Wednesday, November 28, 2012

Pokok Hiasan dan Pokok Keperluan...

Alhamdulillah... makin berseri rumahku... walaupun duk kat Kuarters namun aku usahakan juga supaya rumah ku kembali berseri ngn pokok bunga dan juga pokok keperluan dapur.. hehehe... runsing bila xde pokok.. raser cam x brape nyaman jer.. sekarang nie bila kuar rumah dan masuk rumah raser damai jer.. sebab ade pokok bunga depan rumah...

Buat permulaan nie aku letak Lavender depan pintu masuk.. Pastu kat tepi koridor pintu masuk aku tanam pokok limau purut, kari ngn daum kesom.. ada gak pokok ati-ati.. Alhamdulillah pokok lavender aku tu menyerikan pintu umahku... sejuk mata memandang warna purple dan hijau...

Kat beranda depan aku gantung pokok bunga kertas dan pokok Mahkota Berduri @ nama saintifiknya Euphorbia Milli.. ("Bunga Kelentit Ma'am" - nama orang kg panggil.. hehehe xtau la betul ke x..) Selain tu kat beranda tu memang ada pokok kaktus yg aku beli masa honeymoon dulu.. ada dua pasu...

Nanti ingat nak beli lagi pokok ati-ati warna lain lak untuk letak depan rumah dan pokok bunga kertas untuk letak kat beranda depan.. barulah meriah.. hehehe.. Hubby pun suka.. Siap cakap lagi barulah nampak cam rumah married couple.. hehehe..

Kat bawah nie gmbar-gmbar yg sempat snap...

Pokok yang aku letak depan pintu masuk rumah... Lavender tu bunga dia sentiasa ada... suka sangat...

Pokok-pokok nie sebenarnya memberikan kedamaian dan ketenangan... hijau jer mata memandang...

Qasidah Yahanana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka sangat Qasidah nie... Alhamdulillah tenang jer dengar Qasidah nie... Baby dalam perut pun suka.. Jom layan....




Tuesday, November 27, 2012

Bertambah Usiaku..


Hari ini bufday aku...

Pepagi masuk opis bos bagi coklat Vochelle (1 tin) ngn Toblerone dari langkawi.. Pastu Kak sofiah pun bagi Toblerone gak.. Aku nye second bos bagi coklat gak dari langkawi.. And then diowg celebrate bufday aku... hehehe... Coklat owh coklat meriah pagi aku dgn coklat... 

En. Hubby wish dari pagi... asal call jer dia wish.. asal call jer dia wish.. klaka pun ada.. hehehe.. Mak sedara aku bagi Cd Zikir terapi tapi xdapat lagi sangkut kat adik aku.. 

Alhamdulillah... syukur pada Allah kerana masih lagi bernafas dan membawa satu lagi nyawa dalam perut... Syukur kerana dikurniakan orang-orang yang sentiasa menyayangi diri ini.. Anakku Amani pun baik jer arini.. hehehe... x banyak ragam... cam tau-tau jer...

Semoga masih berkesempatan meraikan hari ini lagi....

Amin... amin.. amin.. Ya Rabbal alamin...



Update: Semalam Balik kerja En. Hubby blanja makan and bagi special present.. hehehe...

Friday, November 2, 2012

AdaMu - Najwa Latif

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lagu best dari Najwa latif.... Suka sangat lagu nie... Liriknya simple dan menyentuh perasaan...
Videoklip diapun simple dan menarik..


AdaMu - Najwa Latif
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu


Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku


Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan






Wednesday, October 31, 2012

Pengalaman Tak Terjangkau..

28.10.2012 tarikh keramat nie.. hehehe.. Selalunya kami balik dari kampun x pernah lah lagi terserempak dengan jem.. Kali ini sangkut pulak.. Perjalanan yang selalunya 30 minit terus jadi 1 jam lebih.. Gara2 trafik light... dan jalan sempit... hehehe.. Merana gaklah.. hohoho... Panjang sangat... nasib baiklah walaupun jem tapi masih bergerak cam siput.. hehehe....


Tuesday, October 30, 2012

Hasil kerja Suamiku - Menjahit

Assalamualaikum...
Baru-baru nie, En. Hubby dapat tempahan untuk buat kepala langsir dan betulkan langsir sedia ada.. Banyak gaklah kerja dia nak kena buat... Nasib sempat siap bahagian depan sebelum Raya Haji.. Berserilah sikit umah cousin dia tu.. Alhamdulillah pilihan kaler untuk kon tu menjadi.. Kalau beli gak warna kuning memang tenggelam.. hehehe... Di bawah nie aksi beliau ketika memasang langsir.. hehehe..


Selain buat langsir, masa cuti raya haji tu mak sedara beliau meminta untuk pasangkan pelamin.. Nak sandingkan anak yang nak dikhatankan.. So aku pun tolonglah mana yang patut.. En Hubby buat simple jer sebab bukan pelamin untuk kenduri kawin kan..


Friday, October 26, 2012

Garangkah Aku??

Assalamualaikum..
buat Pengetahuan semua, ini adalah luahan hati dan perasaan aku sebagai pembantu perpustakaan.
Kadang-kadang bila aku fikir-fikirkan balik, salahkah aku menegur pelajar-pelajar ini untuk lebih berdisiplin... Salahkah aku bila aku marah diorang?? Aku pun kadang-kadang x faham.. Bila kita tegur bukan nak dengar sebaliknya kita pulak yang di marahnya.. Kalau perangai tu ok xpe lah jugak.. huhuhu..

Pening aku fikir.. Kalau x tegur karang rasa macam salah pula sebab itu termasuk sebahagian dari tugas.. Aduh nak buat macam mana ye??? Ke patut biarkan aje.. Bukan kehidupan aku pun.
Suka korang lah nak jadi apa. Kalau dah zaman belajar tidak boleh berdisiplin, macam mana nak kerja ye??

Thursday, October 25, 2012

Nama anak

Belum apa-apa lagi aku dah sebok memikirkan nama yang sesuai untuk anak yang masih chomey di dalam perut.. hehehe.. sewonok lak.. dok cakap ngn En.Hubby kalau perempuan jugak kita bubuh nama dekat-dekat dengan nama anak kami yang pertama.. hehehe... kalau lelaki kita buh yang pendek2 sudah.. aku memang dari dulu x brape gemar nama anak yang panjang2 dan pelik2 nie.. bukan apa.. kita panggil nama anak kita pendek jer tapi sebok bubuh nama anak panjang2... sedangkan bubuh pendek pun owang dok ubah dan pendek kan lagi.. inikan pulak kalau dah panjang2..

Tapi lain orang lain citarasanya.. ye dak.. hehehe... Setiap manusia berhak membuat pilihan... asalkan nama itu membawa maksud yang baik dan tidak menyusahkan anak itu, cukuplah...

Wednesday, October 24, 2012

Wordless Wednesday #1




Salah Memilih???

Salahkah aku dalam membuat pilihan??? adakah apa yang terjadi sekarang kerana aku terlalu terburu-buru?? Atau ini semua dugaan yang maha Esa untuk aku???

Entahlah akupun x pasti di mana silapnya.. Mungkin kerana aku merasakan apa yang dilakukannya merupakan satu perkara yang sangat keanak-anakkan... Mungkin kerana itu aku tidak boleh menerima.. akupun pernah melalui semua itu, malah aku masih lagi muda ketika aku menempuh kesemua onak dan duri itu dan aku bersyukur kerana aku tidak menyusahkan sesiapa.. Aku tak sanggup dan aku sedar setiap yang berlaku berpunca daripada aku tapi kenapa dia x boleh melaluinya tanpa menyusahkan keluarga yang sudah sedia berada dalam keadaan yang tidak mengizinkan... Kenapa??? Kenapa dia tidak boleh bertindak dengan matang??? Kenapa tidak dia tunjukkan sikap berdikari dia tu?? Kenapa??? Kenapa kerana dia aku perlu merasa marah??? Kenapa semasa sihat dan gembira dia boleh melaluinya sendiri tapi bila keadaan berubah dia tidak pandai berdikari...?? Kenapa??

Salahkah semua perasaan yang ada dalam diri aku ini??? Salahkah??? Apa yang patut aku lakukan... Aku x mampu memendam, aku takot perkara lain yang akan jadi... Aku x sanggup dan aku x suka... sifat dan sikap ku dah makin jauh berubah... Perlukah aku luahkan semua ini supaya dia mengerti aku x suka dia bertindak sedemikian.. Aku x suka dia menyusahkan Keluarga... Aku x suka... Kenapa dia xnak sedar diri... Kenapa????

Perghh... agak2 boleh buat drama x??? Ke merepek jer... hehehe

Tuesday, October 23, 2012

Mengandung.

Alhamdulillah...
Semuanya berjalan lancar buat masa ini... Walaupun pada permulaan alahan yang aku alami agak teruk sehingga menetap sekejap di Hospital tapi syukur Alhamdulillah dah semakin ok.. Tak sangka lah pulak biras aku pun mengandung juga.. Lepastu dengar cite adik kedua suamiku akan berkahwin.. Alhamdulillah murah rezeki mak mertua aku... Tahun dapat InsyaAllah dapat 2 cucu sekaligus dan satu lagi menantu perempuan...

Kandungan kali ini lain sikit.. Baru nak masuk 5 bulan tapi aku dah mula rasa pergerakan dia di dalam perut.. walaupun xbrape aktif tapi dah mula ada sapaan antara dia dan aku.. Alhamdulillah, masa periksa kandungan hari tu denyutan nadinya lancar.. Semoga semuanya dipermudahkan seperti sebelum ini..

Walaupun aku x sangka untuk dapat pengganti secepat ini tapi aku bersyukur.. melalui semua ini sekali lagi dengan penuh kesabaran walaupun dugaan datang bertimpa-timpa... En.Hubby baru jer baik demam campak tapi masih demam dan batok-batok lagi.. Cuma dah xkena kuarantin jellah.. hehehe... demi keselamatan dan kesihatan bersama...

Terima kasih ya Allah.. Ya Rahman Ya Rahim..

Saturday, October 6, 2012

Kenapa Taksub Sangat Dengan Artis???

Sekadar nak meluahkan pandangan dan pendapat... Kenapa terlalu taksub Dengan Artis?? Perlu ke?? Mereka pun manusia biasa dan akan melakukan kesalahan.. Mereka tidak sempurna.. Sekadar menyukai tidak mengapa tetapi kalau dah xboleh orang lain komen or komplen artis tu rasa cam obses melampaulah pulak.. Orang kata, kita nie kalau nak menyukai @ benci pada seseorang @ sesuatu biar berpada-pada... Xde ape faedah pun @ dapat duit berjuta-juta kalau minat melampau kat seseorang artis tu...
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com