Monday, August 26, 2024

ebook | FREKUENSI oleh Rizal Ramli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gilalah.. Baca buku ini macam tengok filem mengenai zombie.. Perasaan teruja, takut dan berdebar-debar tu silih berganti.. Cara penulis menyampaikan cerita tu pun buat kau rasa macam kau turut berada dalam situasi watak..

Bermula dengan haiwan tiba-tiba mengamuk dan seminggu kemudian manusia pula.. Langit seolah-olah terkoyak, ada suara dalam kepala.. Ramai yang mula menjadi gila dan menyerang mereka yang normal, dalam masa yang sama ada yang mula berubah.. Tak gila, tak diserang orang gila tapi punya perangai yang lagi gila.. Nampak normal tapi tak dijangka.. Huru hara jadinya.. Watak utamanya Zaril berubah selepas cuba menyelamatkan Mei Lin namun hanya menyerang mereka yang seperti dirinya tapi gila..

Cuma tu lah.. Ada beberapa perkara yang tak ada jawan.. Penulis tinggalkan sebagai persoalan.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 25.08.2024..

Published March 15, 2024 by Buku Fixi

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..