Friday, December 5, 2025

Aktiviti Hari Khamis - Jumaat di SK & SM

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Imani kena pakai baju PJ sebab ada aktiviti Sejarah (Permainan Tradisional).. Imani memang semangat sekarang pergi sekolah sebab ada macam-macam aktiviti yang cikgu buat untuk anak-anak ini.. Hari ini pula ada Majlis Khatam Al-Quran, lagilah semangat dia.. Kena pakai baju kurung dengan tudung raya.. Bolehlah melawa, cumanya dia tak adalah baca Al-Quran dekat pentas.. Imani terima hadiah ja.. Bacaan dilakukan oleh pelajar lelaki..

Ini pula aktiviti Amani di sekolah semalam.. Kata Amani, pelajar perempuan dan lelaki diasingkan.. Pelajar lelaki diterangkan mengenai buli.. Manakala pelajar perempuan diajar mengenai penjagaan diri.. Sayangi diri dan lindungi diri.. Amani kata mereka juga diberikan penerangan mengenai buli, bahaya media sosial dan Pedofilia.. Baguslah pengisian sekolah ini pada Sha.. 

Ini pula aktiviti Amani hari ini.. Mujurlah maknya memang basuh siap semalam baju sukan dia.. Selalunya Jumaat pakai baju kurung, hari ini tak payahlah.. 

Baguslah pada Sha usaha sekolah dalam mengisi hari anak-anak ini selepas peperiksaan terutama sekali untuk pelajar Tingkatan 3 dan Tahun 6 yang akan melangkah ke alam baru tahun hadapan..

3 comments:

  1. wah..bagusnya...seronok aktiviti macam nie

    ReplyDelete
  2. bagusnya ada banyak aktiviti sampai murid pun seronok nak pergi sekolah.

    ReplyDelete
  3. bagus sekolah sekarang dah banyak aktiviti diakadakan

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com