana ingin mendapatkan data yang dimiliki pembunuh.. Pembunuh tu sebenarnya ada kaitan dengan kes penculikan budak-budak yang berlaku belasan tahun dahulu.. Sasaran pembunuh tu memang budak-budak yang diculik dan dijadikan bahan eksperimen.. Paling tak sangka kesudahan cerita ini.. Adoilah..

Movie: Lumberjack the Monster
Also Known As: Monster the Woodman, Kaibutsu no Kikori
Director: Miike Takashi
Screenwriter: Koiwai Hiroyoshi
Genres: Thriller, Mystery
Country: Japan
Release Date: Oct 13, 2023
Duration: 1 hr. 58 min.
A bizarre, but bloody serial murder case takes place. The murders seem to be influenced by the picture book "Kaibutsu no Kikor." The serial killer wears the mask of the "Lumberjack Monster" and attacks his victims' with an ax to take their brains. The serial killer's next target becomes the lawyer Ninomiya Akira. The lawyer is unusual in that he lacks empathy for others. He is also a cold-blooded and heartless person and carries the traits of a psychopath.

Other people become involved in the case including profiler Toshiro Ranko, Ninomiya Akira’s fiancĂ©e Hasumi Emi, Dr. Sugitani Kuro and past murder case suspect Kenmochi Takeshi. The case needs to be solved like a puzzle, including finding out why the serial killer takes the victim's brain and why the next target was chosen. Ninomiya Akira must work to solve this puzzle to save his own life.

~~ Adapted from the novel "Kaibutsu no Kikori" by Kurai Mayusuke.~~

ebook | Seluruh Cinta Buatmu oleh Aina Hamra

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk macam cerita cinta meleweh-leweh tapi bila baca rupanya tak.. Kisah si Ali yang menjaga Lily dari dibunuh.. Lily merupakan pewaris kepada syarikat gergasi di Jepun.. Diburu Kenzo yang dendam dengan mak si Lily ini sebab kena tolak.. Mak Lily berjaya dibunuh tapi Lily sempat diselamatkan Ali.. Membesar bersama dan selalu bersama membenihkan rasa cinta di hati masing-masing namun ketidak samaan status antara mereka menyebabkan Ali memendam rasa.. 

Ali dan Lily ini duduk di Malaysia namun bila Kenzo muncul di Malaysia, mereka balik semula ke Jepun.. Lily nak diturunkan kuasa, dalam masa yang sama perangkap dipasang untuk mennagkap si Kenzo ini.. Perangkap Ali dan perancang ayah serta atuk Lily bertembung.. Ali tercedera dan salah faham terjadi..  Jangan risau, penamatnya bahagia cuma adalah kacau bilau sikit sebab salah faham..

Sha baca dan selesai pada  20.06.2024..

Published January 1, 2020 by Hajar Humairah binti Rosely

Saturday, June 22, 2024

India | Jai Ganesh (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bagaimana seorang lelaki yang tak boleh berjalan, hidup dalam keadaan marah pada diri sendiri akhirnya berusaha sedaya upaya cuba menyelamatkan seorang budak yang diculik dan dikurung di suatu tempat yang tidak diketahui.. Keterbatasan dia membuatkan dia tak berdaya namun kata-kata semangat dari ayahnya akhirnya berjaya menaikkan semangat untuk terus berusaha hingga ke masa terakhir.. Memang bestlah..

Jai Ganesh
2024 ‧ Drama ‧ 2h 5m
Striving for normalcy, paraplegic designer Ganesh Gangadharan wrestles with inner demons in unforgiving shadows of sympathy.

ebook | X-VENTURE Unexplained File L05 - The Looming Dark by Chang Lip Wei, Liew Chek Kee, Sloow Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik kali ini tentang sistem penghadaman.. Menarik okay.. Allen meminta bantuan Ash dan Kelly menyiasat kematian tiba-tiba.. Semasa menyiasat, Ash menyatakan terdapat unsur-unsur sihir menggunakan racun yang dibuat dari haiwan berbisa.. Namun Kelly mencari bukti saintifik.. Semntara itu kes kedua muncul dimana beberapa wanita yang mahir dalam membuat racun tersebut telah diculik.. Adakah dua kes ini saling berkaitan? 

Bercerita tentang pemakanan, piramid makan, sistem penghadaman dan macam-macam lagi berkaitan perut serta penghadaman..

Sha baca dan selesai pada 19.06.2024..

Published September 1, 2016 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Thailand | Slyth: The Hunt Saga (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem fantasi.. Sambil-sambil nak kosongkan fikiran.. Jomlah layan cerita yang tak logik ini.. Tapi isu yang dibawakan itu mengenai keadaan bumi yang tenat dan semakin sukar diduduki bukanlah benda yang asing.. Kalau kita tak jaga, lama-lama nak bernafas pun payah..

Kisahnya manusia memburu makhluk jadian bernama Slyth sebab kononya makhluk ini jahat.. Walhal ada seekor dari kalangan Slyth ini dengki tengok kerjasama manusia dan Slyth jadinya dia serang keluarga saintis dan bunuh isteri saintis tu.. Lepas tu dia bagi tahu saintis tu yang darah Slyth putih boleh hidupkan isteri dia.. Saintis ini pun buatlah game yang buat manusia bunuh Slyth untuk tangkap Slyth putih ini.. Senang betul kena tipu.. Mati memang matilah.. Tak ada nya mau hidup balik..

Movie: Slyth: The Hunt Saga
Also Known As: Slyth Project La
Screenwriter & Director: Peed Panchapong Kongkanoi
Screenwriter: Nuttapot Potchumnean
Genres: Action, Romance
Country: Thailand
Release Date: Dec 5, 2023
Duration: 1 hr. 39 min.
After a deadly forest fire sweeps the earth and fills the air with pollutants, society is on the brink of collapse and riddled with disease. The only hope seems to be in a legend come to life: that of the Slyth, a reptilian species that can disguise themselves as humans and possesses blood that can cure disease. The hunt is on.

Friday, June 21, 2024

ebook | X-VENTURE Unexplained File L04 - The Cursed Painting by Chang Lip Wei, Liew Chek Kee, Sloow Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Okay kali ini buku ini cerita tentang bau dan lukisan puaka.. Buat pertama kalinya watak Allen muncul.. Allen ini polis yang menyiasat ke kematian seorang hartawan setelah membeli lukisan puaka ini tadi.. Betulkah lukisan tu membunuh atau ada yang cuba mengambil kesempatan.. Penyiasatan yang mantap dan mengujakan..

Info yang buku ini kongsikan pula tentang kenapa deria bau sangat penting buat manusia.. Bagaimana pernafasan berfungsi.. Apakah foktor yang membantu kita menghidu denban baik? 

Sha baca dan selesai pada 19.06.2024..

Published January 1, 2016

Tembikai Black Beauty & Hami Melon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama betul tak nampak tembikai jenis Black Beauty ini.. Bila jumpa memang belilah sebiji.. Alhamdulillah manis betul isinya.. Puas hatilah beli.. Sha memang suka betul makan tembikai sejak Ramadan tahun ini.. Boleh dikatakan, memang sentiasa adalah tembikai merah dalam peti ais.. Selalu beli yang bulat biasa tu je.. Bila jumpa Black Beauty ini, memang belilah sebab bukan selalu ada..

Hami Melon ini pertama kali Sha jumpa dekat pasaraya sini.. Belilah sebab nak rasa.. Boleh tahan juga harga dia.. Rasa dia manis tapi tak adalah terlalu manis.. Sedang-sedang je manis dia, yang pasti rangup dia tu.. Pergh!! Krup krap, krup krap bila gigit..

Tembikai Black Beauty (2.806kg) - RM12.04
(1kg = RM4.29)

Merah isinya dan biji dia banyak..

Hami Melon (2.060kg) - RM2.58

1kg = RM9.99
Hargapun mengancam.. kikiki..

Oren cantik isinya..