Saturday, July 16, 2022

Filem US | Extinct (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang sangat comel.. Hehehe.. Dua makhluk comel berbentuk donat yang selalu membuat kekacauan tanpa sengaja.. sehinggalah pada satu hari mereka telah dengan tidak sengajanya mengembara ke masa depan dan mengetahui yang kaum mereka telah pupus.. Berusahalah mereka ingin menyelamatkan kaum kerabat dari pupus malangnya sang anjing tidak membenarkan.. Tapi dengan bantuan rakan-rakan yang juga berada dalam kumpulas pupus mereka bergabung tenaga..

Extinct
2021 ‧ Comedy/Adventure ‧ 1h 24m
A mysterious portal sends a pair of flummels into the future who discover that their species is extinct. Although while undoing their fate, they find aid in a poodle who has wicked plans of his own.

Video | Candy In My Ears

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom layan..

Candy In My Ears - Brother and Sister(MOON BIN X Moon Sua)

Taecyeon(2PM) - Candy In My Ears (with Baek Jiyoung)

[Fantastic Duo2] Ep 33_Baek Ji-young And Kim Hee-chul

Friday, July 15, 2022

Buku | Diagnosis 2: Prognosis (Siri Diagnosis #2) oleh JackNaim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini adalah buku yang menceritakan perjalanan seorang pelajar perubatan dalam mengejar cita-citanya menjadi seorang doktor.. Bagaimana mereka bermula, apa yang mereka akan pelajari dan dilalui serta cabaran yang perlu mereka hadapi.. Buku ini merupakan bacaan yang baik untuk mereka yang berminat untuk tahu bagaimana perjalanan menjadi seorang doktor.. Walaupun buku ini tak mampu untuk menceritakan secara terperinci, namun ianya satu usaha yang baik untuk berkongsi kepada pembaca tentang kehidupan pelajar perubatan..

Sha harap lepas ni akan ada usaha yang berterusan untuk membukukan pengalaman pelajar perubatan  dan pengalaman mereka selepas bergelar doktor.. Masih banyak lagi yang boleh dikongsikan kepada umum supaya ramai lagi yang boleh tahu apa yang dilalui oleh mereka yang berada dalam bidang perubatan ini..

Sha baca pada 13.07.2022 dan selesai pada 15.07.2022..

Koleksi peribadi Sha..
Published January 2015 by Dubook Press

ebook | Bayang Puaka: Puaka Lebuh Raya, Puaka Media Sosial, Puaka Terowong (Siri Cerita Hantu) oleh CikPuan Fifi, Fendi Ameen, Aida Anggerik, Sabrina Ismail, Siti Solehah, Zehann Ur Rakhie

Assalamualaikum..
Hye semua..

ebook ini merupakan kompilasi 3 novel dari Siri Cerita Hantu iaitu Puaka Lebuh Raya, Puaka Media Sosial dan Puaka Terowong.. Ketiga-tiga novel ini telah Sha baca secara berasingan dan Sha baca ebook ini dengan harapan akan ada tambahan yang menarik.. 

Menariknya ebook ini adalah pada bahagian permulaannya yang bertajuk Puaka Situ Sana Sini.. Bahagian ini merupakan perkongsian bagaimana bermulanya Siri Cerita Hantu ini.. Syok juga baca perkongsian yang sedikit seram ini.. Hehehe.. 

Sha baca dan selesai pada 15.07.2022

Bacaan menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published January 15th 2019 by Penerbit X

Mamee Sugar Crackers

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tu dia.. Biskut gula dari Mamee.. Nipis dan gula dia pun tak banyak sangat.. Menarik pada Sha sebab bentuk dia tu.. hehehe.. Memang sukalah.. Bekal makanan di pejabat gitu.. Makan nasi sekali je, kemudian makan biskut.. Tak diet tapi malas nak ke kantin.. Mudahnya bila ada bekalan biskut.. Boleh makan sebagai snek sementara nak makan nasi.. Kawankan pula dengan kopi atau nescafe lagi power..

RM3.59

Kepingan yang comel-comel.. Gula dia tak adalah banyak.. Seronok mengunyah sebab tak tebal dan tak besar..

Dapat sebalang..

Thursday, July 14, 2022

ebook |Cinta Dunia Fantasi oleh Nurharyati Ishak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Delisya seorang manusia yang mencintai dua makhluk fantasi iaitu kuda putih dan naga.. Keduanya muncul di saat Delisya berdepan dengan realiti yang dirinya anak angkat kepada Ramona dan bila bertemu mak kandungnya iaitu Angela, angela pula dalam keadaan tak sihat.. Isham atau kuda putih merupakan kenalan yang baik hati dan sentiasa melindung.. Si naga iaitu Haider pula sangat nakal dan suka mengusik Delisya.. Bukan mudah untuk dirinya memilih siapa di hati tapi bila ke dunia mereka barulah hati tetap dengan pilihan.. Dunia fantasi menyerlahkan sisi mereka yang sebenarnya dan menemukan Delisya dengan abang kandungnya..

Walaupun tak logik tapi menarik dibaca..

Sha baca dan selesai pada 14.07.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published May 2019 by Kaseh Aries Publication Sdn Bhd (first published 2019)

FIlem US | The Outfit (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini memang menarik tapi agak membonsankan sebab aksi dan aktivitinya berlaku dalam sebuah kedai buat pakaian.. Burling atau dipanggil English telah membuat perancangan rapi untuk mengenakan sekumpulan penjenayah tanpa mereka sedari.. Kedai Burling menjadi tempat mereka bertukar maklumat dan menyimpan duit sehinggalah berlakunya satu peristiwa dimana anak Boyle iaitu Ritchie ditembak pesaingnya LaFontaine.. Bermulalah plany Burling untuk menghapuskan keluarga Boyle dan manfaatnya diberikan pada Mable iaitu gadis penyambut tetamu di kedai Burling..

Bila tengok pelakuan Burling tu memang tak akan tahulah yang diam dia, diam berisi..

The Outfit
2022 ‧ Thriller/Drama ‧ 1h 46m
Leonard is an English tailor who makes suits on London's famous Savile Row. He must outsmart a dangerous group of criminals to survive a fateful night.

Random Photo #8 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah jamu mata dengan makanan.. Tak pasti nak kongsi apa.. Nak buang gambar-gambar ini, macam sayang..

Berjaya beli cerek air baru.. Kemain dasyat bunyi dia, macam bunyi keretapi.. hahaha..

Betik tua cicah air asam pedas.. Memang layanlah..

Menu sarapan, wajib ada kopi.. hehehe..

Lokum Türkiye - Manisan Turki yang menarik.. Cumanya bahagian luar dia tu macam jeli dan Sha tak minat.. Sha makan bahagian dalam yang warna putih sebab rasa dia sedap tapi sedikit manis..

Shinjuku Chocolate Bake - Pergh!! Memang bestlah.. Butter kek yang lembut kemudiannya di hiasi coklat helap bersama kepingan badam rangup dan dua scoop aiskrim vanila.. Memang best..

Buah tangan orang kahwin.. Dapat bahulu, kerepek dan telur rebus..

Mee Kicap style Melayu..


Sarapan pagi Sha.. Nasi lemak lauk sambal paru..

Ada orang belanja pisang cheese..

Jumpa adik praktikal masa nak thumb print.. Swafoto dulu.. hehehe..

Rezeki.. Ada staf belanja makan.. Nasi beriani lauk ayam masak merah..

Bekalan pejabat.. hehehe..

My comfort food..
Pada Sha lagi puas makan mini Magnum ini..

Rezeki dari pengasuh anak.. Kerabu mangga.. Memang sedap dan membuka selera..

Wednesday, July 13, 2022

ebook | Debu-debu Dosa oleh Ahmad Safar Arman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Debu-debu dosa ini menceritakan tentang Nurul, Liza, Sabri dan juga sekumpulan manusia yang gila mengajar duit hingga sanggul menjual dadah serta menjadi pembunuh upahan.. Penulis menyampaikan cerita mengenai Nurul dan Sabri secara berselang seli hinggalah tiba babak dimana mereka dipertemukan.. Kisahnya memang agak kompleks dan menarik walaupun penyampaiaan penulis seperti dipaksa-paksa.. Sha suka bagaimana penulis mempertemukan dua manusia secara tak sengaja dan kemudiannya akibat dari pertemuan itu, pelbagai perkara terbongkar..

Sha baca pada 12.07.2022 dan selesai pada 13.07.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published by Ahmad Safar Arman

Secret Recipe: 2 Pasta for RM30

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kawan Sha kongsikan promosi SR ini dengan Sha.. Tapi pembelian ini mestilah melalui aplikasi SR dan tapau bukan makan di SR.. Jadinya Sha pun muat turunlah aplikasi SR.. Rezekilah sebab pertama kali muat turun, dapatlah kod promo lain sama.. Promosi 2 pasta RM30 ini sampai 31 Julai, jadinya masih sempat lagi nak tebus..

Ini poster promo tu..

Pilihan pasta Sha.. Jimat RM9.63..

Inilah pasta yang Sha dan kawan beli.. Kuantiti dia memang mewah gila.. Puas hati..
Thai Seafood Spaghetti - RM21.12
Spaghetti Bolognese (Beef) - RM19.40

ebook | Pagan oleh Abel Felix

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah cerita yang berat.. Berlaku dikawasan pendalaman.. Sebuah kampung yang masih mengekalkan upacara korban manusia demi memastikan tanah mereka subur.. Kedatangan Aran ke kampun itu sebagai guru telah menjadi penyebab untuk pemberontakkan berlaku.. Mila merupakan gadis yang terpilih untuk dijadikan korban.. Mila berjaya melepaskan diri dan bersembunyi di rumah Aran.. Aran telah membantu Mila atas dasar kemanusiaan namun bukan mudah untuk keluar dari kampung tersebut kerana Aran orang luar.. Walaupun Mila kembali ditangkap namun Aran tak putus asa kerana rasa cintanya.. Tindakan Aran yang bertegas membantu Mila berjaya menimbulkan perasaan ingin memberontak di hati orang kampung..

Sha baca pada 10.07.2022 dan selesai pada 12.07.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published May 2021 by Abel Felix 

Wordless Wednesday 2022





Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com