Wednesday, July 31, 2019

Shopping di Shopee #6

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selain dari barang keperluan rumah, baju dan makanan.. Sha beli tayar juga di Shopee.. Tayar motor.. Bukan Sha punya, encik suami yang punya.. Setakat ini dah dua kali tolong encik suami beli tayar.. Dua jenis dan dua kedai berbeza.. Alhamdulillah memang tayarnya berkualiti.. Harga jauh lebih murah berbanding beli di kedai.. Memang berbaloilah pada Sha.. 


Tayar pertama yang berjaya di beli.. Sudah selamat dipasang ke motor encik suami.. Hehehe..


Tayar kedua.. Belum pasang lagi.. Sampai hari Sabtu (27.07.2019) aritu.. Ini nak pasang kat motor merah beliau.. 

Blogger Challenge | Tell Me: Are you a sensitive person?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Blogger Challenge | Tell Me: Are you a sensitive person?


Sensitif.. Hurm.. Tak pastilah sensitif ke tak.. Tapi Sha rasa semakin meningkat usia ini makin sensitif kot.. Hahaha.. Dulu masa sekolah dan remaja memang hati kering habislah.. Tak makan samanlah orang kata.. Buatlah apa pun, kutuk ke, apa ke.. Memang hati kering habis.. Survival masa muda.. Tapi sekarang ini agak sensitif jugalah.. Dari segi kepekaan terhadap perasaan orang sekeliling dan juga perasaan sendiri memang lebih alert dan sensitif.. Agak mudah terasa dan tersentuh sekarang ini.. Faktor usia agaknya.. Hahaha.. Tapi masih okay lagilah.. Takdelah sentap melampau sangat.. Hahaha.. 

Tuesday, July 30, 2019

Korean Variety | Mr. House Husband

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha menonton rancangan Variety dari korea ini sekarang.. Sha layan musim 1 di Youtube Channel KBS World TV.. Mereka dah masukkan sepenuhnya semua episod untuk Musim 1.. Boleh klik SINI untuk tengok..


Rancangan ini merupakan program hiburan televisyen dari Korea Selatan, di mana 5 lelaki dan 1 jemputan lelaki akan melakukan aktiviti suri rumah dan aktiviti ini ditayangkan secara bergilir sambil diperhatikan dan diulas oleh yang lain.. Memang seronok tengok lelaki yang buat kerja-kerja rumah dan juga saling melontarkan pendapat.. Ada yang memang cekap dan ada juga lelaki yang masih lagi mengekalkan konsep kerja rumah tanggungjawab isteri.. Pada Sha rancangan ini bagus ditonton.. Ada kata-kata mereka yang dikongsikan untuk penonton bagus dicontohi oleh semua pasangan..

TV Show: Mr. House Husband
Country: South Korea
Episodes: 14
Aired: Nov 15, 2016 - Feb 14, 2017
Network: KBS2
Duration: 1 hr. 20 min.

Wattpad | Somnambulis oleh Girang Fashali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca online pula.. Kali ini dari penulis yang sama menulis novel Lelaki Langit Bumi.. Tajuk kali ini ialah Somnambulis.. Menarik tau ceritanya.. Pasal penulis novel dan Alhamdulillah sekali lagi nama Sha disebut dalam novel beliau.. Ada di Bab 1.. Hehehe.. Setakat ini novel ini dah ada 7 bab.. Makin menarik dan mendebarkan.. Walaupun penulis membawakan tema yang sangat simple namun garapan penulis berjaya menimbulkan debaran di hati Sha.. Seram okay bila baca.. Bukan seram sebab hantu, seram sebab gaya pembunuhan yang berlaku itu.. Tu belum mimpi-mimpi yang dialami watak utama lagi.. Memang Sha cadangkan untuk dibaca.. Tambah boleh baca sambung-sambung.. Tak adalah amik masa lama mengadap gadjet.. Cubalah..

Klik SINI untuk mula membaca ye..


Blogger Challenge | Share: A difficult time in your life

Assalamualaikum..
Hye semua..

Blogger Challenge | Share: A difficult time in your life


Setiap orang pernah melalui masa susah.. Untuk Sha ada dua waktu yang sangat terkesan dalam perjalanan hidup Sha.. Satu berlaku pada 2013.. Masa ini Sha jatuh tersungkur tanpa sempat meletakkan alas ataupun penahan.. Pengkhianatan dan kesan memendam perasaan.. Hidup Sha betul-betul huru hara dan tertekan sampai Sha perlu dapatkan rawatan psikologi dari doktor.. Namun Sha bangkit semula dengan dorongan suami dan kelahiran anak kedua Sha banyak membantu Sha untuk terus bangkit.. Sha siap ambil cuti tanpa gaji dari penghujung bulan 5 sehingga penghujung bulan 12.. Naik kerja Sha mulakan dengan rasa Sha sayang diri Sha dan keluarga, kerja hanya 8 pagi sampai 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.. Luar pada itu bukan maslaah Sha lagi dah.. Alhamdulillah, sehingga sekarang Sha berjaya mengawal emosi..

Peristiwa kedua ialah April 2019.. Detik Sha kehilangan arwah abah.. Sha memang tak sangka yang arwah abah akan pergi secepat itu tanpa apa-apa sakit.. Redha dan rindu.. Dua perkara yang berbeza.. Dari masa ke semasa Sha akan bercerita dengan encik suami.. Sha luahkan perasaan rindu Sha pada abah kepada encik suami.. Ada perkara yang berlaku, yang menambah keperitan kehilangan seorang abah dalam hidup Sha.. Sha percaya, ini ujian untuk Sha.. Cuma Sha tak tahu sama ada Sha akan terus kuat melaluinya ataupun tersungkur lagi..

Dua waktu ini adalah dua waktu yang sangat susah untuk Sha lalui.. 

Monday, July 29, 2019

Koleksi Novel Julai 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama Sha tak update pasal koleksi buku baru kan.. Ada je beli cuma tak banyak macam bulan-bulan lepas.. Beli 2,3 buah je sekarang ini.. Keperluan lain lebih penting.. huhuhu.. Sha beli dua novel ini bulan lepas.. Boleh baca di SINI.. Novel ini siap dicetak bulan ini dan minggu lepas dihantar kepada pembeli oleh penulis.. Sha dapat novel-novel ini petang tadi.. Dua-dua novel seram dari penulis berbeza..

Kampung Hilang oleh Rosli Mohd. Sah
Lara Wirang oleh Maria Kajiwa
Cenderahati berbantuk sapu tangan dari penulis Maria Kajiwa..

Tandatangan dari kedua-dua penulis..

Blogger Challenge | If you could have any job in the world, what would it be?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Blogger Challenge | If you could have any job in the world, what would it be?


Sampailah sudah kita ke Blogger Challenge yang ke 10.. Kalau Sha memang tak akan tukarlah.. Seronok kerja dengan buku ini.. Tambah Sha memang meminati buku.. Rasa bahagia dikelilingi buku.. Namun jangan salah sangka ye.. Kerja di Perpustakaan ini bukan setakat jaga kaunter, terima pinjam pulang buku dan susun buku.. Sebaliknya lebih daripada itu.. Walaupun tak ada asas dalam dunia pustakawan ini, namun banyak yang Sha belajar lepas kerja bidang ini.. Ilmu yang menarik dan kepelbagaian yang kita kena pandai susun dan masukkan dalam aktiviti kerja harian kita.. Kena bijak bermain dengan masa, buku dan juga manusia..

Cuma mungkin kalau diberi peluang dan punya kewangan yang mantap, Sha teringin nak jadi pemilik sebuah BookCafe... Kedai buku lengkap dengan cafe untuk pengunjung memilih buku, membaca dan kopi-kopi bersama dessert.. Impian yang tak tahu bila akan terlaksana..

Hujung Minggu di Rumah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Weekands aritu memang tak keluar ke mana pun.. Duduk melepek di rumah je kami.. Sabtu tu mendung je pula.. Lagilah tak ke mana.. Amani dan Imani pun apa lagi, berbahagialah mereka melakukan kerja-kerja ubahsuai di dalam rumah.. hehehe.. Mujurlah ada lego yang sha beli lama dulu.. Lego ini Sha beli bundle.. Ada belbagai bentuk dan ianya bagus untuk menajamkan fikiran anak-anak.. Memang seronoklah mereka..

Berjaya membuat bentuk love tu yang mahal.. hehehe.. Kemain seronok lagi Imani..


Habis tudung jadi mangsa.. hahaha..

Sunday, July 28, 2019

Blogger Challenge | How You Stay Positif

Assalamualaikum..
Hye semua..

Blogger Challenge | How You Stay Positif


Macam mana nak kekal positif.. Buat masa ini sha sentiasa bersyukur setiap kali bangun tidur.. Melalui setiap hari seolah-olah hari ini adalah hari terakhir sha bernafas.. Menggembirakan diri sendiri, suami dan anak-anak selagi boleh kerana sha sendiri tak tahu bila nyawa Sha atau mereka akan diambil.. Ini yang Sha pegang sekarang ini bila kehilangan itu terlalu dekat sebenarnya..

Bersyukur untuk semua perkara.. Walau sekecil kejadian mampu mendatangkan aura positif..

Saturday, July 27, 2019

No Time For Love (2018)

Assalamualaikum..
hye semua..

Layan je drama panjang-panjang tapi sambil-sambil tu layan juga drama pendek dekat youtube macam drama ini.. Hehehe.. Drama ini mengisahkan 4 orang yang mempunyai masalah cinta dan perkerjaan.. Bagaimana mereka melalui perpisahan, rasa suka dan rasa cinta tak berbalas.. Plot twist di hujung drama dan ada kenyataan tentang perasaan seorang perempuan.. 

Boleh tengok online dekat SINI.. 

Drama: No Time For Love
Country: South Korea
Episodes: 8
Aired: Aug 9, 2018 - Sep 1, 2018
Aired On: Tuesday, Saturday
Network: Naver TV Cast
Duration: 9 min.
Sinopsis: The story of 4 individuals and their struggle prioritising studies and job over love.

Blogger Challenge | Something For Your Kids To Know

Assalamualaikum..
Hye semua..

Blogger Challenge | Something For Your Kids To Know


Wah.. Tak sangka, konsisten betul Sha update Blogger Challenge ini.. Hehehe.. Untuk topik yang ini, jenuh juga fikir nak taip apa..

Buat Amani dan Imani (setakat ini baru dua ini jelah.. hehehe.. ).. Mak doakan semoga sampai bila-bila pun kalian akan suka membaca..



Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM): Sukan oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang sangat menarik.. Ada 10 komik dengan tema sukan yang pelbagai.. Memang menarik dan mengujakan.. Yang paling best dah tentulah komik Bakar.. Kisah penangkap ikan yang buta.. Memang ohsem.. Ada juga beberapa kisah lain yang menarik dan memberi motivasi macam Matahari dan Boccia.. Ahli sukan yang hilang semangat akibat kemalangan namun berjaya menemukan semangat mereka dengan cara yang luar biasa.. Cubalah baca, pasti seronok..

Sha baca pada 24.07.2019 dan selesai 25.07.2019..

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia
Published March 23rd 2018 by Komik-M dan MatKomik

Friday, July 26, 2019

Have a nice Dessert! (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sejak ada data internet 40 GB setiap bulan ini, memang Sha rajin layan KDrama dekat Youtube je.. Novel pun dah jarang baca.. Hahaha.. Selalunya layan drama yang pendek-pendeklah.. Kali ini terjumpa pasal dessert.. Pergh!! Melelh air liur tengok dessert yang dia tunjuk dalam drama ini.. Dramanya pendek je, 10 episod.. Setiap episod lebih kurang 15 minit je.. Dramanya manis dan comel umpama manisan yang ditunjukkan.. 

Walaupun nampak macam drama ini ringan tapi dekat episod 2 dah boleh tengok ada permasalahan yang berat.. Macam realitinya.. Bila orang pos gambar dekat media sosial, ada je cyberbully yang akan mulakan sesi pembulian.. Walhal orang yang berkongsi tu tak ada niat pun nak menunjuk atau apa.. Sekadar berkongsi je.. Namun komen-komen mengutuk umpama dialah yang bagus pasti ada.. Satu lagi masalah yang dimbulkan ialah diskriminasi gender.. Bos perempuan di tempat kerja yang lebihkan pekerja lelaki dari perkerja perempuan..

Special: Drunk in Good Taste
Also Known As: #Jotmattaeng: Joeun Masse Chwihada , #Have a nice Dessert! , Have a Nice Dessert!
Genres: Food, Friendship, Comedy, Romance, Life, Youth
Country: South Korea
Episodes: 10
Aired: Dec 24, 2018
Aired On: Monday
Network: tvN, vLive
Duration: 15 min.
Sinopsis: Chong Nam begins her first year at a university in Seoul. She came from South Chungcheong Province to attend the university. She loves eating desserts. Yeon Nam is a first year student at the same university. They also study the same major. Chong Nam and Yeon Nam become friends and develop romantically.

Blogger Challenge | Best Advice You've Ever Got

Assalamualaikum..
Hye semua..

Blogger Challenge | Best Advice You've Ever Got


Yeah!! Berjaya sampai ke cabaran no 7.. Nasihat yang terbaik ye.. Susah nak cakap.. Pada Sha semua nasihat yang Sha terima dari Sha kecil hinggalah ke saat ini merupakan nasihat yang baik.. Bergantung pada situasi yang Sha lalui.. Kalau masa Sha umur 4 tahun arwah mak pergi, masa ini apalah Sha yang faham.. Kemudian pada usia Sha 36, abah pula pergi.. Masa ini perasaan kehilangan tu sangat perit sebab usia yang dewasa memahamkan Sha bahawa tak akan ada lagi abah tempat Sha bermanja.. Tak akan ada lagi abah tempat Sha bersembang.. Namun kenyataannya setiap manusia akan mati dan kembali pada pencipta..

Setiap hidup manusia ada naik dan turun.. Bukan sentiasa bahagia.. Akan ada masanya seorang manusia itu jatuh sama ada tersungkur, terbaring ataupun tenggelam ke dasar.. Setiap orang akan melalui masa kelam dan gelap.. Bagaimana nak bangkit tu terpulanglah.. Meletakkan diri pada keadaan positif sentiasa pun tak boleh juga.. Menafikan kesedihan dan kesusahan.. Sepatutnya setiap saat itu dilalui dengan penuh rasa.. Ya.. Kita akan melaluinya dengan dakapan bahawa kesedihan, kesusahan, kehilangan itu bukanlah hukuman tetapi kesempatan.. Kesempatan untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.. Ianya ujian untuk mendekatkan diri kita pada Allah..

"Yang Sha tahu setiap apa yang kita lalui tak kiralah sedih, gembira, kehilangan, memiliki, dikhianti, ditikam dan sebagainya.. Semuanya perlu dikongsi dan diluahkan.. Carilah medium yang mampu untuk menjadi tempat luahan rasa.. Sama ada diari, blog, ataupun pada orang yang kita percaya.. Tak boleh dipendam kerana memendam mampu membunuh perasaan.."
Ketika Kamu Sedih & Putus Asa

Batik Sarawak Viral

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bagi penjawat awam, baju batik wajib dipakai pada setiap hari Khamis.. Sha memang tak banyak baju batik.. Asyik dok ulang baju yang sama je.. Semalam masa jalan-jalan dekat pasar malam Slim River, terjumpa orang jual kain batik sarawak ini.. 2 meter RM10 dan RM15 je.. Cantik-cantik coraknya.. Sha mula nak beli 2 je.. Bila dah pergi dengan encik suami, semua dikatanya cantik, Sha pula yang rambang mata.. Hahaha.. Sudahnya Sha beli 5 helai.. 3 untuk Sha, 1 untuk Amani dan 1 untuk Imani..

Tiga ini Sha punya.. Sha nak buat baju kurung nak pakai dengan kain hitam.. Warna Hijau dan hitam bunga merah tu RM10 satu.. Yang bunga tulip tu RM15.. Kalau ikut kata penjual tu, baju ini tak akan kedut melampau bila basuh dan mudah nak digosok.. Yang penting kain dia lembut.. Beza yang RM10 dan RM15 tu, kelembutan dia.. Yang RM15 tu extra lembut..

Warna pink ini Amani dan Imani punya.. Imani dan Amani nak buat gaun..

Nanti dah siap, kita ber OOTD ye.. hehehe..

Nestle Crunch Wafer Nuts

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dah lama nampak iklan pasal Wafer ini dekat depan 99Speedmart, tapi asyik terlupa je nak beli.. Bila dicari, tak ada pula dekat rak.. Rupanya diletakkan dekat dengan kaunter pembayaran.. Bila tengok harga, tak adalah mahal.. Seketul ini RM1.50 je.. Puaslah makan.. Ada wafer, coklat dan yang best ada ketulan kacang.. Buat wafer ini jadi lebih sedap dan ohsem.. Mengunyah wafer ini sambil membaca ataupun menonton drama memang mengasyikkan.. Tak percaya?? Cubalah.. hehehe.. Itupun kalau anda seorang peminat coklat dan kacang seperti Sha..

Beli dekat speedmart murah je.. RM1.50

Thursday, July 25, 2019

Blogger Challenge | Everyday Makeup Look. A Picture of You

Assalamualaikum..
Hye semua..

Blogger Challenge | Everyday Makeup Look. A Picture of You


Hahaha.. Sha dah lama tak makeup.. Lama sangat-sangat.. Sejak bergelar isteri, hanya bedak Johnson je yang menghiasi wajah.. encik suami tak suka dan Sha pun dah tak minat.. Boleh dikatakan hanya ada bedak Johnson je dekat rumah.. Lipbalm pun tak de.. Hehehe.. Dibawah ini my everyday look..

My everyday look.. Ini selfie hari Selasa hari tu.. hehehe..

Shoot My Heart (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik mengenai dua orang lelaki yang dimasukkan ke wad sakit mental.. Satu keranan beliau anak orang kaya dan yang seorang lagi kerana trauma dan mahu melarikan diri dari realiti.. Mereka menjadi sahabat baik dan bersama-sama cuba melepaskan diri.. Walaupun nampak simple je filem ini tapi isi yang tersurat tu yang penting sebenarnya.. setiap cerita ada makna yang tersendiri..

Shoot Me In The Heart
Also Known As: Shoot My Heart
KMovie | 28 Jan 2015 | Friendship, Psychological, Drama, Medical |

Misi Linda oleh Naim Tamdjis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang Sha pra tempah (Boleh baca SINI) dah selamat sampai pada 19.07.2019 aritu.. Terima kasih pada penulis untuk gift yang ohsem berserta tandatangan beliau..

Misi Linda ini menceritakan pasal seorang misi yang mati dibunuh menggunakan sihir oleh orang yang dengkikan beliau.. Sihir yang dihantar itu sangat kejam.. Bila melibatkan syaitan, faham-faham jelah kan.. Disebabkan itu gangguan terus berlaku dihospital di mana misi Linda ini pernah bertugas.. Ada yang diganggu manja, ada yang disakat ganas.. Walaupun cerita seram, ada juga penulis menyelitkan lawak jenaka.. hehehe.. Kelakar seram gitu.. Disamping Misi Linda, ada dua cerpen bonus yang turut penulis bagi untuk tatapan pembaca.. Memang terbaiklah.. 3 cerita dalam satu naskah..

Sha baca dan selesai pada 24.07.2019...

Dapat beg comel warna coklat..

Tandatangan penulis..

Wednesday, July 24, 2019

Hwa Tai Luxury: Tiramisu Flavoured Cream Sandwich

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nampak menarik packaging biskut ini, maka Sha pun belilah sebungkus yang kecil.. Sedap juga rasa dia.. Biskut tiramisu.. Ada rasa pahit-pahit kopi dan manis dari cream di tengah.. buat kudapan semasa membaca ataupun buat kerja memang sesuai sangat nie..

RM2.90 sebungkus ini..

Dalamnya ada 5 pek kecil-kecil..

Setiap pek ada 2 set biskut..

Blogger Challenge | A Letter To Someone. Anyone

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seronok pula buat cabaran oleh Rai ini.. Hehehe..


Blogger Challenge | A Letter To Someone. Anyone

Surat buat yang tersayang..
Percayalah pada diri.. Walauapa pun yang terjadi, jangan mengalah.. Sentiasa yakin kau mampu bangkit kembali.. Biar tersungkur rebah ke bumi namun jangan sesekali kau mengalah dan berputus asa.. Kerana orang yang tetap bangkit walau rebah berkali-kali adalah orang yang menang.. Setiap manusia akan diuji kerana tanpa ujian tak akan ada kemanisan hidup.. Ujian datang bukanlah hukuman tetapi cabaran untuk terus membina keimanan dan ketakwaan pada Allah.. Biar kehilangan dan kesedihan silih berganti dengan kebahagian, percayalah kau mampu menanganinya.. Hidup ini akan sentiasa ada suka duka, hidup mati, jatuh bangun, kehilangan pertemuan.. Bersilih ganti sehinggalah tiba masanya kau kembali pada pencipta.. Biar kau bersedih namun jangan kau larut dalam kesedihan.. Biar kau merasa kehilangan namun jangan kau lupa pada kehidupan.. Teruskan hidup dan hargailah apa yang kau ada..

China | Memory Lost (S3)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Habis juga tengok seasons 3.. Drama ini memang menarik sampai ke hujung.. 3 episod terakhir menerangkan apa sebenarnya yang terjadi 5 tahun lepas.. memang tak sangka lah bila kepala penjahat sebenarnya berada dekat je dengan mereka.. Punca mereka hilang ingatan dan terpaksa hidup dalam pencarian semuanya terjawab di hujung episod.. Drama penyiasatan yang mendebarkan dan menyeronokkan..

Review Season 2 dan 3 di SINI dan SINI.. Untuk tontonan online boleh ke SINI..

Memory Lost 3
Also Known As: Mei Ren Wei Xian3
CH Drama | Mystery, Romance, Detective | 12 Episodes | 12 Dec 2016 - 27 Dec 2016 |
Season 2 ends with the members of the alphabet syndicate, revealing themselves one by one. But there seems to still be one person who is enshrouded with mystery. Where is he? Who is he? There seems to be many deaths caused by the other members but there seems to be no trace of him committing crimes and therefore both Han Chen and Bai Jinxi/ Su Mian seem to know of his existence. Also, why did Su Mian have to live on as Bai Jinxi, why was she not killed? Who arranged that? Is the real Bai Jinxi alive or dead? And did Su Mian actually kill someone and join the alphabet syndicate properly..

Tuesday, July 23, 2019

The Witness (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini sangat mendebarkan.. Seorang lelaki menyaksikan pembunuhan kejam di depan mata beliau namun teragak-agak untuk membuat laporan polis dan tanpa sengaja pembunuh mengetahui akan beliau.. Bayangkan lelaki yang ketakutan ini cuba menyembunyikan fakta bahawa beliau melihat pembunuhan itu sebab tak nak pembunuh tu datang dan membunuh beliau dan keluarga beliau.. Tapi rupanya bukan beliau sahaja yang menyaksikan pembunuhan itu sebaliknya ada lagi seorang saksi yang turut melihat.. Bila saksi yang kedua ini cuba mengajak beliau untuk buat laporan, beliau menolak dan sakasi kedua ini telah dibunuh dan beliau menyaksikannya.. Pergh!! Masa ini memang berdebar lah tengok.. Pertembungan antara saksi dan pembunuh.. Cerita dia dari awal sampai habis mendebarkan.. Bila lelaki ini mula beranikan diri untuk buat laporan, polis pula tak berjaya menangkap si penjahat dan keluarga lelaki ini dalam bahaya.. Ending dia memang menyakitkan hati.. Walaupun pembunuh tu terbunuh namun lelaki itu mengetahui sesuatu yang sangat mengejutkan semasa pembunuhan itu berlaku.. 


Mok-gyeok-ja (2018)
Oher Name: The Witness
KMovie •   1h51min • Genre: Action, Thriller • Indo Hardsub  
Director: Kyu-Jang Cho
Actors: Sung-min Lee, Sang-ho Kim, Kyung Jin, Junghwa Bae
Sinopsis: Mok-gyeok-ja is a movie starring Sung-min Lee, Sang-ho Kim, and Kyung Jin. An ordinary man witnesses a cruel murder and becomes entangled in circumstances out of his control.

Semusim Di Syurga oleh Hamka Kereta Mayat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini walaupun agak keras gaya bahasanya, Sha masih boleh terima teguran dan sindiran yang dinyatakan.. Ini kerana semua yang disampaikan itu tepat mengena dengan situasi semasa.. Kisah nabi yang dikongsikan, sedikit sebanyak memberi rasa pada jiwa yang ketandusan.. Bacaan yang lama dan panjang kerana sentuhannya tepat menusuk ke hati.. Sha cadangkan untuk dibaca semua..

Sha baca pada 11.07.2019 dan selesai pada 22.07.2019...

Sha pinjam di Perpustakaan Negara Malaysia
Edisi Kemas Kini
Published March 16th 2018 by Write & Brave

Blogger Challenge | Describe Your Partner or Someone You Have Feelings For

Assalamualaikum..
Hye semua..


Blogger Challenge | Describe Your Partner or Someone You Have Feelings For

Cabaran yang ke empat ialah Describe Your Partner or Someone You Have Feelings For.. Sudah tentulah Sha akan terangkan mengenai Encik suami merangkap sahabat baik Sha.. Hehehe.. Encik suami Sha ini macam Sha juga.. Muka serius, suka bergerak solo tak ada kawan rapat dan lebih suka buat hal sendiri.. Okay je berkawan cuma tak ada yang betul-betul rapat kecuali dengan Sha.. Encik suami ini juga seorang yang sangat menyayangi emaknya.. Emak dia no 1 kemudian barulah Sha dan anak-anak.. Mula-mula dulu memang susah sikitlah nak terima tapi bila semakin lama bersama dan mula ada anak, Sha faham kenapa dia kena dahulukan emak dia barulah Sha dan anak-anak..  Beliau sangat suka membaca dan mencari info yang lengkap mengenai sesuatu perkara atau barang terlebih dahulu sebelum membeli barang ataupun membuat satu-satu keputusan.. Kami juga berkongsi minat yang sama, menonton filem, jalan-jalan cari makan dan bercuti bila berkesempatan.. Hehehe..

Tak sangka perkenalan tanpa sengaja kami membawa kami untuk bersama sehingga sekarang.. Kami berbeza umpama langit dan bumi namun kami saling melengkapi.. Alhamdulillah.. 

Monday, July 22, 2019

Innocent Witness (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang sangat menarik walaupun ceritanya ringkas sahaja.. Kisah seorang peguam yang jujur tapi berubah sebab desakan hidup namun kembali menjadi seorang yang jujur dan berpegang pada prinsip setelah bertemu dengan kanak-kanak autism yang menjadi saksi dalam satu kes pembunuhan.. Bagaimana peguam itu terpaksa melalui semula bicara di mahkamah demi menjatuhkan hukuman pada pesalah sebenar dan membantu pendakwaraya memenangi kes dan menerima hukuman disebabkan salah paraktis.. Hubungan antara peguam dan kanak-kanak autisim tu berjaya menyentuh perasaan Sha yang menonton.. Memang seronok dan tak terasa masa berlalu.. Sesuai tontonan seisi keluarga..


Movie: Innocent Witness
Country: South Korea | Release Date: Feb 13, 2019 | Duration: 2 hr. 9 min. | Native Title: 증인 | Also Known As: Jeungin , Witness | Screenwriter & Directors: Lee Han | Screenwriters: Moon Ji Won | Genres: Law, Drama
Sinopsis | An old man suffering from depression is found dead, and his housekeeper, Mi Ran, is charged with the murder. Mi Ran's defense attorney, Soon Ho, is surprised to learn the only witness to the crime is Ji Woo, a teenage girl with Asperger’s. Will Ji Woo be able to take the stand and provide a valid statement? Add Synopsis In Spanish

Blogger Challenge | Picture of Your Handwriting

Assalamualaikum..
Hye semua..


Blogger Challenge | Picture of Your Handwriting
Cabaran yang seterusnya ini agak segan lah pula nak kongsikan.. Hahaha.. Jarang menulis dan bila sesekali menulis, beginilah tulisan tangan Sha.. hehehe.. Tak berapa nak cantik pun..

Inilah tulisan tangan Sha.. Biasa menaip je kan.. Sekali masa Bengkel hari tu kena menulis.. Inilah hasilnya.. Hehehe.. Tak berapa nak cantik..

Warung Itik Salai Azizah, Sabak Bernam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha berkursus lagi hari Sabtu (20.07.2019) aritu.. Ingatkan nak makan gulai lemak telur mayonglah.. Baca kat SINI.. Tapi kedai tu tutup pula.. Maka berjalanlah kami mencari kedai makan.. Dan terjumpalah warung ini masa mencari.. Dalam maps google tak ada pula.. Kedai dia tepi jalan je.. Masakan salai dia memang power.. Tak payah pergi Negeri Sembilan dah.. hehehe.. Harga pun sangat reasonable dan berbaloi.. Serius sedap untuk tekak Sha dan encik suami..

Kat tepi jalan je kedai ini.. Singgah sebab ada perkataan masak lemak cili api.. hehehe..

Bayar kat sini.. Pesanan pula nanti ada pelayan datang dekat meja.. Nak pilih lauk pun boleh dekat kaunter ini..

Harga menu kedai makan ini.. Setiap set makanan dah ada semua termasuk air.. Air yang disediakan ialah air balang.. Cedok sendiri dan boleh tambah seberapa banyak kali..

Senarai harga air kalau nak order selain air yang disediakan..

Set Itik Salai ini RM8 je.. Ini menu Sha.. Pergh!! Daging itik tu tak liat tau.. Sedap dan mudah nak dimakan menggunakan sudu.. Gulai lemak dia pekat memikat.. Cuma pedas je.. Hahaha.. Sha memang jenis tak tahan pedas.. Semangkuk ini puas Sha makan seorang...

Encik suami ambil daging salai.. Lupa nak snap gambar.. Hehehe.. Encik suami pun puas hati dengan kuantiti daging dan kuah dia.. Kuah daging tak sepekat kuah itik salai ini.. Tapi tetap sedap melekat di tekak.. Kuantiti daging tu pun boleh makan berdua tau.. Banyak.. Dua menu ini hanya RM15 sahaja.. Berbaloi sangat pada Sha..

Sunday, July 21, 2019

Soul Mates by Denise Downer

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lambat sikit membaca bulan ini.. Demi menggembalikan emosi membaca, Sha pilih buku yang santai-santai dan nipis.. Kali ini baca komik berbahasa Inggeris yang menarik..

Kisah dua hantu yang mati dengan cara yang sama, menyelamatkan kawasan perkuburan mereka dari dibangukan semula oleh manusia.. Kelakar dan menarik.. hantu pun ada yang suka membuli.. Hehehe.. Lebih menarik ada aktiviti di bahagian akhir buku.. Visual question.. Soalan berkaitan apa yang dah dibaca..

Sha baca dan selesai pada 19.07.2019..

Pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia
Published January 1st 2013 by Stone Arch Books

Kursus Asas Microsoft Word di Kolej Komuniti Sabak Bernam

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Yeah!! Semalam berjaya menyelesaikan satu hari lagi berkursus untuk keperluan kerja.. Kali ini Sha dan encik suami menghadiri kursus yang sama.. Kursus Asas Microsoft Word di Kolej Komuniti Sabak Bernam.. Pergh!! Advanced dah sekarang.. Guna Word 2016.. Lebih banyak template dan command.. Seronok bila refresh ilmu dengan aplikasi baru.. Nak mohon kursus seperti ini boleh isi di https://mytvet.edu.my/epsh/v8/borang/default.asp.. Mudah je.. Nanti kalau dapat kursus pihak kolej komuniti akan hantar mesej di telefon bimbit.. Anda perlu bayar RM5 atau yuran yang ditetapkan mengikut Kolej Komuniti dan jenis kursus yang anda pilih.. Masa kursus selalunya setengah hari sahaja dan anda akan diberi sijil di akhir kursus..

Sarapan roti canai cicah kari kambing dan nescafe ais.. Roti canai dia gebu dan rangup.. Kari kambing dia power sangat..

Kursus bermula jam 8.15 pagi sehingga 12.30 tengahari.. Hanya separuh hari untuk Kursus Asas yang memperkenalkan serba sedikit mengenai Microsoft Word.. Sangat bagus dihadiri adik-adik lepasan SPM dan mereka yang dah berkerja tapi kurang mahir dengan Microsoft Word versi terkini..

Gambaran kedudukan jari ketika menaip..

Kedudukan tangan semasa memegang tetikus.. 

Pelajaran bermula..

Antara tugasan yang berjaya dibuat dengan tunjuk ajar pensyarah.. Ada beberapa perkara yang Sha baru tahu.. Refresh ilmu..