Thursday, September 11, 2014

Goreng Pisang Marvelous di Behrang 2020

Assalamualaikum....

Hari ini nak citer pasal Goreng Pisang.. Yup Goreng Pisang..
Yang paling best dan sedap di sekitar Behrang setakat ini..
Pada tekak aku dan juga beberapa orang yang selalu beli di situ..
Memang best..
Selain Goreng Pisang, dia juga jual Keledek Goreng.. Kuih Muih dan juga air..
Senang jer nak cari.. Dia berjual di depan Pasaraya TF.
Seriously memang sangat sedap..


Wednesday, September 10, 2014

Makan Tengahari Best di Slim River

Assalamualaikum...

Tadi punya cerita..
Lepas bawak Imani gi Hospital kami singgah makan di Restoran Cahaya Qaseh..
Memang best r kalau nak makan nasi berlauk..
ada lebih kurang 20 jenis lauk dan juga ulam-ulaman..
Lauknya pun boleh tahan..
Gerainya bersih.. Servis pun best.. ko tengah pilih lauk dia da anta air..
Memang terbaiklah..
Restoran nie terletak di belakang area KFC Slim River..
Kedainya agak kebelakang dan sedikit tersorok.. dah nak dekat dengan perumahan..

Nur Imani dan Telinga

Assalamualaikum..
Hari ini punya cerita..
Sebenarnya dah lama perasan, setiap kali lepas mandi bila lap rambut dia kat bahagian telinga mesti dia nangis.. Memula tu ingatkan ada luka ke bengkak ke.. try tgk.. tapi xde lak merah ke ape..
Tengok telinga dia pun cam ok jer...
So try tanya kat orang yang lebih berpengalaman.. mengikut kata bos aku, mungkin sebab telinga dia masuk air.. dia x selesa..
Jadinya hari Isnin (08.09.2014) malam, aku gi Kecemasan kat Hospital Slim River..
Alhamdulillah.. walaupun lama gak menunggu.. dekat sejam.. tapi aku sangat bersyukur dengan layanan yang diberi oleh doktor dan juga nurse dekat unit Kecemasan.. (Anda tahu siapa anda).
Setelah diperiksa (jenuh nak pegang anak aku ini.. Kuat meronta), doktor tu bagi ubat titis untuk telinga dan surat refer ke Pakar ENT.. Temujanjinya pagi rabu (10.09.2014)...
Jadi, aku pun bawaklah dia pagi ini.. Gilalah lama menunggu.. hahaha.. Memang rasa stress.. Nasib baiklah ada Pou menemankan.. Si kecik tu dok main ngn ayah dia..
Bila angka giliran kami dipanggil, akupun bawaklah dia masuk.. Sekali lagi aku sangat-sangat bersyukur dengan layanan yang kami terima.. Alhamdulillah doktor dan jururawat yang bertugas sangat prihatin..
Tapi masa doktor nak bersihkan telinga anak aku tu, jenuh aku, suami dan juga nurse memegang dia.. Meronta satu hal.. Dengan menangis lagi.. sabar jellah.. Kalau ikutkan xde sakitpun tapi dia punya nangis.. Aduhai... Settle buat rawatan kat telinga, Doktor tu bagi ubat dan juga penerangan kat aku.. Untuk dua minggu nie dia xle mandi basah kepala.. Pastu ubat titik untuk telinga kanan dan telinga kiri berbeza..Doktor siap pesan kalau nampak cam ada tahi telinga just titik minyak zaitun.. jangan korek.. hohoho...

Betullah petua orang tua-tua.. Lepas mandikan anak hembus telinga kiri dan kanan pastu kat atas dahi dia.. X rugi sebenarnya kalau buat.. Anak aku yang first tu Alhamdulillah xde ape2 sebab aku selalu buat camtu.. Yang no dua nie selalu lupa nak hembus.. Hehehe.. ngelat sungguh maknya.. Belajar dari pengalaman..


 Isnin malam (08.09.2014) Di Unit Kecemasan Hospital Slim River


Rabu (10.09.2014) Klinik Pakar ENT, Hospital Slim River

Terbang Tunduk

Assalamualaikum..
Masa mula-mula dengar lagu ini saya terus jatuh cinta..
Kenapa?? Entahlah saya pun kurang pasti sebenarnya.. cuma apa yang mampu saya kata liriknya memberi makna yang mendalam dan memberi kesan pada hati saya..
Terutama sekali bait- bait :
Tuhan
Jangan Kau Izin Aku Lupa
Jangan Kau Biarkan Aku Mendepang Dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Bila kita mendengar dan menghayati pemahaman kita akan berubah dengan sendirinya..


Lirik Lagu Terbang Tunduk - Fynn Jamal

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Tuesday, September 9, 2014

Mari memasak.. Carbonara Lagi

Assalamualaikum...
Hari nie nak sembang resepi spaghetti senang..
Saya selalu buat resepi ini bila nak cepat...
Sebab cara penyediaannya ringkas sahaja..
Kali ini cara lain pulak... Mari kita tengok bahan-bahannya...

Bahan-bahannya:-
Cendawan Butang
Cili Capsicum
Hotdog Mushroom
Bawang Hollland
1 tin Sos Carbonara (Campbell - Prego)
Sedikit Susu Dutch Lady (Full Cream)
Saya guna Spaghetti Jenis Penne Rigate


Penne Rigate

Bahan-bahannya..

Cara Memasak
1. Sediakan Bahan-bahan
2. Tumis bawang Holland sehingga naik bau
3. Masukkan hotdog
4. Setelah hotdog kekuningan masukkan cili capsicum
5. Kemudian Masukkan sos carbonara dan juga sedikit susu dutch lady.
6. Kacau sehingag baha sebati kemudian biarkan dalam 5 minit. Setelah itu bolehlah tutup api.
7. Panaskan air biarkan mendidih. Kemudian masukkan sedikit minyak dan garam. Setelah itu bolehlah rebus spaghetti (Penne Regate) tadi.. Rebus sehingga spaghetti lembut.
8. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama sos yang telah siap dimasak tadi.



Tarra... Dah Siap



Monday, September 8, 2014

You're All Surrounded

Ke Korea Kita??

Menarik sangat cerita ini. Ia mengajar kita tentang prinsip dan juga cara kita melakukan sesuatu perkara. Adakah kita akan melakukan perkara yang salah demi menegakkan kebenaran atau memperolehi sesuatu..
Matlamat tidak akan menghalalkan cara. Setiap keburukan pasti akan terbongkar..
Kerja kumpulan dan saling mempercayai adalah sangat penting.

Sipnosis :
Eun Dae Gu (Lee Seung Ki), Uh Soo Sun (Go Ah Ra), Park Tae Il (Ahn Jae Hyun) and Ji Gook (Park Jung Min) - otherwise known as the P4 - are the new recruits in the violent crime unit at Gangnam Police Station. These rookies are neither enthusiastic nor passionate about their new jobs and have joined the crime squad for varying but unbefitting reasons. They are lead by an erratic and hot headed Seo Pan Suk (Cha Seung Won) who wants nothing more than to wash his hand off of the incompetent new recruits. This drama follows the journey of these young cops as they fumble, learn, fall in love and find their way to becoming people the citizens can trust.

Pelakon:



Sunday, September 7, 2014

Berniaga Semula

Alhamdulillah..
Walaupun lama jugak cuti buat Kek dan Dessert, tapi bila buat semula masih ada permintaan...
Produk pun perlu ditambah dari yang sedia ada.. x gitu...
Seronok sebenarnya berniaga nie.. Cuma perlu bahagikan masa diantara Kerja dan Part timed...
Berikut adalah senarai produk yang selalu saya buat untuk jualan...
Nak kena pergi kelas lagi nie...
Kena belajar banyak lagi.. Misi seterusnya adalah mengumpul duit untuk membeli oven...


 Melty Hershey's (Strawberry dan Chocolate)




 Size besar

 Size Besar


Saturday, September 6, 2014

Tempahan Langsir 2014

Tahun nie jenuh gak pujuk En. Suami untuk terima tempahan..
Penat katanya.. Sebab tu dua jer yang berjaya dibuat..
Satu untuk rumah sendiri...
Satu lagi rumah kawan dia... Kawan dia nie memula nak langsir sliding dan tingkap dekat ruang tamu, tetiba minta buatkan satu rumah.. Alhamdulillah rezeki..
Potongan yang simple dan ringkas...

 Langsir Raya 2014 rumah saya

Yang ini tempahan.. Simple jer..

Thursday, September 4, 2014

Bel Ami (Pretty Boy)

Korean lagi kita...
Kali ini nak cerita pasal drama tentang lelaki cantik..
Mungkin cerita ini dah lama main dekat tv, dah habis dah pun tapi saya baru jer habis menonton..
Maaflah saya memang selalu menonton lambat dari orang lain.
Ceritanya sangat menarik dan lain sikit pada sayalah..
Komen saya : Muka yang handsome dan cantik juga boleh membawa malapetaka walaupun bukan permintaan tuan badan. Seorang ibu walau macam manapun mulutnya mengungkapkan kata dia bencikan anaknya dia tetap seorang ibu.. Perkataan maaf memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan setiap manusia. Kita akan menjadi seorang manusia yang sangat kuat dan protective apabila kita ditindas ataupun orang yang kita sayang ditindas. Kegagalan bukan bermakna kita harus putus asa tapi bangkit berusaha mencari jalan penyelesaian.

Drama yang sangat simple tapi sebenarnya banyak pengajaran.



Sinopsis :
Dok Go Ma Te is a macho with an impeccable appearance who has shaken up ten of the top 1% it-girls in South Korea. He is about to share some tips on ‘how to get a girl’. Among his women, there is an ordinary girl who falls in love with Ma Te and her name is Kim Bo Tong. The story becomes more interesting when Bo Tong starts to do things to win his heart and the unpredictable romance finally starts.

Pelakon :
Main Cast
MG Group
Ma Te's women
Sumber : http://wiki.d-addicts.com/Bel_Ami

Wednesday, September 3, 2014

Moh Berniaga

Berniaga lagi
Ceritanya dah lama... Nie berniaga masa bulan Ramadhan..
Saja nak try.. Alhamdulillah.. bolehlah... adat berniaga ada untung ada rugi..
Percubaan yang sangat mengujakan...



Monday, September 1, 2014

Handphone Lenovo

Seronok rasa hati bila dah pakai telefon pintar yang menepati citarasa...
Sebelum nie dah pernah pakai Sony Ericsson (masa nie x brape tau sangat penggunaan smart phone nie), kemudian Huawei (yang nie saja-saja nak test.. bateri tahan lama jugak nie, model biasa-biasa jer), lepastu samsung Note 3 dan Samsung Grand duo(yang nie saya pakai klon dari korea.. Xbrape best.. nak beli yang original mahal sangat.. hehehe)..Semuanya biasa-biasa jer.. Dari x brape pandai sampailah dah ok sekarang nie..OK dan sangat suka..
Sekarang saya pakai Handphone lenovo..
Masa memula nak beli HP nie kat kedai, promoter tu siap bg tau keburukkan lagi... Kemudian promote HP lain.. Tapi hati tu dah berkenan dekat Lenovo.. So pusinglah satu Tanjung Malim, demi memuaskan kehendak hati... Akhirnya S930 berjaya berada dalam genggaman...
Memang sangat puas hati dan gumbira... Penggunaannya pun sangat maksimum.. hehehe...
Gambar-gambar dibawah nie menjadi bukti..
Antara kelebihannya yang saya sangat suka ialah bateri tahan satu hari.. (Ini bila Penggunaan yang sangat Maksimum.. Kalo guna biasa-biasa, 2 hari pun tahan.. Data Internet on 24 hours tau).
Tarikan internet yg sangat kuat... (kawasan saya line maxis cam hampeh tp tidak lagi dgn hp lenovo.. hehehe)
Camera depan sangat cantik tu bila selfie.. hehehe.. (sekarang nie da jd sangat suka mengambil gmbr)..
Hpnya besar dan ringan.. Oklah pada saya... dan macam2 lagilah..
Lain orang lain citarasanya.. x gitu...





Friday, August 29, 2014

MERDEKA!!!

Malaysia,
Disini Lahirnya Sebuah Cinta...


Warisan
Dato' Sudirman Haji Arshad

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa...
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku...
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Credit Lyric : http://dakuamatmenyintaimu.blogspot.com/2013/09/warisan-dato-sudirman-haji-arshad.html



Semalam jumpa abg askar.. semangat nak pegang mendealah tu.. tp dalam hati cuak giler..



Sambutan kemerdekaan di tempat keje saya...
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com