Wednesday, March 11, 2026

Suntikan HPV & Pemeriksaan Talasemia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Imani diberikan suntikan Imunisasi HPV sebagai salah satu langkah pencegahan.. Suntikan vaksin HPV (Human Papillomavirus) ialah pelalian penting untuk mencegah jangkitan virus yang menyebabkan kanser serviks, faraj, vulva, dubur, tekak, dan ketuat kelamin.. Bila ambil dia balik dari sekolah, teruja dia bercerita yang suntikan tu sakit masa ubat nak masuk.. Lepas tu dia muntah angin.. Jadinya doktor pantau dia sekejap, bila tengok Imani dah okay barulah lega sikit.. Sakit sikitlah tempat cucuk tu tapi tak adalah sampai demam ke apa..

Malamnya Amani bagi borang kebenaran untuk ujian Talasemia pula.. Sha tandatangan ja.. Bukan mudah nak dapat peluang macam ini.. Zaman kita dulu tak ada pun suntikan HPV atau pemeriksaan darah macam ini.. Bersyukur sangat dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia ini.. Kita ja lah nak buat dengan tak nak buat..

Perkara Penting Mengenai Vaksin HPV:
Tujuan: Mencegah jangkitan baru daripada jenis HPV berisiko tinggi (terutamanya jenis 16 & 18) yang boleh menyebabkan kanser, bukan merawat jangkitan sedia ada.

Jenis Vaksin: Terdapat Gardasil, Gardasil 9, dan Cervarix yang melindungi daripada beberapa strain HPV.

Dos & Jadual:
Umur 9-14 tahun: 2 dos (jarak 6-12 bulan).
Umur 15-26 tahun: 3 dos (biasanya pada 0, 1-2, dan 6 bulan).

Lokasi: Diberikan di sekolah (Tingkatan 1), klinik LPPKN, klinik swasta, dan hospital.

Kesan Sampingan: Ringan dan sementara seperti sakit/bengkak di tempat suntikan, demam ringan, atau sakit kepala. 

Walaupun divaksin, wanita tetap digalakkan menjalani saringan kanser serviks (seperti Pap smear atau ujian HPV DNA) secara berkala.

Maklumat Penting Pemeriksaan Talasemia Tingkatan 4:
Tujuan: Mengesan status pembawa (carrier) talasemia dalam kalangan remaja bagi mencegah kelahiran bayi dengan talasemia major.

Prosedur: Pasukan Kesihatan Sekolah akan melawat sekolah, memberi taklimat, dan mengambil sampel darah (kira-kira 1 sudu kecil).

Kebenaran: Borang kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga wajib diperoleh sebelum ujian dijalankan.

Keputusan: Keputusan akan dimaklumkan melalui kad saringan, dan sesi kaunseling bersama pegawai perubatan akan diberikan di klinik kesihatan bagi kes yang memerlukan.

Tindakan Lanjutan: Pelajar yang dikesan sebagai pembawa akan diberi surat rujukan untuk kaunseling lanjut bersama keluarga. 

Program ini adalah inisiatif penting bagi memastikan kesihatan jangka panjang dan kesedaran penyakit genetik.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com