Thursday, January 26, 2023

Himalayan Rock Salt Cola

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa kola dia agak berlainan dari yang biasa tu.. Mungkin sebab ada garam tu kot.. Jadinya gas dia tak adalah keras sangat.. Okaylah untuk rasa.. Sha beli dekat kedai ECO..  Tin dia tu mengancam.. Hehehe..

Himalayan Rock Salt Cola
RM2.40

Jepun | The Door into Summer (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jahatnya Shiraishi.. Bukan takat khianat dengan Soichiro malah turut cuba membunuh Soichiro.. Kemudian bila Shiraishi tau yang Soichiro ada mendaftar untuk tidur selama 30 tahun, dia terus letakkan Soichiro dalam pot tidur tapi di syarikat yang berbeza.. 

Bila Soichiro bangun 30 tahun kemudian, dunia suda berubah.. Tapi tanpa disangka rupanya Soichiro sempat melakukan perubahan.. Suka sangat.. Happy ending.. kikiki.. Paing syok bila tahu yang rupanya Shiraishi ditangkap dan dipenjara.. kikiki.. Karma dan pembalasan tu ada.. 

Movie: The Door into Summer
Also Known As: Natsuhenotobira, Natsu e no Tobira
Director: Miki Takahiro
Screenwriter: Kanno Tomoe
Genres: Drama, Sci-Fi
Country: Japan
Release Date: Jun 25, 2021
Duration: 1 hr. 58 min.
In 1995, Takakura Soichiro is a scientist who works on developing a robot. He is also on the verge of completing a plasma battery, following the wishes of the deceased Matsushita. 
 Matsushita was a friend of Takakura's late father and raised Takakura as his son.
Outside of work, Soichiro Takakura has peaceful days with his cat Pete, his girlfriend, Shiraishi-san, and Riko the daughter of Matsushita. He is soon betrayed by his business partner and by his girlfriend. Takakura then loses control of his company and the work he has done on the robot and plasma battery.
Takakura then opts to place himself into a "cold sleep" freezing machine, hoping to find a better future. When he wakes up, he discovers that he is in the year 2025.
(Source: AsianWiki)

~~Adapted from the novel "The Door into Summer" by Robert A. Heinlein ~~

Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband ini.. Syarat mudah dan senang je..

Ucapan Buat CikNur & Husband: Semoga hubungan Cik Nur dan suami akan sentiasa berada di dalam rahmat Allah.. Aamiin..

Berlangsung pd 23hb jan sehingga 13 febuary 2023.

Novel | Syawal Tak Boleh Lewat oleh Syafiq Aizat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang tak sangkalah.. Walaupun buku ini nipis tapi dia punya mesej tu mendalam gila.. Kisah Syawal yang tak boleh lewat dalam apa pun yang dia lakukan.. Terperangkap dalam satu institusi yang tak disangka namun semua memorinya masih ada hingga Tuan Penyelia mati terkejut.. Bila tertekan je, Syawal muntah.. Kemunculan Mia membantu Syawal untuk lebih bertenang dan penamat dia memang korang tak akan jangkalah.. Tak sangka betul.. Terima kasih penulis..

Sha baca dan selesai pada 24.01.2023..

Published July 24th 2020 by Buku Fixi 
Koleksi peribadi Sha.. 

Julie's Charm: Tiramisu Sandwich

Assalamualaikum..
Hye semua..

Julie's keluarkan biskut baru.. Ada dua rasa, yang Sha kongsikan ini perasa tiramisu.. Biskut coklat yang diletakkan krim tiramisu di bahagian tengah.. Buka je plastik, semerbak bau kopi tapi bila kunyah tak adalah kuat sangat rasa tiramisu dia.. Paling penting, tak manis.. hehehe.. Sedap.. Sha beli di pasaraya TF Value Mart..

Julie's Charm: Tiramisu Sandwich (172g)
RM5.88 (RM6.90 - harga asal)

8 pack (1 pack = 21.5g)

Ada 2 biskut dalam setiap pack..

Wednesday, January 25, 2023

US | Doctor Strange in the Multiverse of Madness (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru berkesempatan nak tengok.. Menarik rupanya filem ini.. Awalnya memang tak sangkalah Wanda tu jahat.. Ish.. Ish.. Tapi ialah, manusia bila melibatkan perasaan memang susah nak jangka apa yang akan jadi.. Bila awal-awal tengok, memang tak jangkalah Doctor Strange tu buka dari universe yang biasa kita tengok.. penampilan berbeza dan akhirnya kecundang.. Sha suka tengok babak masa Doctor Strange terjun bangunan dan selamatkan America.. Nama negara bubuhnya dekat anak..

Kisahnya America ini boleh mengembara dari universe ke universe bila dia takut dan Wanda ini pula nak kan kuasa dia untuk dia dapatkan anak.. Wanda nak kan keluarga tapi cara dia salah.. Huhuhu.. Bahagian bila America tunjukkan perwatakkan sebenar Wanda dekat anak-anak Wanda di universe lain tu memang menyayat hatilah..

Rasanya filem ketiga, kalau adalah akan lebih menarik.. hehehe..

Doctor Strange in the Multiverse of Madness
2022 ‧ Action/Adventure/Fantasy ‧ 2h 6m
Doctor Strange teams up with a mysterious teenage girl from his dreams who can travel across multiverses, to battle multiple threats, including other-universe versions of himself, which threaten to wipe out millions across the multiverse.

ebook | Tujuh oleh Firdaus MFD

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuknya tujuh dan buku ini menyampaikan kisah mengenai buaya jadian dan keturunannya.. Semuanya bermula dengan kematian yang menyebabkan sumpahan.. Sumpahan dimana semua warga kampung akan diganggu.. Belian yang mengetahui kejadian sebenar berjaya melarikan diri bersama bayi yang diselamatkan dari dibunuh.. Bayi yang disangka keturunan buaya jadian.. Namun tanpa Belian tahu ada kisah lain yang disembunyikan dan bila kebenaran terbongkar bayi yang kini remaja melarikan diri hingga menyebabkan sumpahan 7 keturunan pada Belian.. 

Dalam masa yang sama, kisah dibawa ke masa kini.. Kisah mengenai Zariq yang terjumpakan buku lama dan kalung yang ada taring.. Zariq bersama kawan-kawannya mula melakukan penyiasatan.. Namun semuanya jadi berantakkan bila Hanna hilang.. Zariq bergaduh dengan Hafiy dan Manuel.. Tidur malamnya sering diganggu mimpi ngeri hingga nyaris hendak membunuh.. Rupanya apa yang dijumpai Hanna bukanlah seperti apa yang disangka.. Zariq akhirnya menemui cerita sebenar tentang dirinya dan kaitan kehilangan yang berlaku.. 

Sha baca dan selesai pada 24.01.2023

Published June 3, 2022 by Buku Fixi
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Wordless Wednesday 2023

Tuesday, January 24, 2023

Novel | Khumanthong : The Revenge oleh Maria Kajiwa, Yaoura Aeri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha cuba susutkan rak buku Sha.. hehehe.. Kali ini Sha pilih buku seram terbaru dari penulis kesukaan Sha yang bergabung dengan penulis yang baru pertama kali Sha dengar namanya.. Kedua dua cerita sangat menarik..

Jelita Si Kebayan - Yaoura Aeri
Kisah Melur yang mati dibunuh kerana dengki dan muncul semula untuk membalas dendam.. Melur dibantu ular jadian yang turut menyimpan dendam pada penduduk kampung.. Satu demi satu manusia yang berbuat khianat mati dibunuh.. Hinggalah muncul Tok Long dan anaknya Jiman membantu..

Khumanthong : The Revenge - Maria Kajiwa
Memang betul-betul berdendam Khumanthong tu.. Kemunculannya memang untuk menjahanamkan semua yang membuang dia.. Kali ini memang mereka perlu berperang habis-habisan walau ada nyawa yang akan melayang.. Melihat keganasan Khumantong, yang ingin memilikinya pun terus tak jadi

Sha baca pada 22.01.2023 dan selesai pada 23.01.2023..

Published November 1, 2022 by Buku Kemuning Enterprise
Koleksi peribadi Sha.. 

Himalayan Rock Salt & Lemon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekali pandang air ni macam gula-gula Himalayan Salt Candy oleh Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd (Big Foot) tapi syarikat pengilang air ini ialah Cadiz Advance Sdn Bhd.. Cuma penggunaan warna dan perkataan Himalayan tu je menjadikan mereka seolah-olah serupa..

Air ini unik sebab menggabungkan garam dan juga lemon.. Paling best bila minum, kita akan rasa nyaman dan berangin.. Memang layanlah.. Owh ya, air ini ada gas juga.. Sha beli dekat kedai ECO tapi kalau tengok iklan dekat internet, air ini ada di jual di 7-Eleven dan harganya mungkin mahal sikitlah..

Himalayan Rock Salt & Lemon (250ml)
RM2.40
Ingredients in the Himalayan Drink are carbonated water, sugar, citric acid, Himalayan salt, natural lemon flavour, sodium citrate and potassium sorbate.

ebook | Sate untuk Jembalang oleh Saidee Nor Azam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sate untuk Jembalang ini mengandungi 3 cerita yang ditulis oleh penulis yang sama.. Cover buku je dah cukup menarik, isi nya pula memang mantap.. Menyampai 3 kisah yang saling berkait dengan cara yang tak disangka.. Ketiga-tiga kisah ini mengenai ketaksuban manusia..

Sate Untuk Jembalang
Kisah pertama ini mengenai 3 orang sahabat iaitu Amri, Rizuan dan Aziz yang gila menikam nombor ekor hingga sanggup mencari tempat puaka untuk dapatkan nombor.. Tempat kedua yang mereka pergi menyebabkan Aziz trauma dan tidak mengikut Rizuan dan Amri ke Perasing untuk mendapatkan nombor.. Namun Aziz tak menyangka yang itu adalah pertemuan mereka yang terakhir..

Adiwira
Kisah kali ini mengenai ketaksuban pada mainan.. Memang menakutkan.. Seram dibuatnya.. Bukanlah tak boleh minat kan patung aksi tapi janganlah sampai melampau.. Paling tak sangka bila seorang bapa sanggup buat perkara terkutuk hanya kerana sayang.. Sedih..

Geliga Bara
Kisah ketiga ini mengenai kaki pancing yang gila memancin.. Walau sudah diberikan amaran dan peringatan berkali-kali, namun tetaplah juga nak melakukan kesalahan.. Sengaja mengundang padah.. Tak pernah cukup dengan apa yang ada.. Tamak dan taksub..

Sha baca pada 22.01.2023 dan selesai pada 23.01.2023..

Published July 1, 2022 by Mahakarya
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Monday, January 23, 2023

Gardenia Delicia: Pes Coklat dengan Biskut Jejari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gardenia keluarkan biskut celup coklat pula.. Tapi tu lah.. Harga agak mahallah.. Kalau dia bubuh biskut tu banyak sikit, okaylah pada Sha.. Sebab coklat tu dia bagi banyak.. Biskut tu adalah 10 batang, dahlah halus je biskutnya.. Alhamdulillah, sedap biskut dan coklat.. Tapi kalau nak beli lagi mungkin akan berkira-kiralah.. hehehe.. Owh.. Sebelum terlupa, Sha beli dekat kedai runcit je ini.. Harga mungkin berbeza mengikut tempat ia di jual ye..

Gardenia Delicia: Pes Coklat dengan Biskut Jejari
RM4.50

Ada 10 batang biskut jejari yang halus saiznya.. Kalau dia bubuh lebih pun okay rasanya sebab coklat tu ada lagi tapi biskut dah habis.. 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com