Friday, December 22, 2023

7-Eleven 3In1 Snack Box

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bekas ini dijual dengan harga RM25 untuk satu set tapi dalam tempoh tertentu, kalau kita berjaya kumpul kupon di aplikasi 7Eleven, kita boleh beli dengan harga RM5 sahaja.. Sha berjaya dapat warna kuning dan oren sahaja.. 

Comel je saiz dia..

3 bekas..

3 bekas comel..

ebook | Seram Mistik : Koleksi Kisah Seram Pendek oleh Ilya Abdullah

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Menghimpunkan 27 cerita pendek pelbagai topik.. 3 sekawan Fahmi, Shahrul dan Nasri pergi berkhemah di dalam hutan.. Semasa di dalam hutan, mereka saling menyampaikan cerita seram.. Namun Shahrul tak berapa suka tapi terpaksa melayan.. Paling banyak bercerita dah tentulah Fahmi malah siap menyakat Shahrul.. Memang lain macamlah perangainya.. kikiki.. Penamat dia tu memang menimbulkan tanda tanya dan misteri..

Sha baca dan selesai pada 20.12.2023..

Published July 1, 2022 by Ilya Abdullah

Thursday, December 21, 2023

Jepun | Junkyouju Takatsuki Akira no Suisatsu Season 2 (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan kepada Junkyouju Takatsuki Akira no Suisatsu (2021).. Musim dua ini setahun lepas musim 1.. Kali ini lebih fokus kepada bagaimana Akira boleh hilang dan dikurniakan kuasa misteri.. Kemunculan Hajime yang memanggil Akira sebagai Taegu dan mengingatkan Akira mengenai misi mereka menambahkan kekeliruan.. Penyiasatan ke atas orang hilang secara tiba-tiba juga rupanya ada kaitan dengan kes Akira dan juga Hajime.. Kelebihan Akira bila dia ada Fukamachi, Ruiko dan Kenji yang setia membantu..

Drama: Junkyouju Takatsuki Akira no Suisatsu Season 2
Also Known As: Guess by Associate Professor Takatsuki Akira 2, Jun Kyoju Takatsuki Akira no Suisatsu 2, Junkyouju Takatsuki Akira no Suisatsu 2
Genres: Mystery, Supernatural
Country: Japan
Episodes: 8
Aired: Oct 10, 2021 - Nov 28, 2021
Aired On: Sunday
Original Network: WOWOW
Duration: 25 min.
The story is set one year later. Takatsuki Akira, Fukamachi Naoya, and Ubukata Ruiko become involved in mysterious disappearances that occur in different parts of Japan. These disappearances apparently are linked to Akira's past as the trio attempt to find out what happened when Akira was 12 and how he got his "perfect memory" ability.

Coretan Kenangan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coretan kenangan ini bermula pada 16 Disember 2023

Hari ini (16.12.2023) tiba-tiba MIL mengadu sakit dada dan minta bawa ke hospital.. Encik suami tanya 3 kali nak kan kepastian betul ke tak MIL nak ke hospital.. Bila MIL bersungguh, encik suami suruh Sha datang dan gerak 2 kereta.. Pergi dalm 2.30 petang, pukul 5.00 petang doktor maklumkan MIL kena serangan jantung.. Minta maklumkan adik beradik lain.. Pukul 6 petang MIL dimasukkan ke wad.. Ahad doktor maklumkan MIL kena bawa ke IJN untuk buat scan, nak tengok bahagian mana yang tersekat.. Cumanya Isnin baru boleh dapat kepastian sama ada pergi menggunakan Ambulans hospital atau sendiri..

Isnin (18.12.2023) doktor bagi tahu memang nak bawa MIL ke IJN tapi sebelum bawa kena buat test covid.. Bila buat test, MIL positif dan terpaksa ditahan di wad 8 (wad khas pesakit covid).. Kalau ikutkan asalnya MIL memang ada demam dan batuk tapi seminggu yang lalu.. Kemudiannya disebabkan dah tak makan 5 hari sebelum masuk wad sebab makan je muntah.. Bila dah positif ini memang tak ada siapalah yang boleh tunggu mahupun melawat.. MIL dah tinggalkan wasiat video.. Aduhai.. Sabar jelah masa ini.. Kami layankan je.. Sepanjang MIL berada di wad Covid, memang encik suami tak boleh nak lawat.. Paling paling pun, boleh hantar kopi dan power bank je.. Tu pun kena pas dekat pengawal keselamatan..

Alhamdulillah petang Rabu dah boleh keluar wad dan dibawa balik.. Pengiraan covid bermula dari tarikh MIL mula batuk tu yang tak lama MIL dalam wad Covid.. Banyak jugalah ubat yang dibekalkan bersama kad temujanji untuk Klinik Kesihatan dan Klinik Pakar.. Surat rujukan ke IJN akan diberikan kemudian..

Gambar sebagai kenangan.. kikiki.. Cantik kan taman kat Hospital ini..

ebook | Bukan Cinta Pertama oleh Tulip Ungu

Assalamualaikum.
Hye semua..

Mirza memilih Darlina kerana terpikat dengan tingkah laku Darlina.. Semasa hari persandingan mereka Armani muncul dan mengaku tunang Mirza.. Bila Darlina tanya, Mirza suruh tunggu.. Sehinggalah Mirza tiba-tiba dipanggil bapa Armani dan negara dilanda wabak.. Perintah berkurung dan helah Armani menjarakkan mereka.. Namun bila kebenaran terbongkar, cinta antara Mirza dan Darlina mekar semula..

Sha baca dan selesai pada 

Published Disember 1, 2021 by Rinsya Chasiani

Coretan Cuti Sekolah 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang bawa anak-anak makan oden di Family Mart.. Nak jalan jauh-jauh, Sha kerja.. Encik suami pula kena jaga MIL, jadinya kita pergi makan luar je lah.. Sha bawa anak-anak lepas Sha balik kerja.. Gegirl time gitu.. Kikiki.. Kongsi semangkuk oden bertiga.. Amani dengan air kesukaan dia yogurt.. Imani pula ambil frappe Mixberries tambah susu.. Sha beli air frappe coklat yang ditambah kopi.. Kami makan dalam Family Mart.. Petang tak ramai sangat orang..

Kemain teruja budak yang pakai baju peach tu..

Oden Set: Tomyam - RM22.40
Seafood Tofu Fish Cake - 1
Mini Snow Crab Cake - 2
Korean Odeng Fish Cake - 3
Love Cheese Tofu - 4

Chocolate Frappe + Coffee - RM8.90
Tak sangka bila tambah kopi sedap.. Ada coklat cip dalam dia..

Milk Mixberries Frappe - RM8.90
Sedap frappe ini..

Chek Hup Microground Colombian Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap betul rasa mocha dia.. Tak terlalu kuat rasa kopinya.. Ngam cantiklah dengan tekak Sha.. Paling best bila kita ada pilihan untuk rasa manis tu.. Air ini dia datang dengan gula batu bentuk stick.. Jadinya kalau tak nak ada rasa gula, tak payah masukkan gula batu.. Kalau masukkan gula batu tu pun, tak adalah manis melampau.. Manis dia macam manis buah.. Tak terlalu manis.. Gitu.. Cuma harga dia agak keraslah.. kikiki.. 

Chek Hup Microground Colombian Mocha (23g x 6s) - RM17.48

Chek Hup Microground Colombian Mocha (6s) + Rock Sugar Stick (6pcs)

Itu lah rupa gula batu dan air yang dah dibancuh..

Kita letak je gula batu tu dalam air.. Cairlah dia.. kacau dan minum..

Wednesday, December 20, 2023

ebook | Bukan Dia Tapi Kamu oleh Ilmar Imia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nazeera setia menanti.. Ingatkan pertemuan semula berakhir bahagia tapi rupanya mengundang duka.. Yang ditunggu sudah ada yang baru kemudian ingin kembali semula dengan mengugut.. Ada pula yang cuba mencucuk dan melagakan..

Sha baca dan selesai pada 19.12.2023..

Published 2022 by Aimi Fazlah Mohamed Ramli

Korea | Voice Season 4: Judgment Hour (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Episod 1 je pun dah buat kau penasaran.. Bila penjahat pun ada pendengaran yang tajam.. Masalah.. Memang masalah besar tambahan pula penjahat tu kenal Kang Kwon Joo.. Memang lagi nayalah.. Dalam usaha diorang nak cari penjenayah yang dikatakan mempunyai wajah yang sama seperti Kwon Joo, pasukan ini turut menyelesaikan beberapa jenayah lain.. Kiranya dalam diorang siasat kes utama, ada juga kes lain yang turut disiasat sama.. Masuk episod 5 rasanya kita dah boleh agak siapa penjenayah utama dia.. Cuma motif utama dia lakukan jenayah dan kenapa dia macam berdendam gila-gila dengan Kwon Joo je masih samar-samar..

Untuk musim 4 ini hero dia Derek Jo yang dilakonkan oleh Song Seung Heon.. Sha suka je dengan pelakon ini walaupun sedih dah tak dapat tengok Lee Jin Wook beraksi.. huhuhu..

Drama ini, pelakon utama dia perempuan bernama Lee Ha Na yang bawa watak Kang Kwon Joo.. Beliau memang ada dari musim 1 lagi sampailah musim 4.. Cuma pasangan dia je yang berubah.. Musim 1 heronya Jang Hyuk.. Musim 2 dan 3, heronya Lee Jin Wook.. Musim 4 ini kita dapat hero lain pula.. kikiki..


Drama: Voice Season 4: Judgment Hour
Also Known As: Voice S4, Voice 4: Time of Judgment, Boiseu Sijeun 4, Boiseu 4: Simpanui Sigan, Voice 4: Simpanui Shigan
Director: Shin Yong Hwi, Yoon Ra Young
Screenwriter: Ma Jin Won
Genres: Action, Thriller, Mystery, Supernatural
Country: South Korea
Episodes: 14
Aired: Jun 18, 2021 - Jul 31, 2021
Aired On: Friday, Saturday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 3 min.
A serial killer with enhanced hearing ability, identical to Kang Kwon Joo, appears and starts murdering people using it. Because of this, Kang Kwon Joo is driven into a corner, and she decides to cooperate with Detective Derek Cho to catch the serial killer. Derek Cho, a person of principle who doesn’t allow mistakes, is a team leader from the LAPD (Los Angeles Police Department), a team that deals with criminal gangs. Meanwhile, Kwon Joo has suffered from PTSD since the death of Do Kang Woo, but she still carries out her duties as the leader of the emergency 112 call center.

Wordless Wednesday 2023

Tuesday, December 19, 2023

Julie's Osborne Crackers

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut tapi macam makan crackers.. Faham kot.. Teksture dia rangup dan sedap dimakan begitu sahaja.. Rendam dalam air tak jadi apa pun.. Biskut dia jenis keras tapi rangup.. Ha faham kot.. kikiki.. Sedap kunyahnya..

Julie's Osborne Crackers (135g) - RM2.65

Ada 6 pek comel

Ada 6 keping biskut dalam setiap pek comel.. Senang nak bawa ke mana-mana..

ebook | Jangan Tutup Lampu... : Indonesia oleh KF

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini, pernah juga cuba nak baca komik ini tapi tak berjaya.. Susah nak muat turun.. Tak pasti kenapa.. Ini dah boleh, jomlah kita layan.. Kisah yang diawakan adalah urban lagend dari Indonesia.. Ada 12 cerita semuanya.. Ada 3 cerpen pendek kalau tak silap dan selebihnya komik.. Semua cerita mendebarkan.. Ada urban legend yang Sha tahu dan ada yang pertama kali Sha baca.. CUmanya tak sesuai sangat dibaca untuk mereka yang tak sukakan seram dan gore sebab lukisannya tak ada tapis-tapis.. kikiki.. Menambahkan lagi keseraman cerita..

Sha baca dan selesai pada 19.12.2023..

Published September 1, 2016 by Gempakstarz
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com