Friday, October 18, 2024

ebook | You Matter by Christian Robinson

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang mengetengahkan mesej penting bahawa setiap orang berhak dihargai, tidak kira betapa kecil atau tidak pentingnya mereka mungkin rasa.. Buku bergambar ini menonjol dengan gaya ilustrasi yang ceria, warna-warna terang, dan imej-imej yang menarik.. Melalui penceritaan visual yang mudah tetapi mendalam, penulis berjaya menunjukkan pelbagai perspektif, termasuk serangga kecil, burung di angkasa, dan manusia yang berdepan cabaran hidup.. Buku ini mengajak pembaca untuk merenung bahawa dalam setiap situasi, seseorang itu masih penting dan mempunyai nilai tersendiri.. Secara keseluruhannya, You Matter merupakan karya yang memberi inspirasi dan mencetuskan rasa tenang..

Buku ini juga berjaya meransang emosi untuk kembali membaca pada Sha..

Sha baca dan selesai pada 17.10.2024..

Published June 2, 2020 by Atheneum Books for Young Readers

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..