Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam petang Sha mintakan Imani ke rumah jiran untuk hantar pesanan coklat.. Bila Imani balik, kemain seronok dia.. Jiran tu kirimkan hadiah ulangtahun buat Imani.. Rupanya jiran tu memang mencari Imani tapi tak terjumpa pula di sekolah.. Anak-anak kami bersekolah di tempat yang sama.. Kalau dekat kuarters pula, Sha memang tak bagi anak-anak main di luar kecuali hujung minggu itupun jarang-jarang sangat..
Ini Amani bawa balik.. Cikgu kelas merangkap cikgu Sains Komputer bagi.. Brooch dan keychain tu cikgunya bagi sempena ulang tahun kelahiran.. Brooch untuk pelajar perempuan dan keychain untuk pelajar lelaki.. Amani dapat dua sebab markah Sains Komputer dia paling tinggi untuk kelas tu.. Memang sukalah Amani..
Ini pula hadiah ulang tahun Imani yang diberikan jiran Sha tu.. Ada tudung, brooch, buku nota, kad ucapan, duit raya, cup dengan straw, coklat dan tealive 3in1..
Ini pula cerita pagi tadi.. Singgah 7E Cafe belikan hash brown dan chicken katsui untuk budak berdua tu.. Sha pula ternampak air ini dekat kaunter tengah promosi.. Teruslah Sha beli sebab harga murah, tin cantik.. kikiki.. Air ini satu RM1.. Harga asal dia RM2 lebih kalau tak silap Sha..
Pagi tadi keluar average daily steps ini dekat BookDoc.. Kena usaha lagi ini bagi jadi 10K.. kikiki..
Keseluruhan jumlah jejak Sha untuk Jun 2026..
Kali kedua dapat medal perak dan emas..


























Bagus jiran akak, ingat bday Imani siap bagi memacam hadiah... wahhh makin banyak akak punya medal ya skrg ni
ReplyDeleteWahhh..Seronok tgk hadiah2 bday tu. Wahhh....Jauh sis join fun run smp ke Shanghai..Apa pun congrates sbb achieved target. =D
ReplyDeleteSelamat ulangtahun buat Imani! Wah, hebat Amani dapat markah tertinggi dalam Sains Komputer 👏🏻👏🏻
ReplyDeletealhamdulillah.. rezeki Imani..
ReplyDeletechaiyok, boleh tu dapat 10k
Happy birthday. Semoga menjadi anak yang solehah. Rezeki dapat hadiah.
ReplyDeleteMinuman kaleng itu memang menarik botolnya. Itu salah satu teknik marketing yg buat pembeli tertarik kan.
ReplyDeleteBanyak hadiah yg imani dapat yaaa 👍🤗🤗. Congrats dapat nilai tertinggi dalam sains komputer