Thursday, September 17, 2020

ebook | Lelaki Langit Bumi oleh Girang Fashali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini kali kedua Sha membaca novel ini.. Membaca tanpa perlu menunggu bab di muat naik.. Perasaannya berlainan dan sedikit menyentap jiwa.. 

Novel ini mengisahkan perkahwinan antara dua manusia yang cuba menunaikan janji orang yang mereka sayang.. Tidak saling mengenali namun tetap menerima takdir dengan redha.. Ariyyan menerima Diha selepas membaca ulasan Diha mengenai lagu yang ditulisnya.. Diha pula menerima Ariyyan setelah istikharah.. Diha percaya bahawa cinta akan datang kemudian.. Namun perkahwinan mereka tak mudah bila Ariyyan terlalu hanyut dalam kesedihan namun Diha bukanlah seorang yang mudah mengalah..

Sha rasa lain bila membaca ebook ini sekali lagi secara penuh.. Sha rasa agak marah terhadap Ariyyan yang sombong dan ego.. Terlalu hanyut dalam dunianya tanpa menyedari betapa Diha sangat menyayangi dia.. Betapa besarnya pengorbanan Diha dan walau sekuat manapun Diha dia tetap seorang perempuan yang punya perasaan.. Bila berkali-kali di tolak hatinya sakit dan tak kuat.. Bila Diha yanv melakukan kesalahan, terus saja Ariyyan menghukum tanpa memberi peluang.. Kalau ku dapat, memang ku katok je kepala si Ariyyan tu.. hahaha.. Emosi tau.. 

Sha tetap sokong Diha.. Sha suka kekuatan beliau, penulis menggambarkan Diha sebagai seorang perempuan yang kuat namun ada masanya tewas juga sebagai perempuan.. Sha suka bila setiap perkataan Indonesia diterjemahkan di hujung bab.. Penulis meletakkan kepelbagaian dalam novel ini bila memasukkan resepi dan cara memasak, mengenai kraf dan juga adat budaya.. Paling best dah tentulah bila blog Sha turut disebut dalam nobel ini.. Bangga sekejap.. hehehe..

Sha baca pada 15.09.2020 dan selesai pada 16.09.2020..

ebook ini boleh dibeli di eSentral..
Published September 2020 by Girang Fashali

8 comments:

  1. kak sha beli kat e sentral ke..pastu nak tanya once da beli, selamanya buku ni dalam list di e sentral ke kak?tak pernah lagi beli buku kat esentral..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. selamanya dalam esentrel kita sebab dah beli.. Kalau kita buka esentral dekat phone lain, just download je balik..

      Delete
  2. wahhhh dah dua novel kan ada nama blog kak sha? Tahniahhhh

    ReplyDelete
  3. mesti senyum2 penulisnya kalau baca entry sha ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Semoga menggembirakan penulisnya.. :)

      Delete
    2. Super duper gembira! Thank youuuuuu!

      Delete
  4. Sha, maaf sangat-sangat. Lambat akak berkunjung ke mari. Tahulah akak ni rajin tenggelam timbul. Thanks so much for this! Allah sahaja yang tahu betapa gratefulnya akak. Mmmuahhhhh!

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »