Projek Thriller : Rantai oleh Arman Jazee, Saidee Nor Azam & Arifful Baqi - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Friday, March 30, 2018

Projek Thriller : Rantai oleh Arman Jazee, Saidee Nor Azam & Arifful Baqi

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Projek thriller ke enam dari buku prima.. Gabungan 3 penulis lelaki yang ohsem.. Sha baru pertama kali baca karya penulis yang bernama Arman Jazee ini.. Yang lagi dua tu Sha dah biasa baca.. Memang Sha sukalah.. Buku ini juga pertama kalinya Sha beli dari penulis Arman Jazee ini.. Review Sha seperti dibawah..

Rantai Bernyawa oleh Arman Jazee
Suspen betul ceritanya.. Kisah seorang pencuri yang telah dipergunakan demi melepaskan sesuatu yang telah dikurung.. Makhluk yang ingin membalas dendam.. Menyimpan rasa akibat dikurung kerana dengki.. Yang memanggil pula musuh.. Tapi makhluk tu lupa.. Sekali dikurung pasti akan dikurung semula.. 

 Rantai Sakti oleh Saidee Nor Azam
Pergh!! Memang terbaiklah cerita ini.. Ada sesuatu yang luar biasa, tapi masih bertunjangkan agama.. Memang menarik tambah bila kekuasaan rantai itu digunakan untuk kebaikan.. Daripada mana datangnya rantai tu turut diceritakan.. Walaupun terperinci tapi tetap berkisar sekitar rantai sakti itu.. Dan ada sedikit makluman dari penulis mengenai buku Margasatwa yang ketiga.. Yeah!!
Rantai Emas oleh Arifful Baqi
Hanya kerana seutas rantai terbongkar sejarah silam.. Daripada kisah pembunuh upahan Kaminari dan juga perbalahan dengan kongsi gelap.. Memang menarik dan ohsem..Kisah thriller yang mendebarkan..

Sha mula baca pada 25.08.2018 dan selesai pada 29.08.2018..
Lambat sebab baca sampai 3 buku sekaligus.. kikiki.. Pastu layan drama korea lagi..

3 comments:

  1. Confirm favourite lah genre ni hehe >_<
    .
    Thanks for the review kak Sha <3

    ReplyDelete
  2. wahhhh semua best nak kena cari lah nanti :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..