Tuesday, April 17, 2018

Ummu Sibyan oleh Ninie Othman

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sha sekarang ini membaca secara berselang seli.. Seram pastu cinta.. Pastu seram balik.. Kikiki..
Kali ini novel yang Sha baca bertajuk Ummu Sibyan oleh Ninie Othman.. Novel ini sebenarnya mengumpulkan beberapa cerita seram.. Dan watak utamanya ialah 3 sekawan iaitu Samad, Leman dan Berahim yang dibantu oleh Tok Guru Semail dan Tok Ketua.. Tiga sekawan yang tak berapa berani tapi masih setia mengikut Tok Guru Semail dan Tok Ketua.. Yang paling penakut dan lemah semangat dah tentulah si Leman.. Gelagat watak ini dalam cerita memang memberi warna keceriaan.. kikiki.. Cerita seram tapi ada part yang kelakar dan berguna untuk dijadikan panduan..

Cerita bermula dengan Saka yang mengganggu namun dapat dibuang kerana pewaris tidak mahu mewarisi.. Lepas itu ada gangguan dari Ummu Sibyan yang suka mengacau anak kecil bawah 2 tahun dan ibu mengandung.. Sebab itu orang tua-tua tak bagi bawa anak kecil keluar waktu senja.. Cerita ketiga pula pasal Hantu Raya yang terpaksa diwarisi.. Kemudian Cerita mengenai Hantu Bangkit... Hantu bangkit ini pernah dikongsikan penulis di wall Facebook.. Memang kelakar part Leman diganggu.. Dan akhir sekali Badi Mayat.. Yang ini terjadi bila yang diganggu lemah semangat..

 Sha baca pada 15.04.2018 dan selesai pada 16.04.2018..

3 comments:

  1. Wah, tabik springlah kat akak, sebab boleh baca novel secara berselang seli, kalu sayalah, memang kepala jadi tingtong dan jalan citer akan berbolak balik.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Menarik jalan cerita.. dah lama tak baca novel macam ni..

    ReplyDelete
  3. nama ummu sibyan tu tak seseram hantu yang orang tua selalu cerita hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com