Tuesday, August 27, 2024

Early Birthday Gift

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha cadang nak beli hujung bulan 9 sebenarnya tapi pagi Jumaat (23/08/2024) masa scroll Shopee, eh.. Ada tawaran harga baik punya.. Teruslah Sha beli.. Harga dia kalau dekat kedai memang mahallah.. Shopee pula, kedai tu saja yang bagi diskaun dan harga berbaloi.. Paling syok bila helmet ini selamat sampai pada Sabtu petang.. Memang pantas dan laju betul penghantarannya.. Berbaloilah.. Mula tu Sha risau juga sebab kedai guna pos tak berdaftar dengan shopee.. Jadi tak boleh nak ikut dimana keberadaannya.. Tahu-tahu terima mesej dari orang JNT kata dah sampai.. Lega bila dah dapat dalam tangan..

Owh ya.. Helmet ini bukan untuk Sha tapi encik suami.. Hadiah untuk ulang tahun kelahiran beliau yang akan tiba pertengahan bulan Oktober ini.. Warna dan corak tu sama dengan helmet Sha..

Givi Helmet Scudo 35.0 Draco Blcak Red (M)

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..