Tuesday, December 31, 2019

2019 Reading Challenge #12

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini buku pilihan Sha banyak ebook.. Sebab apa?? Tak ada sebab pun.. hehehe.. Cuma terjumpa buku-buku yang menarik ini di Aplikasi Oakbee, tu yang baca.. Saja tukar bahan bacaan pula, walaupun sebenarnya tak berapa feel sebab tak pegang buku tapi masih mengujakan untuk dibaca.. Ada beberapa buku ini memang Sha tak berniat untuk beli sebab bukan berada dalam genre kesukaan Sha namun Sha selalu pelbagaikan bahan bacaan Sha supaya otak Sha berkerja.. Kikiki.. Kadang malas otak ini, nak baca genre kesukaan je.. Sesekali kita suruh otak hadap genre lain pula.. Tahun 2019 ini mood membaca turun naik namun masih lagi membaca.. Harapnya 2020 pun masih akan konsisten membaca..




Antara buku yang berjaya Sha baca:-
2. Askar Comel: Misi Menyelamat Puteri Diva oleh Fit Rafael
3. Dislokasi Jiwa oleh Syikin Zauzi - ebook
4. Projek Cinta: Kampus oleh Nurul Syahida, Qaseh Husna, Nurina Feeza - ebook
5. Hakoniwa Detective Agency 01 by Oka Okazaki - ebook
6.  Infantisid oleh Rozlan Mohd Noor - ebook
7. Hujan Coklat oleh Rozaini Udin - ebook
8. Jom Balik Kampung! oleh Rozaini Udin - ebook
9. Videotape oleh Adib Zaini - ebook
10. Soulmate Tuan Profesor oleh Batiah Hadi - ebook
11. Lawak Bumper: Menghimpunkan Kartunis Popular Tanah Air oleh Roshihan Annuar Yub - ebook
12. Kriminal: Catatan Seorang Wartawan Jenayah oleh Syahril A. Kadir - ebook
13. Jahanam oleh Hasrul Rizwan - ebook
14. Pecah oleh Khairulnizam Bakeri - ebook
15. Harry Potter Dan Bilik Rahsia (Harry Potter #2) oleh J.K. Rowling
16. Misi Cikgu Baru oleh Nazry Salam, Amin Daud - ebook
17. Kampus oleh Syafiq Aizat - ebook
18. Dalam Bilik Darjah oleh Sofuan Saadon - ebook
19. Harry Potter and the Sorcerer's Stone: Dengan Batu Hikmat (Harry Potter #1) oleh J.K. Rowling
20. Tupai, Bangun! oleh Siti Zarinah, Aminudin Hadinugroho - ebook
21. Ciki Hilang! oleh Noraminah Omar, Mohd Shukri Ahmad - ebook
22. Lawak Kampus (Lawak Kampus #01) oleh Keith, Zelo - ebook
23. Lawak Kampus: Rebound (Lawak Kampus #02) oleh Keith - ebook
24. Lawak Kampus: Revive (Lawak Kampus #03) oleh Keith - ebook
25. Gulai Siput Daun Kaduk oleh Fida Rohani - ebook
26. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban: Dengan Banduan Azkaban (Harry Potter #3) oleh J.K. Rowling
27. Please Don't Be Gelojoh oleh Izma Qahiera
28. Cinta Tanpa Syarat oleh Qaseh Husna - ebook
29. Aspura oleh Azwar Kamaruzaman - ebook
30. Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM): Tentera oleh Artis-Artis Komik-M
31. Ulam Kasih Sambal Cinta oleh Norzailina Nordin - ebook

Novel | Ulam Kasih Sambal Cinta oleh Norzailina Nordin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini menarik sebab tajuknya.. hehehe.. Menggunakan makanan sebagai tajuk dan juga isi dalam cerita mampu membuatkan Sha terliur sepanjang pembacaan.. Kisah chef hotel yang berkenalan tapi tak berbaik namun saling menyimpan rasa.. Satu chef pastry, yang satu lagi chef masakan melayu.. Kerja pula dekat hotel.. Bila melibatkan makanan ni, faham-faham jelah.. Memang cerita jadi lagi menarik dan ohsemlah untuk dibaca.. Namun bila datang orang ketiga, hubungan yang baru nak bermula jadi hancur.. Baik atau tak mereka ini, kenalah baca sampai habis..

Sha baca dan selesai pada 30.12.2019..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published April 2015 by Alaf 21

Shopee | Baju Kurung Moden Manja

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mulanya 2 rakan pejabat Sha yang beli baju ini.. Bila sampai kami cuba pakai baju mereka, nampak cantik pula.. Sudahnya semua beli untuk dijadikan baju sedondon.. Belilah juga sebab ada potongan harga dan penghantaran percuma.. Kalau tak tu memang berat sikitlah nak membeli.. Harga asalnya RM129, dapat diskaun jadilah RM55 je.. Memang cantiklah bila dah pakai.. hehehe..

Sha beli pada 18.12.2019 dan baju sampai pada 20.12.2019..

Akhirnya pada 30.12.2019 berjaya juga pakai baju ini.. hehehe.. 

Monday, December 30, 2019

Komik | Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM): Tentera oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kompilasi komik yang sangat menarik bertemakan tentera.. Ada 9 cerita yang menyentuh perasaan dan memberi rasa walau tanpa ayat.. Gambar saja sudah cukup untuk memberi impak kalau hati kita tak keras.. yang best kartun yang terakhir pasal tentera bawang.. Memang kenalah dengan situasi sekarang ini.. Terlalu cepat perkara viral boleh tersebar dan tentera bawang akan memainkan peranan mereka.. Bersembunyi di sebalik keyboard dan menyerang tanpa mempedulikan siapa benar dan siapa salah..

Antara cerita dalam ini:-
Terima Kasih, Abah
Ikhtiar Hidup
Pergi
Peluang Kedua
20 Tahun
Siong
Gerak Gerak Gerak Khas
Logam
Tentera Bawang

Sha baca dan selesai pada 30.12.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published March 25th 2019 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd

Makanan | Clear Sup Serda Thailand

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru berkesempatan nak makan salah satu produk Maggi Serda Thailand ini.. Yang bungkusan biru ini Meehoon bukan Maggi.. Rasa dia macam Meehoon PAMA.. Sedap dan tak pedas.. Yang ini Sha tambah telur je.. Kalau ada sawi bunga lagi sedap.. Pada tekak Sha lah.. Nama pun makanan segera, memang tak baguslah makan selalu.. Sesekali tu okaylah.. Ini pun beli sebab nak rasa.. Kikiki.. Okaylah buat stock kalau nak cepat.. Meehoon ini Sha masak atas dapur, bukan rendam.. Tu yang buat lagi sedap.. hehehe..

Inilah rupanya bila dah masak.. Tambah telur buat bagi penambah sedap.. hehehe..

Novel | Aspura oleh Azwar Kamaruzaman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah mengenai pelajar sekolah asrama.. Gangguan yang berpunca dari khilafnya seorang anak dalam menanggung beban dosa si ayah.. Ridzuan tahu dia telah tersalah langkah namun tak mudah nak berpatah balik.. Alip dan Farid pula dengan tak sengaja telah menyeru.. Mereka bertiga diganggu.. Sehinggalah nyawa hampir melayang, mujur ada Abang Akram yang sudi membantu.. Ada seram, persahabtan dan juga pengajaran.. Bila nafsu menjadi raja yang tak bersalah menjadi mangsa..

Sha baca dan selesai pada 29.12.2019..

Sha baca guna aplikasi Oakbee Buffet
Published 2016 by Buku Pojok

Sunday, December 29, 2019

2019 Dalam Kenangan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setiap orang ada kesusahan dan kepayahan, namun kalau kau nak aku je faham betapa kau susah dan kau tak nak cuba faham yang aku juga tengah bergelut dengan kesusahan, kau boleh pergi berambus.. Kau dengan perangai parasit tak habis-habis.. Bila perlukan sesuatu je baru kau cari aku.. Dari dulu tak pernah berubah.. Jadi tahun 2020 aku nak mulakan hidup baru.. Aku tak nak ambil tahu kau senang ke susah.. Sila jangan muncul dalam hidup aku lagi.. Biarlah aku terus bergelut dengan kesusahan demi dia yang aku sayang.. Dari aku umur 16 tahun aku dah melaluinya.. Kalau dia boleh bersusah untuk aku, apa lah sangat susah yang aku rasa sekarang.. Kau tak nak susah, kau punya pasal.. Yang aku tahu ini adalah usaha aku untuk memastikan dia bahagia di sana..

Aku takkan mengalah.. Walau sesusah manapun korang buat aku.. Demi dia yang aku sayang, aku akan terus berusaha.. Kerana pelangi pasti kan muncul selepas hujan membasahi bumi..

Novel | Cinta Tanpa Syarat oleh Qaseh Husna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini dicadangkan oleh seorang rakan di Goodreads.. Dah lama sebenarnya tapi baru ini Sha berjumpa..

Ceritanya menarik tapi garapan penulis tak berapa berjaya memikat Sha.. Motif dendam dah ada namun leraiannya tak begitu menarik dan terlalu cepat.. Konflik dah cantik tapi habis macam tu je.. Hurm!! Bacaan santai hujung minggu, okaylah.. Ini apa yang Sha rasa.. Lain orang, lain citarasanya..

Sha baca dan selesai pada 29.12.2019..

Ini cadangan yang Sha terima di Goodreads..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published March 2016 by Alaf 21

Maggi Serda Thailand

Assalamualaikum..
Hye semua..

Maggi ini Sha beli masa pergi Padang Besar, Perlis hari tu.. Selalu makan yang merah tu je.. Kali ini pergi dia jual bundle pelbagai perisa.. Beli pun sebab cantik berwarna-warni dalam satu pek besar tu dan teringin nak rasa.. Hehehe.. Yang merah tu selalu orang buat kerabu maggi.. Tapi Sha makan macam tu je.. Tak rajin sangat nak buat kerabu, sebab tak ada yang makan kat rumah ini.. Yang biru tu paling menarik sebab meehoon sup.. Nanti kalau dah cuba makan, Sha share reviewnya ye.. hehehe.. Ini kira entry saja nak kongsi namanya.. hehehe..

Sebungkus ini ada 12 pek kecil pelbagai perisa.. Harganya RM10
4 - Merah (Tom Yum Shrimp)
2 - Hijau (Tom Klong)
2 - Oren (Creamy Tom Yum)
2 - Biru (Meehoon Clear Sup)
2 - Purple (Pad Char Songkhreuan)

Oren - Creamy Tom Yum
- Perasa tom yam berlemak. Boleh letakkan sedikit susu cair untuk menambahkan rasa lemak

Hijau - Tom Klong
- Paling pedas dan masam manis. Rasa tomyam dari asam jawa.

Merah  - Tom Yum Shrimp
 - Perasa Tom Yam Asli (khusus untuk dibuat kerabu maggi)

Purple - Pad Char Songkhreuan
- Sangat sesuai dibuat maggi goreng. Rasa dan bau ala-ala rempah sup.

Biru - Clear Sup
- Bihun Sup

Saturday, December 28, 2019

Novel | Please Don't Be Gelojoh oleh Izma Qahiera

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mengisahkan Wanda yang sangat menggeletis dan manja.. Semua kehendaknya harus dituruti.. Tak boleh susah sikit.. Mak dan ayahnya suruh belajar memandu, namun separuh jalan sahaja.. Nampak lelaki handsome, terus minta nak kerja.. Bila dah dapat kerja dan berkenalan dengan Ikhwan, terus nak kahwin.. Walhal Ikhwan bukannya betul-betul sayang pun.. Mujurlah tersedar sebelum berkahwin.. Tapi perangai gatal dan cepat perasan tu masih ada.. Berhenti kerja dan mula belajar memandu semula.. Berkenalan dengan Cikgu memandu yang leser habis.. Dari kerana teguran dan cakap lepas cikgu memandu tu lah Wanda mula berubah perangai.. Mula bersungguh dalam melakukan kerja dan tidak mudah perasan.. Pandai menepis pujuk rayu Ikhwan..

Cerita ini mulanya memnag geram je baca.. Rasa menyampah dan meluat dengan perangai mudah perasan si Wanda tu.. Tapi penulis berjaya menggerakkan cerita ini dengan cantik.. Dari seorang yang manja, mudah perasan dan gatal, watak Wanda diubah menjadi seorang yang matang, mula menghargai nasihat mak ayah dan kembali rapat dengan kakaknya.. Memang cerita yang menarik dibaca.. Bila masuk bab Wanda ditunangkan, novel ini jadi lebih kelakar dan ohsem.. Ayat penulis memang bestlah..

Sha baca dan selesai pada 28.12.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2017 by Kaseh Aries Publication

Russia | Sunny Bunnies (2015-2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Animasi lagi.. hehehe.. Ini pun animasi kesukaan anak-anak Sha.. Bebola gebu yang comel dan kelakar.. Memang rasa gembira je bila tengok animasi ini, ceria dan berwarna-warni tau.. Animasi ini ada ditayangkan di Disney Channel, Iflix dan juga Youtube.. Makhluk ajaib yang tinggal dimatahari dan suka turun ke bumi untuk bermain.. Walaupun gemar bermain namun makhluk ini saling membantu.. Tak ada kata-kata namun reaksi dan aksi yang ditunjukkan mampu difahami siapa sahaja yang menonton..

First episode date: December 6, 2015
Created by: Andrew Ledenev; Andrew Tolkachev; Sergey Gashnikov
Composer(s): Dmitry Friga; Vladimir Kurlovich; Victor Dementiev
Russian: Солнечные зайчики
Networks: YouTube, Disney Junio
Description
Kids are capable of coming up with the most unreal and fantastic creatures in their minds. Shadows are seen as bleak and gloomy, while sunbeams are associated with light and happiness, and can create funny images. What if these fantasies came alive? What if they could jump out of the sunlight?

The Sunny Bunnies are five beaming balls of light that can appear anywhere there is a light source. Whether it is sunlight or moonlight, they bring fun and happiness everywhere they go. However, each time they appear their actions turn into a mischievous game. Sometimes too mischievous.

In each episode, Sunny Bunnies appear at a different location: a circus, a stadium, a carrousel, a park, a stage… They immediately start to investigate their surroundings and that’s when the fun and mischief begin! At the very end of every episode, the laughter continues with a collection of bloopers.
http://sunnybunnies.tv/

Random Photo #16

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kita sembang pasal gambar makanan je lah ye.. Macam blur pula nak taip apa hari ini.. Hehehe..

Aiskrim ini sebatang seringgit je.. Kalau beli sekotak jadi RM15.50 (20 batang).. Ada macam-macam perisa.. Kelapa dan durian..

Nangka dengan kacang merah..

Makan nasi goreng je.. Cepat pun cepat nak masak.. Selalunya memang buat nasi goreng cinalah.. Bubuh lobak merah, telur dan sosej.. Ulam tu daun tujuh duri..

Lauk ini kira nak cepatlah.. Ada ayam dan sayur.. hehehe.. Ayam goreng kunyit..

Laksa wei.. Kita makan ni pagi-pagi wei.. Sedap.. Punya teringin, tu yang cari juga.. hehehe..

Cheese cake the best in town.. Hehehe..

Jom minum air tembikai..

Nasi kerabu daging sedap.. Tapi dah makan sikit pula nasi dia..

Friday, December 27, 2019

Drama Korea | Welcome 2 Life (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengok drama ini sebab ada Rain.. Setahun sekali je kot Rain ini berlakon.. Macam biasa, drama beliau pasti ohsem.. Pada Sha lah.. Kali ini Rain bawa watak sebagai seorang peguam dan pendakwaraya.. Awal-awal drama tu, geram je nengok si Rain ini.. Tapi masuk episod dia tertukar ke dunia parallel yang mana dia dah kahwin dengan Si On dan ada anak perempuan nama Bo Na terus macam.. Eh.. Ohsem pula.. Memang suka lah bila ada perubahan karekter dekat Rain ini.. Dari seorang lelaki yang mengejar duit dan buat apa sahaja untuk menang kes di mahkamah kepada seorang lelaki yang melindungi dan berusaha menangkap penjenayah yang sepatutnya.. Penjenayah dia psiko dan sangat kejam.. Bunuh orang dengan tukul besi, hentak dekat kepala.. Ganas wei.. Serious.. 

Drama: Welcome 2 Life
Also Known As: You only live twice, Living Two Lives Anyway,  Welcom2laifeu, Welcome2Life, Welkeom 2 Raipeu
Directors: Kim Keun Hong, Shim So Yeon
Screenwriters: Yoo Hee Kyung
Genres: Comedy, Law, Romance, Drama, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 32
Aired: Aug 5, 2019 - Sep 24, 2019
Aired On: Monday, Tuesday
Original Network: MBC
Duration: 35 min.
“Welcome 2 Life” is a fantasy drama that will tell the story about a selfish lawyer who helps people who want to take advantage of the law. One day he gets sucked into a parallel universe due to an unfortunate accident and begins to live a completely new life as an upright prosecutor.
(Source: Soompi)

Tukar Tayar Scooter Ego

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun dah berapa kali jatuh motor, Sha tetap bawa juga motor.. Fobia?? Memang fobia.. Tapi tetap kena bawa juga bagi memudahkan pergerakan di dalam kawasan Politeknik.. Lebih berbaloi menaiki motor berbanding naik kereta.. Maka Sha bawa scooter Ego (model lama) encik suami.. Motor ini lebih kecil dari motor Sha.. Lebih ringan dan tak rasa seram sangat bila bawa.. Hehehe.. Cuma tayarny belakang dah agak lama dan perlu diganti.. Jadinya encik suami beli melalui shopee dan tayar sampai minggu lepas.. Ahad baru ini, encik suami pasang sendiri.. Lepas ganti tayar baru, memang bestlah bawa motor sebab encik suami guna tayar besar sikit dari yang lama.. Selesa memandu dan dah tak bergegar.. Ada rezeki, nak ganti tayar depan pula..

Encik suami tukar sendiri je.. Jimat duit.. 

Beli dekat shopee je tayarnya.. Baru RM42.95 free postage..

Singapura | The Oddbods Show (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cuti dah nak habis.. Minggu depan dah mula sesi persekolahan 2020.. Persiapan sekolah anak-anak dah Sha siapkan secara berdikit-dikit.. Cuti sekolah ini selain buat aktiviti bertulis, bermain di taman, anak-anak Sha juga menonton animasi.. Antara yang menjadi pilihan mereka ialah Oddbods.. Animasi ini rajin juga kami buka di youtube.. Memang menarik dan kelakar.. Bukan kata cuti sekolah, tak cuti sekolah pun mereka layan juga animasi ini.. Hehehe.. Dengan Sha dan encik suami turut menonton sama.. Comel tau..

Boleh tengok di SINI.. 

Selamat datang ke dunia Oddbods! Oddbods mempersembahkan kehidupan hari-hari mereka melalui tujuh personaliti unik yang berlainan. Kesemuanya dalam kostum mereka yang cerah dan berbulu! Dengan selera untuk bercinta, bergelak, kemusnahan dan drama - sediakan diri untuk situasi-situasi yang tidak dapat disangka!

Watak utama:
Newt
Sweet dan comel, Newt adalah yang termuda daripada Oddbods oleh kekalahan 3 hari!

Jeff
Jeff tidak sabar dan tidak bersuara dengan teliti, Jeff menyukai susunan dan disiplin dalam semua yang dilakukannya.

Zee
Zee merujuk kepada dirinya sebagai mudah dan tidak peduli. Orang lain merujuknya kepadanya sebagai slob yang menjijikkan.

Pogo
Seorang pengagum, Pembuat masalah, Sakit yang sesekali, Panggil dia apa yang anda suka, Pogo tidak peduli.

Slick
Kepanasan yang dipersonifikasikan - Slick adalah hipster muktamad. Berdiri masih bukan pilihan apabila anda mempunyai irama dalam sekop.

Fuse
Di bawah saman berbulu terang itu adalah seorang lelaki alpha yang benar, walaupun sikapnya pendek dia memiliki kekuatan yang luar biasa!

Bubbles
Penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan - Bubbles adalah perwujudan hidup ungkapan "sinar matahari".

Thursday, December 26, 2019

Bayar Yuran Sekolah Agama

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Selesai satu lagi urusan.. Pembayaran yuran dan pembelian buku tulis sekolah agama Amani dan Imani.. Sha ke sekolah agama seawal jam 8.30 pagi.. singgah sarapan dulu sebab sesi pembayaran mula jam 9 pagi.. Lepas sarapan terus ke sekolah.. Alhamdulillah, Sha yang pertama.. Mujurlah dah sediakan duit cukup-cukup untuk bayar.. 10 minit dah selesai.. Resit ustazah bagi dekat anak-anak nanti.. Tak adalah lama Sha keluar dari pejabat..

Untuk dua orang anak, Sha bayar RM281 sahaja termasuk yuran bulanan sampai bulan 11..

Sha belikan buku tulis 20 buah (10 buah tiap seorang), buku Iqra Imani, Lencana sekolah 6 keping dan pensil khat tiga batang untuk Amani.. Semuanya RM48.40

Buku tulis dengan lencana je dah dapat.. Buku Iqra dengan pensil khat je buka sekolah nanti baru dapat.. Tampal nama siap-siap.. Hehehe..

Novel | Harry Potter and the Prisoner of Azkaban: Dengan Banduan Azkaban (Harry Potter #3) oleh J.K. Rowling

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ketiga dari siri Harry Potter.. Kali ini Harry berkenalan dengan sahabat baik mendiang bapanya.. Sirius Black dan Lupin.. Serta Peter yang sebenarnya berada dekat mereka dan sangat berbahaya.. Sebaliknya Sirius yang cuba melindungi disalah anggap sebagai penjahat.. Malah dalam siri ketiga ini barulah pembaca boleh tahu kenapa Profesor Snape sangat membenci Harry.. Sekali lagi Harry dan rakan-rakannya melalui pengembaraan yang menyeronokkan.. Belajar sihir, memenangi perlawanan Quidditch dan mengalahkan musuh jahat mereka iaitu Malfoy dengan penuh bergaya.. Buku ini juga Berbahasa Melayu..

Sha baca dan selesai pada 24.12.2019..

Sha pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2004 by Pelangi Sdn Bhd (first published July 8th 1999)

M&M's Caramel

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa M&M's ini dekat kedai buku.. Tak pastilah ada jual kat kedai biasa ke tak.. First time rasa.. Sedap lah tapi manis.. Sebab ada caramel dekat tengah dia.. Sesekali makan okaylah.. Lepas tu besar-besar saiz dia tak sama macam M&M's yang biasa tu.. 

Harganya RM4.50 untuk sebungkus ini..

Inilah rupanya.. Nampak tak caramel dekat tengah dia tu.. Besar kan saiz dia..

Wednesday, December 25, 2019

Novel | Gulai Siput Daun Kaduk oleh Fida Rohani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini cliche lah.. Kisah anak lelaki orang kaya yang dipaksa berkahwin dengan anak orang kaya juga.. Tapi lelaki ini tak nak.. Dwen memilih cara hidup sederhana dan perempuan biasa yang pandai memasak dan boleh menguruskan rumah tangga untuk dijadikan isteri.. Berkenalan dengan Andika yang begitu sopan dan cukup sifat, mereka berkahwin.. Namun tentangan dari keluarga Dwen dan Karina iaitu perempuan yang sepatutnya dikahwini dilalui oleh Dwen dan Andika dengan cara yang berhemah.. Disinilah penulis mengubah novel yang cliche ini menjadi tak cliche langsung.. Malah memberi input dan kebaikan yang sepatutnya dibuat oleh anak lelaki dan menantu.. Tentangan ibu bapa Dwen ditempuh dengan sopan.. Malah Andika tidak langsung bersifat menentang keterlaluan.. Dwen juga tidak bersifat terburu-buru saat mendengar cerita yang bukan-bukan malah mempercayai isterinya dan bertindak dengan cara yang berhemah.. Dibantu perkerja Dwen mereka berjaya menawan hati ibu bapa Dwen.. Tahniah buat penulis..

Sha mula baca pada 23.12.2019 dan tamat pada 24.12.2019..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published April 2015 by Alaf 21

Beli Buku Tulis Sekolah Pagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seawal 7.45 pagi Sha dah keluar rumah.. Demi memastikan, Sha yang pertama beratur depan koperasi Sekolah.. hehehe.. Bukan apa, kalau sampai awal, cepatlah selesai urusan pembelian.. Alhamdulillah Sha berjaya sampai sebelum orang lain sampai.. Ngam ngam pukul 8 dah ada depan koperasi sekolah.. Cikgu sampai lebih kurang jam 8.15 pagi.. Urusan pembelian selesai jam 8.25 pagi.. 10 minit je.. Cepat dan pantas.. 

Buku-buku Imani.. Imani dah dapat buku teks.. Terus Sha balut dan bubuh sticker nama..

Ini pula buku Amani.. Dah ada buku tulis sains yang panjang tu.. huhuhu..

Balut siap mana yang perlu dibalut dan bubuh nama.. Tampal je.. Cepat dan pantas..

ebook | Lawak Kampus #1, #2 & #3 oleh Keith

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekali tiga kita baca.. Komik kan.. Jadi cepat jelah pembacaannya.. Rasa macam pernah baca dolu-dolu tapi tak bubuh dekat Goodreads.. Kali ini kita baca dan rekodkan.. Baca komik ini mampu meredakan ketegangan jiwa.. kikiki.. Cubalah baca kalau tak percaya.. Sha masih lagi membaca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Sha baca pada 22.12.2019 dan selesai pada 23.12.2019..

Published July 2004 by Gala Unggul Resources Sdn Bhd

Published November 2005 by Gala Unggul Resources

Published March 2007 by Gala Unggul Resources Sdn Bhd

Tuesday, December 24, 2019

Buku Kanak-kanak | Tupai, Bangun! & Ciki Hilang!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memecut dengan kepantasan meksimum.. Kikiki.. Taklah.. Saja je baca buku kanak-kanak.. Meredakan otak yang tepu dan stress.. hehehe.. Dua-dua buku ini memberikan kisah yang menarik dan berwarna warni.. Sangat mudah nak dihadam kanak-kanak.. Sha baca keduanya menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

Published March 31st 2015 by Buku Prima

Published March 31st 2015 by Buku Prima

Hujung Minggu Bersama Keluarga

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang ahad rasa macam nak sangat makan laksa.. Ajak encik suami keluar.. Masalahnya kedai yang selalu makan laksa, tutup pula.. Nak lepak makan burger, kedai Abang Man tutup juga.. Makanya kami beli jagung, pisang goreng, keledek goreng dan air je.. Lepas tu lepak tepi tasik buatan dekat kuarters.. Hehehe.. Senang.. Nak lepak Tasik YDP dekat Slim, macam nak hujan.. Anak-anak bermain, sha dan encik suami bersembang.. hahaha.. Jadilah kan..

Tak jumpa laksa.. Jagung pun boleh..

Bukan main seronok lagi Amani dengan Imani dapat main tepi tasik.. Dah lama sebenarnya mereka ajak singgah dan main dekat sini.. Sha je yang tak berapa nak bagi.. Sebab kalau hari biasa ramai budak poli dekat sini dan juga orang memancing.. Tak sesuai pula..

Pagi dalam pukul 7 tu berjaya ajak encik suami untuk aktiviti jalan kaki.. Dapatlah 3 ribu lebih langkah.. Sejuk je bila jalan waktu pagi..

Petang tu lepas habis makan jagung dan lain-lain, encik suami balik naik kereta dan Sha pula meneruskan aktiviti jalan kaki.. Tak jauh pun.. Tak sampai 1km pun.. Bolehlah.. hehehe..

Monday, December 23, 2019

Novel | Harry Potter and the Sorcerer's Stone: Dengan Batu Hikmat (Harry Potter #1) oleh J.K. Rowling

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah pertama dari siri Harry Potter.. Permulaan hidupnya yang nampak biasa dan sangat menyedihkan.. Tidak dilayan dengan sepatutnya, sentiasa dibuli dan tidak dikehendaki.. Sehinggalah sampai pada satu saat dimana Harry mendapat surat tawaran untuk bersekolah di Sekolah Sihir yang terkemuka.. Masa ini Harry mula mengetahui siapa dirinya yang sebenar.. Mengenali rakan-rakan ayah dan ibunya.. Mempelajari semua mengenai sihir dan berkenalan dengan sahabat baru.. Malah Harry juga melalui satu pengalaman yang mencemaskan bila terpaksa berdepan dengan Voldermot buat pertama kalinya dan menewaskan ahli sihir jahat itu dengan tangan kosong sahaja.. Harry juga menemui kelebihan dirinya iaitu menjadi seeker bagi pasukan Quidditch..

Buku fantasi yang sangat seronok dibaca.. Yang nampak dan bersikap bengkeng tak semestinya jahat.. Kadang orang jahat itu merupakan orang yang tak disangkakan..

Sha baca dan selesai pada 22.12.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2000 by Pelangi (first published June 26th 1997)

Goodreads | 1000 Buah Buku

Assalamualaikum..
Hye semua..

2019 semakin sampai ke penghujungnya.. Antara yang menarik di blog Sha ini dah tentulah mengenai bahan bacaan dan kemaskini di Goodreads.. Bila dah nak hujung-hujung ini, akan keluarlah banner dekat bawah ini di Goodreads.. Tapi Sha masih meneruskan pembacaan walaupun sasaran dah berjaya dicapai.. Kerja dalam bidang Perpustakaan, memang mengadap buku jelah.. Maka banyaklah bahan bacaan yang boleh dihadam.. Hari ini nak kongsi kejayaan membaca dan membuat ulasan 1000 buah buku di Goodreads.. Ini yang tercatat, kalau tak tercatat lebih lagi.. hehehe.. Bila tengok balik senarai bacaan Sha, memang puas hatilah.. Semua genre Sha sapu.. Janji buku dan boleh dibaca.. Walau seteruk mana pun bahan bacaan itu, ianya tetap bahan bacaan..

Awal Januari nanti baru Sha kongsi ye, berapa sasaran yang berjaya dicapai..

Pada 21.12.2019, Sha berjaya mencapai target bacaan dan ulas 1000 buah buku di Goodreads..