Saturday, March 31, 2018

2018 Reading Challenge #3

Assalamualaikum..
Hye semua..

Untuk bulan Mac, Sha dicabar untuk mempelbagaikan bahan bacaan.. Jadinya Sha pun membaca pelbagai jenis buku.. Sepatutnya ada komik, nomik, novel, kompilasi cerpen, bacaan ringan, berat, aksi, seram, cinta, bahasa melayu dan bahasa inggeris.. Tapi tak berapa nak berjaya.. kikiki.. Dibawah ini Sha kongsikan tajuk-tajuk buku yang berjaya Sha baca spanjang bulan Mac.. Kalau nak baca review, bolehlah klik je pada tajuk itu.. Sha berjaya baca 22 buah buku sahaja..
Kebangkitan Mayat Hidup : Topik Biokimia oleh Oga 黄嘉俊 (Cartoonist), Redcode (Idea Asal), Albbie (Idea Asal)
Detektif Yaya dan Penunggu Gunung Embun oleh Timie Zafira
RAHSIA oleh Faizal Sulaiman
Lords of Time: Temporal Efficiency (The Prince Series #2) oleh Kaoru, Dreamerz, Candy Factory (Illustrator)
Sindrom oleh Tey Marzuki
Revolver oleh Syahmi Hafizuddin
Detektif Yaya dan Misteri Hantu Harum oleh Timie Zafira
Anarkis: Bangkit oleh Khairul Nizam Khairani
Nudin's, Robot Jatuh Sakit oleh Suri Mawarne, Mizi (Illustrator), Anhaz (Illustrator)
 Sumpahan Maut oleh Aya Tsukishima
Muslim' Show - Jiran, oh Jiran... oleh Allam & Blondin
Gergasi olehKhairul Nizam Khairani
Senangnya Matematik: Belajar Mengenal Bentu Akhir oleh Ji-Won Seo
Salju Cinta Anna oleh Aida Adriani
Rahang Maut oleh Mohamad Kholid Hamzah
Trilogi Ngeri #3: Obsesi oleh Gina Yap Lai Yoong
Benci Ke Sayang? oleh Nurina Feeza
 Sepakatan Putera Raja: Etika Sosial (Siri Putera) (K1) oleh Kaoru, Dreamerz, Candy Factory (Illustrator)







KAMPUNG oleh Irvan Affan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membaca novel ini memberi dua rasa yang berbeza dalam satu masa.. Rasa yang menyeronokkan dan juga sentap di hati.. Setiap apa yang ditulis penulis, terjadi dalam masyarakat kita sekarang.. Memang mengujakan baca novel Kampung ini.. Bila mula baca tak boleh nak berhenti.. Ada je sindiran yang diberikan oleh watak utama.. Kita yang membaca ini rasa dekat sangat dihati.. Memang teguran yang santai dari sebuah buku yang sempoi..

Sha baca pada 28.02.2018 dan selesai pada29.08.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Sinopsis : Dalam dunia ni, bila hang hilang sesuatu, barulah hang akan menghargai yang lain. Bila hang ada sesuatu, kadang-kadang hang akan menzalimi yang lain.
Bukan nak memburukkan tapi menyedarkan. Inilah hakikat sebenar yang berlaku di kalangan masyarakat sekarang. Hakikat yang sesetengah rakyat marhaen tak sedar. Susah payah kehidupan. Cerita ini menggambarkan semua.
Aku sebagai ‘ketua Kampung Pura Baik’ menjadi pemerhati dan membentangkan pada masyarakat tentang kisah kampung yang bersepah di luar sana tapi ada yang tak tau. Ada kisah baik, tapi peritnya banyak.
Apa yang dilihat di TV belum tentu realiti.

Hadiah Dari Blogger Aida

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada share Sha menang Top Commentor di Blog Adianiez kan.. Boleh baca di SINI.. Pada 29.03.2018, Hadiah dari Blogger Aida sampai ke tangan Sha.. Hadiah yang comel dan cute.. Sha dapat 3 Tupperware comel yang super cute dan satu penanda buku.. Sha ucapkan terima kasih kepada Aida untuk hadiah yang ohsem ini.. Terharu dan teruja.. kikiki...

Friday, March 30, 2018

Projek Thriller : Rantai oleh Arman Jazee, Saidee Nor Azam & Arifful Baqi

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Projek thriller ke enam dari buku prima.. Gabungan 3 penulis lelaki yang ohsem.. Sha baru pertama kali baca karya penulis yang bernama Arman Jazee ini.. Yang lagi dua tu Sha dah biasa baca.. Memang Sha sukalah.. Buku ini juga pertama kalinya Sha beli dari penulis Arman Jazee ini.. Review Sha seperti dibawah..

Rantai Bernyawa oleh Arman Jazee
Suspen betul ceritanya.. Kisah seorang pencuri yang telah dipergunakan demi melepaskan sesuatu yang telah dikurung.. Makhluk yang ingin membalas dendam.. Menyimpan rasa akibat dikurung kerana dengki.. Yang memanggil pula musuh.. Tapi makhluk tu lupa.. Sekali dikurung pasti akan dikurung semula.. 

 Rantai Sakti oleh Saidee Nor Azam
Pergh!! Memang terbaiklah cerita ini.. Ada sesuatu yang luar biasa, tapi masih bertunjangkan agama.. Memang menarik tambah bila kekuasaan rantai itu digunakan untuk kebaikan.. Daripada mana datangnya rantai tu turut diceritakan.. Walaupun terperinci tapi tetap berkisar sekitar rantai sakti itu.. Dan ada sedikit makluman dari penulis mengenai buku Margasatwa yang ketiga.. Yeah!!
Rantai Emas oleh Arifful Baqi
Hanya kerana seutas rantai terbongkar sejarah silam.. Daripada kisah pembunuh upahan Kaminari dan juga perbalahan dengan kongsi gelap.. Memang menarik dan ohsem..Kisah thriller yang mendebarkan..

Sha mula baca pada 25.08.2018 dan selesai pada 29.08.2018..
Lambat sebab baca sampai 3 buku sekaligus.. kikiki.. Pastu layan drama korea lagi..

Urusan Rumah - Ambil Kunci

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Rabu (28.03.2018) Sha ke syarikat pemaju untuk ambil kunci.. Selepas terima surat pada 27.03.2018.. Kalau ikutkan surat tu, Sha kena bawa duit RM508.90 untuk bayar penyelenggaraan, cukai tanah dan deposit air.. Jadinya bawa jelah duit siap-siap.. Sampai dekat syarikat pemaju, mereka bagi sekeping surat untuk ditandatangani mengatakan dan ambil kunci.. Sedangkan tak pergi tengok pun lagi rumah.. Jadi Sha ambil kunci dan tandatangan kertas tu serta buat catitan dibahagian bawah mengatakan Sha ambil kunci tanpa melihat rumah.. Bila minta CF (CF adalah bermaksud Sijil Perakuan Kelayakan atau Certificate of Fitness untuk untuk menduduki sesuatu rumah), pemaju kata CF belum dapat lagi.. Dalam seminggu dua nanti baru dapat.. Okaylah.. Dah tak adakan, takkan nak paksa juga.. Sha buat keputusan minggu depan Sha akan telefon dan tanya sampailah dia cakap dah boleh ambil CF.. kikiki.. Usaha tangga jaya..

Lepas tu Sha tanyalah pasal surat yang dia bagi tu.. Rupanya duit tu dia dah tolak siap dari duit yang dia nak bagi dekat Sha sebab lewat serah kunci.. Jadinya tak payahlah Sha bayar apa-apa.. Sha tanyalah sekali pasal cukai taksiran dan cukai tanah.. Cukai taksiran dan cukai tanah untuk dua tahun lepas, pemaju dah bayar.. Jadinya Sha kena bayar cukai taksiran dan cukai tanah tahun ini.. Maka lepas selesai urusan ambil kunci terus gerak pergi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk proses penukaran nama pemaju kepada nama Sha untuk cukai taksiran.. Tapi MBI suruh pergi pejabat tanah dulu untuk buat pencarian (dokumen mengatakan rumah tu dah ditukarkan kepada nama Sha) baru boleh buat penukaran nama di MBI.. Pergilah pejabat tanah kena bayar RM40.. Dah dapat dokumen yang diperlukan, patah balik pergi MBI.. Dekat MBI Sha bayar terus cukai taksiran tu untuk setahun dan juga denda lewat.. Lebih kurang RM90 lebih camtu.. Dah settle ini barulah pergi solat dan makan...

Kemudian barulah pergi ke rumah.. Alhamdulillah.. Rumah semua okay.. Cuma nak buat komplin sikit je.. Air bertakung dekat parking kereta itu.. Nak suruh pemaju simen kan sikit.. Lepas itu encik suami pun buatlah kerja-kerja mengukur untuk grill.. Alhamdulillah selesai dah semua.. Tunggu CF je..

MEREKA oleh Ariff Adly

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memula baca cerita ini dah rasa macam.. Kenapa?? Lepas tu bila mereka seolah-olah berada di dimensi yang pelik dah rasa meremang.. Memang mengujakanlah nak tahu apa yang Joker tu boleh buat dan siapa sebenarnya yang jahat.. Memang tak sangkalah.. Serius.. Tapi kesudahannya pun menarik.. Bila sahabat tetap menjadi sahabat.. Penulis ini memang ohsemlah..

Sha baca pada 26.03.2018 dan selesai pada 27.03.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Sinopsis : “Ada orang kat dalam ke?” teriakku, sambil mengetuk pintu tandas.
Bulu roma aku tiba-tiba berdiri. Aku mula berganjak ke belakang. Mungkin aku silap dengar.
Tiba-tiba satu suara tangisan masuk ke dalam telinga. Aku kembali merapatkan diri pada pintu tandas, dan mengetuknya. “Ada orang kat dalam ke?”
Suara tangisan itu masih ada. Aku menarik nafas dalam-dalam, dan menolak perlahan-lahan pintu tadi.
“Cik, saya nak masuk ni. Cik okay ke?”
Tangisan tadi datangnya dari kubikel keempat yang letaknya di hujung. Setibanya aku di hadapan pintu keempat, tangisan itu berhenti.
“Cik? Cik okay ke? Tempat ni dah nak tutup dah. Apa kata…”
“Hik!” Selepas beberapa ketika, suara tangisan itu diganti dengan suara baru. “Hik. Hik. Hihihihi! Hik!”
Ah, ni sial.

Thursday, March 29, 2018

Jom Beli Kisah 3 Beradik oleh Kakak Sado

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini adalah kisah benar penulis.. Pernah disiarkan di https://www.facebook.com/fiksyenshasha/.. Tapi Sha tak pernah baca.. Sha share sini pun tak adalah dapat komisyen ke apa.. Sha share sebab Sha suka buku.. Dan Sha rasa buku penulis ini bagus untuk dibaca.. Owh ya, Sha belum beli lagi buku ini.. Fulus agak terhad.. Jadi dengan berkongsi artikel mengenai buku ini, Sha berdoa semoga dilapangkan rezeki Sha.. Aamiin.. Sha rajin ziarah page Kakak Sado ini dan baca komen serta review pembaca mengenai buku ini.. Ternyata buku ini bagus untuk korang milik.. Jadi.. Jangan tunggu lagi.. Pergilah terjah dan beli buku ini ye...

Untuk belian, boleh hubungi penulis di:
WhatsApp - http://www.wasap.my/60132296514
Facebook -  https://www.facebook.com/kakaksado/
Instagram - https://www.instagram.com/kakaksado_therealks/?hl=en

Kisah 3 Beradik oleh Kakak Sado

Siapa mahukan kaca sedangkan permata itu lebih bermakna?
Siapa yang mendambakan derita tatkala bahagia itu terang bercahaya?
Siapa yang dahagakan neraka dunia saat pilihan syurga dihadapan mata?
Persoalan ini membuatkan aku menjadi bingung

Oleh itu, aku memilih untuk menulis kisah hidup aku.
Bukan untuk simpanan aku semata tetapi untuk dikongsi bersama.

Coretan ini aku coretkan buat pembaca setia.
Aku inigin kalian menilai kisah aku dengan mata hati bukan emosi atau indera yang tuli.

-Kakak Sado-

Koleksi Buku di PNM e-Reader

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menjawab kepada pertanyaan di entry sebelum ini (Boleh baca di SINI).. Sha senaraikan (sebahagian) buku yang boleh dipinjam melalui PNM e-Reader oleh pengguna.. Paling menjadi rebutan dah tentulan Novel.. Tapi ada juga bahan bacaan lain selain daripada novel ye.. Pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu, Cina dan English.. Bahasa tamil je Sha tak jumpa lagi..

Antara Kategori yang boleh digunakan untuk pencarian bahan bacaan..

Paparan hadapan https://pnm.elib.com.my/index.php/home

Kategori Akaun

Business

 
Buku berbahasa Mandarin

Koleksi novel New York Times Bestselling

Boleh juga menggunakan kata kunci untuk mencari bahan seperti diatas.. Saya gunakan kata kunci 'kaya'.. Ada 5 page cadangan bahan yang berkaitan dengan perkataan 'kaya'..

Pencarian menggunakan syarikat penerbit buku juga boleh digunakan.. Macam contoh gambar diatas.. Sha gunakan "PTS Publications" dan ada 24 page untuk dijelajahi..

Selamat mencuba kepada yang baru terjumpa entri PNM e-Reader ini.. Semoga entri-entri ini akan membantu anda ye.. Selamat membaca.. Jom semarakkan budaya membaca.. Boleh juga baca entry sebelum ini di SINI, SINI dan SINI..

Terima Sumbangan Bagi Pihak Perpustakaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kan kerja sebagai Pembantu Pustakawan.. Bila Perpustakaan agak susah untuk terima peruntukkan kewangan bagi membeli buku, maka Sha digalakkan untuk mencari sumbangan buku bagi menambah koleksi di Perpustakaan dan untuk kegunaan aktiviti di Perpustakaan... Ini telah menjadi tugas tambahan Sha bermula hujung tahun 2017.. Setakat ini Sha dah terima sumbangan buku dari Perpustakaan Negara Malaysia, Penulis, Perpustakaan luar dan juga pihak penerbit..

Kepada kawan-kawan yang baca entry Sha ini, kalau ada nak sumbangkan buku bolehlah maklumkan Sha.. ada sumbangan yang Sha pergi ambil.. Ada juga yang pos terus kepada Sha.. Cuma perlu maklumkan awal sekiranya nak minta Sha ambil sendiri buku tu.. Terima kasih kepada yang telah menyumbangkan buku.. Memang rasa terharu sangat bila terima sumbangan.. Sebab selain dari penambahan koleksi, buku-buku ini juga membantu Sha dan rakan sekerja untuk buat kataloging.. Kataloging ini adalah kerja asas dan wajib tahu bagi Pembantu Pustakawan..

Sumbangan penulis Syauqi M. K.

Sumbangan Perpustakaan INTAN, Bukit Kiara

Sumbangan KTR Press

Sumbangan Penulis Shirod Shukri

Buku-buku dari Razak School of Government..

Wednesday, March 28, 2018

Surga Yang Tak Dirindukan 2 (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alang-alang dah tertengok Ayat-ayat Cinta 2, teruslah Sha layan pula Surga Yang Tak Dirindukan 2 pula.. Filem yang pertama Sha tak tengok tapi Sha dah baca novel dia.. Boleh baca reviewnya di SINI.. Novel yang kedua belum sempat baca.. kikiki..

Filem ini okay.. Arini jumpa Meirose masa dia ke Budapest.. Masa dekat Budapest juga Arini disahkan sakit.. Jadinya Arini ingat nak satukan semula Meirose dengan suami dia.. Tapi dalam masa yang sama, Meirose tengah berkawan dengan doktor yang merawat Arini.. Pergh!! Bersegi-segi cintanya.. Kikikiki..Okaylah filem ini..

Sinopsis: Meirose (Raline Shah) comes back to the house of Pras (Fedi Nuril) and Arini (Laudya Cynthia Bella). She intends to take Akbar, her son who had been treated by the couple. But this time Arini persuaded and asked Meirose to return to Pras. Meirose was in doubt. She is now unsure of her life choice between living a future that herself does not know what it is like, or returning to Pras but not to the heart of destroying the happiness of Arini. Meirose is more confused when Pras, the man she still loves appears in front of her.
Why did Arini insist on persuading Meirose to return to Pras? What did Pras do, whether he would accept Meirose, while he was still doubtful of his ability as a human being to be fair to two wives. Who is also the figure of the doctor Syarief (Reza Rahadian) who suddenly appeared in their lives?

Teh Boh Seri Songket Collection : Lime and Ginger

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah sebenarnya Sha nak cuba yang Seri Songket Collection ini.. Satu sebab kotak dia cantik.. Kikikiki.. Kalau buat hadiah pun okay ini.. Satu lagi flavour dia.. Sha cuba yang ini dulu.. Lime and Ginger.. Pada Sha, memang sedap dan bantu buang angin.. Yang best, anak-anak Sha pun suka.. Sha minum Teh ini di hujung minggu.. Secawan teh bersama sebuah novel.. Pergh!! Ohsem okay.. kikiki..

Harga dia dalam RM8 lebih je kalau tak silap Sha..

Pesta Buku Selangor 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat semua warga Selangor.. Jangan lupa untuk singgah ke Pesta Buku Selangor 2018 yang akan berlangsung dari 29 Mac 2018 sehingga 8 April 2018 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC CONVEC). Pesta Buku Selangor 2018 ini akan berlangsung selama 11 hari.. Jangan lupa untuk singgah ke sini ye..

 

Tuesday, March 27, 2018

Wall’s Magnum Hazelnut Luxe

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aiskrim hazelnut yang dilapisi coklat Belgian tebal dan berkrim, dihiasi dengan kepingan rangup Hazelnut yang telah dikaramelkan.. Pergh!! Memang rasa yang mewah dan mengasyikkan.. Harga dia pun dasyat.. Kikiki.. Untuk Sha yang sukakan coklat dan kacang, ini memang akan jadi kesukaan Sha.. Nanti nak cari yang Pistachio lak.. Sape dah rasa?? Sep sikit..

Drama Korea | Bad Guys: Vile City (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini spinoff dari drama Korea bertajuk Bad Guys (2014).. Sepatutnya sambungan kepada Bad Guys (2014) tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan maka jadilah spin-off je.. Pelakon pun berbeza maka jalan cerita pun berbezalah sedikit.. Kali ini bukan polis tapi prosecutor..

Pergh!! Satu perasaan yang tak terungkap bila 1st episod je dah ada babak ganas.. Memang cerita ini penuh debaran.. Ada sneak peek sikit pasal Bad Guys yang first.. Cerita ini memamg ganaslah.. Setiap episod ada je babak lawan yang ganas.. Tapi tak seohsem Bad Guys siri 1..

Permulaan cerita ini je dah struggle.. Bayangkan sepanjang episod ini mereka berjuang bermati-matian untuk menangkap penjenayah sampai ada yang terbunuh, tercedera usah ceritalah tapi tetap ada yang tertewas pada kejahatan.. Cerita ini memberitahu manusia bila dah pegang kuasa, mesti akan terlari dari prinsip kebaikan.. Ada je yang kekal berpegang pada prinsip tapi susahlah nak cari.. Bila menghalang perbuatan jahat, pembasmian bukan pada puncak sahaja tapi kena buang sehingga ke akar umbi.. Sebab pucuk bila dicantas, akan tumbuh yang baru.. Tapi akar kalau dibuang, pasti takkan tumbuh dah.. Kena banyak-banyak bersabar bila tengok drama ini.. serius merentap jantung.. kikiki.. Pada Sha lah.. pada orang lain Sha tak pasti..

 

BAD GUYS: CITY OF EVIL @ BAD GUYS: AGE OF EVIL @ BAD GUYS: EVIL CITY @ BAD GUYS: VILE CITY | 16 December 2017 | 16 episodes | Action, Crime, Drama |
Sinopsis: Prosecutor Woo Je Moon has been after unscrupulous businessman Jo Young Gook for a long time. In order to catch him, Prosecutor Woo creates a motley team of "bad guys" — most of whom hold personal grudges against Jo Young Gook and aren't afraid to do whatever it takes to bring him to justice.

PNM e-Reader - Reserve Book

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kepada yang guna PNM e-Reader, bawah ini Sha share mengenai buku yang anda reserve.. Buku-buku yang kita Reserve ini biasanya buku-buku yang tak available untuk dipinjam (borrow).. Tapi kita tetap nak baca, maka kita Reserve.. Bila buku ini dah available untuk dipinjam, PNM akan hantar email dekat kita maklumkan status buku ini.. Kita kena pantas klik link yang diberikan untuk membolehkan kita meminjam buku yang telah available statusnya..

Flow dia Sha share dalam gambar dibawah..

 Buku ini tak available untuk dipinjam, maka Sha klik perkataan Reserve tu..

Buku tadi dah berjaya kita reserve.. Nanti PNM akan hantar email bila buku tu dah available untuk dipinjam..

Email dari PNM memberitahu untuk kita redeem buku yang kita reserve..
Klik je link yang diberikan didalam email diatas..

Yeah!! Berjaya dah pinjam.. Dah boleh mula membaca..

Boleh baca entry sebelum ini
PNM e-Reader
Cloud Reader untuk PNM e-Reader

Monday, March 26, 2018

China | Blue Veins (2016)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama dari China ini ohsem okay.. Ohsem sebab pasal vampire.. kikiki.. Vampire dia memang dari zaman dahulu kala.. Yang menentang vampire ini pula ialah 9 manusia Immortal.. Mereka ini sebenarnya dah mati tapi dipanah kilat, menjadikan mereka Immortal.. Manusia Immortal ini merasakan untuk mereka menjadi manusia semula, mereka kena bunuh semua vampire.. Drama ini ada 33 episod dan setiap episod 44 minit.. Sha tengok 3 hari jugalah baru habis..

Hero drama ini Kevin Cheng.. Gorgeous habis.. Hahaha..

Drama ini memang bermula dengan sangat mudah cuma sepanjang perjalanan cerita ini akan ada konflik dan misteri yang kita kena cantum-cantumkan.. Terutama sekali mengenai watak heroin.. Vampire yang hilang ingatan dan ada kelebihan menghidupkan mayat dalam tempoh 1 minit.. Dengan kelebihan inilah beliau membantu polis menyelesaikan kes.. Berkerja sebagai Saintis Forensik dan selalu berdepan dengan mayat.. Heronya pula immortal yang tak mati.. Memang bestlah.. Tapi bila episod dah nak hujung, Hero tetibe jadi manusia biasa.. Memang kelakarlah.. Keseluruhan cerita ini sangat menarik.. Macam main jigsaw puzzle.. Kita kena cantum-cantumkan untuk tahu keseluruhan cerita.. Suka Sha.. Ending dia agak mengejutkan.. Tapi ohsem.. 

Blue Veins (2016) | HK Drama | 33 episodes | Aired: Apr 11, 2016 - May 15, 2016 | Genres: Action, Vampire, Comedy, Romance, Drama, Martial Arts |
Sinopsis : After getting struck by lightning during the The Great Vampire War, Ying Wuet Tseuk and his gang of thieves become The Undead, a race of immortal beings. For the next 500 years, Ying Wuet Tseuk kept his identity hidden and secludes himself in the city, spending sleepless nights managing a late-night food hall. Skilled in martial arts, Ying Wuet Tseuk also operates a martial arts training hall and accepts two disciples underhis wing.
Ying Wuet Tseuk is in love with forensic scientist Lam Mung Nam, a vampire who had her memories and powers completely sealed away. Unaware of her vampiric identity, her only remaining power is the ability to revive the dead for one minute. For years, Ying Wuet Tseuk stayed by her side silently, helping her piece memories back together one by one.

Penanggal oleh Eqbal Mohaydeen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini memang gempak dan ohsem.. Berjaya membangkitkan semangat Sha untuk terus membaca walaupun setiap bait itu memberikan perasan huru hara.. Penulis berjaya mengolah satu cerita yang sangat ohsem.. Memang tak disangka rupanya pelakunya begitu dekat sekali.. Di depan mata namun dikaburkan dengan gangguan demi gangguan.. Jangkaan Sha memang tersasar jauh.. Apa yang pasti novel ini mengejar kita untuk sentiasa meletakkan pergantungan kepada Allah tuhan yang satu.. 

Semuanya bermula bila manusia mula menyimpan perasaan dengki dan tidak bersyukur.. Maka bermulalah penganiayaan dan penindasan.. Bila manusia diasak, dihina dan dihancurkan maka datanglah syaitan mengambil kesempatan.. Bermulalah perlakuan kejam kepada manusia-manusia yang tidak berdosa.. Betapa fitnah dan penindasan boleh memberi impak yang menakutkan.. 

Semoga bacaan ini mampu memberikan ilmu dan panduan dalam hidup kita.. Novel bukan sekadar bacaan ringan tapi ada ilmu yang diselitkan didalamnya.. 

Sha start baca pada 22.03.2018 dan selesai pada 24.03.2018..

Buku penanggal ini dihadiahkan kepada Sha oleh sahabat Facebook..
Boleh baca di SINI..

Milo Kepal di Sg. Behrang, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Berjaya juga makan Milo Kepal.. Kikiki.. Tempatnya tersembunyi dari dunia luar.. Hahaha.. Kedai ini letaknya dalam Felda Sg. Behrang, Perak.. Memang tak susah sebenarnya nak cari kedai ini kalau duduk dekat sekitar sini.. Masuk je Felda lepas pintu gerbang lorong yang kedua sebelah kanan.. Terus je.. kedai yang kedua dari simpang tadi.. Harga milo kepal ini RM4 (special) kalau biasa RM3 je.. Bukan takat ada Milo Kepal ini.. Ada laksa, meehoon sup, bakso, rojak buah dan abc.. Maaflah ye, gambar makanan lain tak sempat nak snap.. Kedai pun lupa nak snap.. Perut dah lapar kan..

Okaylah ais kepal milo dia.. Ada taburan oreo, kacang, coco krunch dan aiskrim.. Tak manis sangat.. Sedap je..

Sunday, March 25, 2018

Ayat-Ayat Cinta 2 (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tertengok tanpa sengaja.. Hahaha.. Ceritanya okay okay sahaja.. Ayat-ayat Cinta lebih best pada Sha.. Tu je review dari saya.. Sekian.. kikiki..

Sinopsis: Fahri, now living in Edinburgh and even a lecturer at thd University Pf Edinburgh, was forced to live his daily life alone. Together with Uncle Hulusi, his Turkish household assistant, he continued his life without Aisha.

Online Shopping di CJ WOW Shop

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru je cakap dah tak boleh berbelanja, tetibe ada entry shopping pula ye.. Kikiki.. Sebenarnya bukan Sha punya ini.. Ini Sha tolong MIL beli.. Hari tu MIL Sha datang duduk rumah Sha.. Disebabkan dalam bilik yang MIL duduk tu memang ada TV cuma siarannya siaran biasa.. Tak ada Astro.. MIL tertengok rancangan CJ WOW Shop dekat tv.. Ada jual Handbag... MIL sudah terbekenan la pula.. Maka Sha tolonglah belikan.. Guna duit MIL.. kikiki.. Harga asal RM399.00 dapat diskaun jadi RM169.00 (free postage..) Sha beli beg ini pada 23.03.2018.. Dapat handbag, sling bag, mini pouch dan 7pc nail clipper travel set.. Okaylah kan.. Masa Sha publish entry ini, bag tak sampai lagi.. Nanti kalau dah sampai, Sha update dekat sini ye.. Pertama kali membeli.. Okaylah.. Tak de susah pun.. Cuma dekat bahagian alamat tu pada Sha agak mengelirukan.. Tapi still okay lah..


Update : Beg sampai pada 24.03.2018 (Sabtu esoknya).. Pada Sha cepatlah servis CJ WOW Shop ini.. Dan MIL Sha sangat puas hati dengan beg yang diterima.. Dua free gift yang diberi pun sangat cantik.. memang berbaloilah harga yang MIL bayar.. Maaflah ye takde gambar beg.. Bukan barang Sha kan.. segan pula nak ambil dan snap.. kikiki..

Urusan Rumah - Potongan Gaji

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Akhirnya terima juga surat dari LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam).. Tapi mengganggu gugat jiwa betul.. Terima surat pada 22.03.2018, Bulan 4 dah potong gaji.. Nak pitam rasanya... Tak sempat nak buat belanjawan.. Memang tak readylah.. Sebab masa belum jadi LPPSA, dia punya proses pemotongan makan masa 2 ke 3 bulan juga.. Tapi bila dah jadi LPPSA ini sebulan je dia bagi.. Alahai.. Kunci rumah pun tak dapat lagi.. Gaji dah nak kena tolak.. Mujurlah ada encik suami.. Encik suami rileks je.. Dia yang buka balik dokumen-dokumen rumah dan cari maklumat pasal pemaju.. Encik suami suruh call pemaju tanya pasal kunci rumah.. Sebab sepatutnya bulan Disember 2017 Sha dah dapat kunci rumah... Makanya Jumaat (23.03.2018) Sha pun call lah pemaju.. Pemaju kata dalam seminggu dua lagi dapat surat untuk ambil kunci rumah.. Sha maklumkanlah Sha dah dapat surat untuk bayar rumah.. Terus pemaju cakap nanti kita bayar untuk kelewatan pemberian kunci.. Owh.. Okay.. Legalah Sha bila tahu pemaju dah nak bagi surat untuk ambil kunci.. Mungkin dah ada yang call tanya kot.. Lega.. Selega leganya.. Tak sabar nak pegang kunci rumah sendiri..

Bulan ini Sha dah terbelanja duit gaji lebih.. So kenalah ikat perut sikit.. Bulan depan pun sama.. Gaji tinggal secoit je.. Sebab potongan rumah Sha banyak.. Takpelah untuk masa hadapan kan.. Buhbye lah pada buku-buku yang ingin dibeli.. Warghhhhhh.... Menangis bucu katil lah nampaknya..


Saturday, March 24, 2018

Hadiah dari Sahabat di Facebook #1

Assalamualaikum..
hye semua..

Alhamdulillah.. Khamis (22.03.2018) Sha terima hadiah dari rakan Facebook.. Sebuah novel seram yang ada tandatangan penulis.. Rakan Facebook ini dah hadiahkan Sha 4 buah novel termasuk yang ini.. Bukan sahaja novel, malah ada juga makanan yang diberikan beliau kepada Sha.. Sha bersyukur sangat berkenalan dengan beliau.. Buku yang sebelum ini boleh tengok di entry SINI dan SINI..


Rezeki tiba di saat hati sedang berduka.. Huhuhu..

Hadiah Dari Group WhatsApp

Assalamualaikum..
hye semua..

Alhamdulillah.. Terima hadiah buku.. Hadiah ini Sha terima dari Group WhatsApp sebab banyak membaca.. Terima kasih pada yang sudi memberikan hadiah.. Teruja nak membaca.. Buku-buku ini sampai pada 22.03.2018..

Mr. Killer Smile oleh Ruby Nur Airis
Judgement Road by Christine Feehan

Air Retro Soda

Assalamualaikum..
 Hye semua..

Air botol yang legend.. Harga sebotol ini RM2.50.. Sedap minum masa sejuk.. Sha minum air ini masa singgah makan di Kedai Zul & Rin Nasi Lemak Kukus, Kg Ketoyong, Perak.. Kedai makanan ini letaknya di tepi jalan tak jauh dari Stesen KTM Tanjung Malim..

Friday, March 23, 2018

Sepakatan Putera Raja: Etika Sosial (Siri Putera) (K1) oleh Kaoru, Dreamerz, Candy Factory (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini alih bahasa sebenarnya.. Ada dalam Bahasa Inggeris.. Tajuknya The Princes Alliance: Social Etiquette (The Prince Series #1) by Kaoru, Dreamerz, Candy Factory (Illustrator).. Sebelum ini Sha ada share yang tajuk Lords of Time: Temporal Efficiency (The Prince Series #2) by Kaoru, Dreamerz, Candy Factory (Illustrator) ini buku kedua untuk Siri Putera dan yang Sha baca ini buku pertama.. Seronok lah juga bila Putera yang dah biasa senang terpaksa berdikari dan bergaul dengan golongan bawahan di sekolah..

Dalam komik ini juga ada diterangkan mengenai definasi sebuah negara, jumlah negara di dunia, perbezaan antara keluarga Imperial dan diraja, bunga kebangsaan, cara sapaan bagi setiap negara dan adab.. Bahan bacaan yang sesuai bukan sahaja golongan kanak-kanak tapi dewasa..

Sha baca dan selesai pada 22.03.2018..

 Hak milik Perpustakaan Negara Malaysia

Detective K : Secret of the Living Dead (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Filem yang ohsem.. Ada vampire.. Vampire dalam cerita ini hisap darah untuk balas dendam.. Mati pun senang.. Bakar jantung dan tubuh vampire pun mati.. 

Detective K telah dijemput untuk menyiasat mengenai mayat terbakar.. Semasa menyiasat beliau terjumpa seorang perempuan yang aneh dan kuat.. Mayat yang disiasat bukan sahaja terbakar tapi ada kesan dua lubang di leher dan mata panah di jantung.. Memang agak pelik.. Penyiasatan Detective K telah membongkar kisah pembunuhan dan juga pemberontakkan yang berlaku 30 tahun dahulu..

 Detective K: Secret of the Living Dead (2018) | KMovie | Release Date: Feb 8, 2018 | Duration: 2 hr. 0 min.| Genres: Adventure, Historical, Mystery, Comedy, Detective, Joseon Dynasty |
Sinopsis : When a series of unusual murders occurs, Detective K (KIM Myung-min) and his partner (OH Dal-soo) are once again called into action as they discover a trail of bodies with mysterious bite marks.