Thursday, July 10, 2025

Korean Variety | Fresh off the Sea S2 (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aktor tetap untuk rancangan ini ialah Yeom Jung Ah dan Park Joon Myun.. Mereka berdua ini ada dalam musim pertama dan musim kedua ini.. Dua lagi ahli baru ialah Im Ji Yeon dan Lee Jae Wook.. Dua-dua ini comel dan sellau bergaduh.. Memang kelakarlah tengok diorang dua ini.. Sha suka tengok Im Ji Yeon makan, semangat betul dia.. 

Episod pertama mereka memang betul-betul mencabar.. Kena ke tengah laut dengan kapal yang besar.. Awal tu semuanya okay ja tapi tiba-tiba Lee Jae Wook diserang mabuk laut, kemudian Im Ji Yeon mabuk laut dan akhirnya Yeom Jung Ah pun.. Tapi tetaplah mereka berkerja menarik pukat, mengasingkan ikan dengan penuh semangat.. Mereka dibayar 200 dolar, diberikan sotong dan ikan.. Memang berbaloilah.. Masuk pertengahan episod 1 dan 2, kita boleh tengok menu hasil kerja keras mereka.. Memang mengiurkanlah.. Lee Jae Wook sanggup belajar membuat sashimi semata-mata nak impress ahli-ahli lain.. Memang dasyatlah.. Hujung episod 2 mereka kena ke ladang pengeringan ikan pollack dan masa ini dah ada tetamu yang menanti mereka..

Episod 3 ini bayaran kerja mereka ialah sebatang kayu penuh pollack ialah 4 dolar, jadi memang kena kerja keraslah kalau nak dapat banyak duit.. Masa ini tetamu diorang Lee Jung Jae dah mula menolong.. Siap ada kudap-kudapan untuk diorang makan dan sambung semula kerja.. Masing-masing semangat sebab ada sasaran yang nak dicapai.. Lepas tu diorang pergi main luncur ais, yang paling seronok dah tentulah Lee Jae Wook dengan Im Ji Yeon..

Episod 4 mereka bersama tetamu bersiar-siar dan makan angin selepas melakukan sukaneka untuk mendapatkan duit.. Kemudian di episod 5 mereka perlu menuai rumput laut sebelum ke rumah baru di tepi laut.. Memang deralah nak angkat rumpai laut tu.. Berat kot sebab basahkan.. huhuhu.. Masa ini tak ada tetamu, hanya mereka berempat sahaja.. Awal episod 6 kita akan dihidangkan dengan menu menarik menggunakan rumpai laut.. Bayangkan diorang masak pasta guna rumpai laut.. Memang lain macam.. Lepas tu diorang buat rumpai laut kering menggunakan rumpai laut yang mereka dapat.. Penghujung episod 6 diorang kena menuai tiram bersama tetamu baru iaitu Yoon Kyung Ho dan Kim Jae Hwa.. 

Bukan mudah kerjanya.. Namun hasilnya memang lumayanlah.. Bukan sahaja perlu menarik keluar tiram, mereka juga perlu mengopek dan mengeluarkan isi tiram.. Ini semua dilakukan di episod 7.. Selain dapat bayaran, mereka juga dapat tiram, ikan dan rumpai laut segar.. Episod 8 mereka meminta Kyung Ho membawa Joon Myun untuk berjalan sementara yang lain membuat persiapan bagi menyambut hari lahir Joon Myun..

Episod 9 mereka bermula dengan menuai daun bawang berempat sahaja.. Tetamu mereka iaitu Kim Hye Yoon muncul di awal pagi secara kejutan buat mereka.. Episod 10 mereka ke laut menangkap sotong kurita kuning.. Mereka naik 2 kapal dimana Hye Yoon, Jae Wook dan Jung Ah dalam kapal yang sedikit moden tapi perlukan kepantasan dalam mengeluarkan sotong kurita.. Manakala Ji Yeon dan Joon Myun pula berada atas kapal yang manual dan perlu menggunakan lebih tenaga dalam menarik tali yang mengandungi sotong kurita.. Tak mudah ya bila melihat nelayan ini berkerja..

Episod 11 mereka berlima bersiar-siar dan makan.. Kemudian pada pertengahan episod Dex muncul sebagai tetamu terakhir.. Mereka berkerja bersama-sama menuai sawi dan mendapatkan hasil yang lumayan.. Dex balik pada awal episod 13.. Kali ini hanya Jung Ah dan Ji Yeon yang perlu berkerja di laut mengutip ikan belanak.. Episod akhir yang menarik, dimana mereka masak bersama-sama untuk sambutan hari lahir Jae Wook..

TV Show: Fresh off the Sea Season 2
Also Known As: Eonnine Sanjijiksong 2, Eonnine Sanjijiksong Sijeun 2, Fresh off the Sea 2, Sisters Direct Delivery Season 2, Sisters Freshly Delivered From The Mountains Season 2
Genres: Food, Life
Country: South Korea
Episodes: 13
Aired: Apr 13, 2025 - Jun 22, 2025
Aired On: Sunday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 30 min.
The second season of Fresh Off the Sea is back with a historic event and delicious seasonal ingredients! Yeom Jung Ah, Park Joon Myun, Im Ji Yeon, and Lee Jae Wook present a seasonal meal of four siblings in a green fishing village!

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com