Assalamualaikum..
Hye semua..
Kali ini Sha baca novel misteri dan thriller dari PTS Milennia.. Menarik sebab awal penceritaan sudah diberi bayangan bunga-bunga tragedi.. Namun kisah yang disampaikan memang berjaya menimbulkan tanda tanya.. Kalau tak peka dari awal, memang tak boleh nak teka.. Seronok juga membacanya.. Seolah-olah kita juga sedang menyiasat punca kejadian.. Yellah, tak ke pelik bila populasi hutan menurun dengan mendadak sedangkan pemangsa tak adalah banyak dalam hutan.. Lepas itu ada pula kes manusia diserang makhluk ganas sehingga menjadi cacat.. Nak kata buaya, sangat mustahil.. Anaconda.. hanya ada di Amazon.. Maka bermulalah penyiasatan bukan sahaja oleh Perhilitan malah dari NGO juga.. Apakah sebenarnya yang berlaku di hutan itu??? Jomlah membaca..
Satu keunikkan buku ini yang Sha suka adalah penggunaan simpulan/peribahasa bahasa
Bagai pelita kehabisan minyak
Mujur tidak bebrunyi, malang tidak berbau
Awal dibuat, akhir diingat
Seperti susu dengan sakar
Duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarah
Terapung sama hanyut, terendam sama basah
Tiada orang sehili semudik
Hidup menggalang leher
Satu hilang, kedua terbilang
Jauh dihujung jari, dekat dihujung kuku
Ibarat gasing, berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau
Ombanknya kedengaran, pasirnya tak kelihatan
Hidup meniti ranjau
Ikthtiar menjalani, untung menyudahi
Hilang dicari, terapung direnangi dan terbenam diselami
Banyak lagi sebenarnya.. Tapi memang membuka matalah.. Sebab ada yang Sha tak pernah dengar..
Sha baca pada 15.03.2018 dan selesai pada16.03.2018..
Hak milik Perpustakaan Negara Malaysia
very good bila bahasa itu dibungakan dgn peribahasa sebegitu, sha.
ReplyDeleteBM kita ni kaya.
writer kena guna. so boleh educate masyarakat bila membaca.
instead of bahasa pasar masa kini.
Betul tu Aida..
DeleteSelamat membaca.
ReplyDeleteTahniah 2 hari selesai 1 buku.
Terima kasih WP..
Deletekak sha mmg kaki buku...
ReplyDeleteKikiki.. Tu lah pasal..
Deletehaha buku ni dah bertahun pinjam dekat library pastu tak reti baca, tak reti pulangkan balik.
ReplyDeleteHahaha.. Sabar jelah.. Trylah baca..
DeleteSalam, terima kasih sudi membaca Rahang Maut
ReplyDeletewww.mohamadkholid.blogspot.com
Salam.. Sama-sama..
Delete