Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha rasa Sha dah tengok terlalu banyak filem dan siri tentang zombi, tapi tetaplah berdebar lain macam.. hahaha.. Semua drama atau filem zombie yang Sha layan sama ada dari yang penuh babak kejar-mengejar, tembak-menembak, sampailah yang perlahan dan penuh emosi.. Tapi Ziam ini lain macam..
Apa yang buat Sha terpaku ketika menonton Ziam ini ialah gabungan unik antara seni mempertahankan diri Thai dan elemen seram zombi.. Bunyinya macam pelik, kan? Tapi serius memang menjadi serta mengujakan dan ngam gila.. Babak berlawan oleh hero sama ada dengan manusia mahupun zombie memberikan kepuasan lain macam pada kita yang menonton..
Zombi dia lain macam tau.. Nampak betul zombie dia menakutkan, agresif, laju dalam babak kejar mengejar dan sangat ganas ya.. Lepas tu zombi dia boleh upgrade.. Lepas upgrade jadi lagi ganas gila.. Sampai Sha rasa, “kalaulah kejadian macam ini berlaku betul-betul, memang tak sempatlah Sha nak fikir panjang, tahu-tahu ja dah kena gigit zombi..” Tambah pula dengan jalan cerita yang laju dan kesan gore yang sangat realistik, memang buat jantung kita yang menonton tak sempat nak bertenang.. Sha tengok ini memang sambil tutup mata, jeling dan berdebar-debar..
Yang paling Sha suka dalam filem ini dah tentulah adegan berlawan.. Biasanya filem zombi penuh dengan babak tembak-tembak dan strategi bertahan kan.. Ziam ini lain sikit sebab hero dia guna seni bela diri Muay Thai sebagai senjata utama.. Pertarungan tangan ke tangan bukan saja unik, tapi sangat mengagumkan.. Setiap tumbukan dan tendangan nampak betul-betul menyakitkan dan puas hatilah bila kita tengok..
Memang layanlah walaupun filem ini mampu beri tekanan pada mental dan fizikal kita sebab seram dia tu melibatkan tekanan pada kelansungan hidup, ikatan emosi antara 3 watak iaitu Singh, Buddy dan Rin.. Paling gila dah tentulah sebab zombi dia lari laju dan serangan tak ada belas kasihan punya.. hahaha..

Movie: Ziam
Also Known As: Pak Gud Teen Teeb, Pak Kat Tin Thip
Screenwriter: Oat Vatanyu Ingkavivat, Nut Nualpang, Jan Weerasu Worrapot
Screenwriter & Director: Tent Kulp Kaljareuk
Genres: Action, Horror, Martial Arts
Country: Thailand
Release Date: Jul 9, 2025
Duration: 1 hr. 36 min.
In a world succumbing to hunger, a determined Muay Thai fighter fends off a zombie outbreak inside a hospital to save his beloved.

Salama singgah..blogwalking
ReplyDeletePasti menarik drama ni..
ReplyDelete