Thursday, March 21, 2024

ebook | Kuleburkan Aksara Menjadi Semisal Cahaya oleh A. Muziru Idham

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kebetulan ada pula puisi Ramadan dalam ini walaupun tak banyak.. Puisinya bertajuk Nafas Ramadan, Perahu Ramadan.. Setiap puisi memang mendalam maksudnya.. Ada yang smapai ke hati dan ada yang sukar dimengerti.. Namun setiap puisi ada isinya yang tersendiri.. 

Sha baca dan selesai pada 14.03.2024..

Published January 1, 2016 by KataPilar Books

India | Anweshippin Kandethum (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Lain macam jalan cerita dia.. Ada dua kes penyiasatan.. Kesnya tidak saling berkait tetapi diselesaikan oleh polis bernama Anand dan rakan-rakannya.. Penyiasatan pertama mengenai kes seorang pelajar yang dibunuh dan dicampak ke dalam kolam.. Sepanjang penyiasatan tersebut memang tak dijangkalah siapa sebenarnya pelaku dia tapi tu lah.. Ada je gangguan dalam penyiasatan sampai Anand dan kawan-kawan menyiasat secara rahsia.. Kes kedua pula kes yang dah lama berlaku dan masih tak dijumpai siapa pembunuhnya.. Anand dan kawan-kawan dia disuruh mencari bukti baru dan menutup kes.. Ini pun pembunuh dia memang tak dijangka.. Depan mata saja..

Cuma tu lah, kedua-dua pembunuh mengambil jalan singkat.. Bila tertangkap mereka membunuh diri demi mengelakkan dari dihukum.. Kalau tengok penamat filem ini, macam akan ada sambungan..

Anweshippin Kandethum
2024 ‧ Crime/Drama/Thriller ‧ 2h 22m
Four very skilled police officers go through tremendous hardships in an effort to identify the young woman's murderer.

Wednesday, March 20, 2024

ebook | Sumpahan Legenda oleh Hilal Asyraf

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Rusyd yang diselmatkan Aslim dari diperdagangkan setelah ibu dan ayahnya dibunuh.. Rusyd mengikut Aslim untuk belajar silat demi membalas dendam.. Walaupun sepnajang perguruan Rusyd dengan Aslim, Rusyd selalu diingatkan yang dendam hanya merosakkan tapi tetaplah Rusyd dengan pendiriannya.. Memang Rusyd berjaya menyempurnakan dendam dia tetapi kebenaran yang terungkap bukanlah seperti yang dijangka.. Bila gelaran Lagenda tu dimiliki, orang lain pula datang untuk bertarung dan merampas gelaran tu.. Banyak nyawa yang terkorban di tangan Rusyd hinggalah akhirnya anak dan isteri Rusyd turut menerima nasib yang sama..

Sha baca dan selesai pada 12.03.2024

Published January 1, 2019 by Hilal Asyraf Resources

China | Kun in the Distant Ocean (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisahnya manusia ingin menjadi pengantin dewa laut.. Tapi bukanlah semudah yang disangka bila berlaku perebutan kuasa di dalam laut.. Xuan cuba merampas jiwa kun yang dimiliki Jin namun nenda Jin berjaya menyembunyikan jiwa laut tu didalam badan Ling Yu.. Walaupun Jin menyerahkan Jiwa Kun kepada Xuan namun badan Xuan tak dapat menerimanya kerana Jiwa Kun tu sememangnya kepunyaan Jin.. Akhirnya hero menang..

Movie: Kun in the Distant Ocean
Also Known As: Bei Ming You Kun
Director: Cai Guo Li
Genres: Romance, Fantasy
Country: China
Release Date: Feb 11, 2024
Duration: 1 hr. 14 min.
As the divine sea prince’s bride, Ali maintains a youthful appearance. Many human girls voluntarily sacrifice themselves and compete to become the divine sea prince’s bride.

The young girl Ling Yu mistakenly enters the forbidden area of the Divine Sea Clan with her sister and encounters two princes: one ugly and the other beautiful, one real and the other fake. She is even involved in the conspiracy of the divine sea prince’s couple being sealed in ice in the underground palace. Countless sacrificial brides are sealed shut in ice coffins and turned into the living dead.

The giant snake demon of the Black Snake Forest reappears and the giant Kun fish breaks through the sea and kills people by swallowing them whole. It is hard to discern if the divine sea prince is good or evil, and what would happen of the mistaken love between him and the two sisters of a fisherman family?

Wordless Wednesday 2024

Tuesday, March 19, 2024

ebook | Bukan Salah Pilihan oleh Dilla Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah tentang Zameera dan Khalil.. Mengenali antara satu sama lain dah lama.. Sampailah mak Zameera meninggal dan Khalil membantu semua urusan Zameera.. Walaupun Khalil beku dan seperti terminator, Zameera tetap sukakan.. Percintaan mereka mendapat tentangan dari bapa Khalil serta abang Khalil.. Dipaksa berpisah macam mana pun, akhirnya mereka berkahwin juga..

Jalan cerita dia okaylah.. Bolehlah baca santai-santai.. Gangguan sikit-sikit tu, bolehlah layan lagi..

Sha baca dan selesai pada 11.03.2024..

Published March 1, 2019 by Anaasa Publication

India | Nizhal (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah filem thriller misteri yang cun cuma penamat dia tu macam.. Hurm.. Cepat sangat..

Walau bagaimanapun jalan cerita filem ini sangat menarik untuk ditonton denganplot twist dia yang agak berlapis tu, memang mengujakan..

Kisah seorang hakim yang mengejutkan pihak polis kerana dia berjaya menemui rangka-rangka mayat dari kes pembunuhan puluhan tahun yang lalu.. 

Semuanya bermula bila hakim tu berjumpa dengan seorang kanak-kanak lelaki dan ibunya.. Cerita dari mulut kanak-kanak itu seolah-olah dia ada waktu mayat-mayat tu dibunuh.. Sangat terperinci dan tepat.. Bermulalah pencarian hakim tersebut akan puncanya dan apa yang ditemui, memang mengejutkan..

Nizhal
2021 ‧ Mystery/Thriller/Drama ‧ 2h 4m
John, a judge, struggles to recover from a traumatic accident and crosses paths with Nithin, a young boy. When Nithin's stories about murder are found to be true, John sets out to investigate them.

ebook | Gelombang Baru 3: Menjadi Matahari oleh Hilal Asyraf

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Penutup bacaan yang mantap pada Sha.. Akhirnya saat dan masa yang ditunggukan oleh pasukan bola tampar MATRI tiba juga.. Mereka akan menyertai kejohanan MSSP dan bertarung dengan musuh tradisi mereka.. Dalam masa yang sama Hussam atau Saiful telahpun bersedia untuk menghadapi helah dan niat buruk Cikgu Senan.. Kali ini memang Saiful berniat untuk bawa Cikgu Senan ke muka pengadilan.. Terlalu banyak onar yang telah dibuat..

Penghujung cerita kita diberikan sesuatu yang sungguh tak disangka.. Harapnya penulis buatlah sambungan supaya Arjuna bertemu dengan idolanya kembali..

Sha baca dan selesai pada 10.03.2024..

Published January 1, 2020 by Hilal Asyraf Resources

Monday, March 18, 2024

Malaysia | Detik (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sejarah tu kalau diusik sikit sahaja, pasti akan mengubah perjalanan masa hadapan.. Sebab tu, kita tak boleh nak balik ke masa lampau, kadang-kadang apa yang kita tengah lalui tu sebenarnya dah cukup baik dah.. Tinggal lagi bagaimana kita nak lalui dan hargai sahaja.. 

Drama ini walaupun nampak macam cringe tapi okaylah pada Sha.. Layanlah juga sampai habis.. kikikiki..

Detik
Tarikh Tayangan: 14 Februari 2024
Pengarah: Khalid Nadzri
Produksi: Zamriez Golden Pictures
Pelakon: Sharifah Rose, Sherry Ibrahim, Izzue Islam, Fabian Loo, Halim Radzi, Amyza Aznan, Roy Azman

Sinopsis - Kisah pengembaraan masa yang membawa Irdina (Sharifah Rose) kembali ke zaman silamnya 10 tahun yang lalu selepas menemui satu komputer lama milik seorang profesor.

Irdina membeli sebuah rumah lelong yang telah ditinggalkan hampir 5 tahun lalu. Menurut jiran di situ, rumah tersebut merupakan milik seorang Profesor bernama Aida (Sherry Ibrahim) yang telah meninggal dunia pada tahun 2017. 

Suatu hari, Irdina terjumpa sebuah pintu rahsia. Di dalamnya merupakan sebuah bilik dengan peralatan teknologi yang membolehkan seseorang memasuki ke tahun 2013. 

Irdina hanya perlu memilih tarikh dan mesin itu akan membawanya ke waktu tersebut. Dia sangat teruja kerana dapat menukar sejarah dan ingin mengubah kisah cintanya sendiri.

Berkesempatan bertemu dengan Profesor Aida, dia telah memberi amaran kepada Irdina agar jangan sesekali mengubah sejarah. Apabila Irdina berbuat demikian, semuanya jadi hura-hara!

ebook | Gelombang Baru 2: Meniup Taufan oleh Hilal Asyraf

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selepas berjaya mendapatkan tempat kedua, pasukan bola tampar MATRI perlu menghadapi ujian dibubarkan kerana prestasi pelajaran mereka yang lemah.. Jurulatih Hussam kekal bertenang dalam usaha membantu anak-anak muridnya.. Semangat dan kesungguhan mereka membuahkan hasil.. Walaupun tidak cemerlang namun mereka tidak juga mendapat kegagalan.. Semua subjek lulus maka kekallah mereka untuk berlatih dan bertanding..

Satu lagi usaha Hussam ialah membina hubungan pelajar dengan keluarga mereka kerana keredhaan dari mak ayah akan memberikan jalan yang baik buat pelaja-pelajarnya.. Penghujung cerita mereka diuji dengan kerenah dari pihak lawan yang mempercepatkan pertandingan MSSP, namun Hussam hanya tersenyum dan meneruskan latihan luar jangka buat anak-anak didiknya..

Sha baca dan selesai pada 10.03.2024

Published January 1, 2020 by Hilal Asyraf Resources

China | Anaconda (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Halah.. Halah.. Gatal betul gi tengok filem pasal ular ini.. Sudahnya sendiri yang geli dan ngeri.. Hahaha.. Kelakarlah Sha ni..

Semuanya berpunca dari seorang lelaki bernama Jeff yang cuba memburu Crimson Anaconda.. Memang kerja gilalah sebab ularnya ganas dan besar.. Awal-awal lagi dia dah korbankan rakan-rakan yang bergerak dengan dia demi mencapai cita-cita dia.. Kemudian bila dia terserempak dengan sekumpulan manusia, dia cuba mempergunakan mereka demi mencapai matlamat dia.. Memang pertarungan yang sengitlah.. Bukan biasa-biasa ularnya.. Tapi puas hatilah bila penjahatnya mati..

Movie: Anaconda
Also Known As: Kuang Mang Zhi Zai
Director: Xiang Qiu Liang, Xiang He Sheng
Genres: Adventure, Thriller
Country: China
Release Date: Mar 1, 2024
Duration: 1 hr. 24 min.


Sunday, March 17, 2024

ebook | Gelombang Baru 1: Membina Arus oleh Hilal Asyraf

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Sha tak berniat pun nak baca siri ini sebab berkisarkan tentang sukan bola tampar.. Tapi bila dah mula baca, memang tak boleh berhent.. Menarik gila.. 

Pasukan Bola Tampar Ma’had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI) mengalami prestasi yang menjunam disebabkan ketidak serasian diantara pemain.. Mereka tidak boleh berkerjasama dan terlalu menekan kemahiran yang mereka kuasai.. Semangat berpasukan langsung tak ada sehinggalah kemunculan Hussam.. Hussam merupakan jurulatih baru mereka dan Hussam cuba membina asas mereka terlebih dahulu.. Arjuna kekal tidak mahu terlibat dan tempatnya diisi oleh Malek.. Awalnya memang nampak kecelaruan, kesombongan dan ego mereka namun sedikit demi sedikit, Hussam mula membentuk peribadi mereka.. Kemuncaknya bila Hussam mendaftarkan mereka ke Pertandingan Terbuka Bola Tampar Masyarakat Negeri Perlis, demi menunjukkan kekurangan mereka semasa pertandingan.. Pada Hussam ini juga satu pembelajaran dan mereka menemui kekurangan mereka semasa pertandingan ini dan kemunculan susuk yang penting untuk pasukan mereka berjaya memberikan kemenangan buat mereka pada saat akhir..

Sha baca dan selesai pada 09.03.2024..

Published January 1, 2020 by Hilal Asyraf Resources
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com