Wednesday, January 3, 2018

Hari Pertama Persekolahan Amani dan Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari pertama persekolahan untuk 2018 sudah bermula (02.01.2018).. Amani okay dan tak ada masalah.. Sampai je sekolah dia terus je ke tempat berkumpul dan beratur..

Imani je ada sikit drama.. Dekat 15 minit nak pujuk dia masuk dalam kelas..Lepas berjaya pujuk dia masuk kelas, Sha terus tinggalkan sekolah.. Ajak encik suami pergi makan.. sambil makan sambil dok fikir Imani.. Risau dia meragam.. Sha buat keputusan nak cuti je.. Encik suami ajak pergi jenguk dia semula.. Masa kami sampai mereka tengah nak minum pagi.. Sha dan encik suami intai dari jauh je, tak bagi dia nampak kami.. Elok je dia beratur amik air dengan kawan.. Tak ada meragam pun.. Adoilah.. sabar jelah.. Dah alang-alang tu, pergi jenguk sekali kelas Amani dekat mana.. Masa lalu depan kelas dia, Amani tengah terima buku teks dan buku kerja.. Dah settle tu terus balik.. Sha tak jadi cuti.. Masuk kerja.. Hehehe...

Pukul 11.30pagi Sha dan encik suami pergi balik sekolah Imani nak tengok Imani naik van untuk ke rumah transit.. Alhamdulillah okay je semuanya.. Pemantauan bersambung untuk esok pula..

Amani pula Alhamdulillah.. Semuanya okay.. Seronok je dia ke sekolah..

Malamnya pula sesi menampal nama, menulis nama kelas dan membalut buku-buku Amani..
Semoga semuanya baik-baik sahaja buat Amani dan juga Imani..

14 comments:

  1. Hihihi... tu standard awal2 anak masuk sekolah... ada yg menangis ada yg happy

    ReplyDelete
  2. Slmt kmbli ke sklh imani n amani!

    ReplyDelete
  3. selamat ke sekolah imani & amani...bila ank berdrama, mmg hati seorang ibu riso juga kn...smoga dipermudahkan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. Terima kasih sis.. Memang banyak dramanya.. Hehehe

      Delete
  4. alhamdulillah semuanya okay. Kadang yang dah biasa pun jadi meragam sebab dah cuti lama :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Mujur adik je buat perangai.. hehehe

      Delete
  5. selamat bersekolah amani dan imani.
    beberapa hari ni dekat FB semua pakat update pengalaman anak-anak mula sekolah. seronok baca

    ReplyDelete
  6. nebes hari pertama sekolah tu..nak sesuaikan diri..nak cari kawan.. ;)

    ReplyDelete
  7. All the best buat imani n amani....

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com