Assalamualaikum..
Hye semua..
Sihat ke hari ini? Ada yang bercuti ke? Selamat bercuti buat yang bercuti dan selamat berkerja buat yang berkerja macam Sha.. Pagi ini tak ada nak terkejar-kejar ke pejabat.. Bertenang-tenang ja Sha memandu sambil layan radio dan playlist lagu Sha..
Hari ini rasa macam semangat sikit walaupun malam tadi macam tertekan dan terlewat bangun pagi ini.. kikiki.. Walaupun terlewat, tetaplah gigih menyinggah 7E Cafe untuk belikan sandwich dan roti buat Amani dan Imani.. Sha ini seboleh-bolehnya memang akan pastikan Amani bawa bekal ke sekolah sebab Amani tak suka ke kantin berbanding Imani.. Imani memang jarang sangat bawa bekal sebab seronok membeli di kantin..
Pagi ini sajalah Sha beli kombo makanan dan minuman 7E ini.. Ambil satu Spicy Tuna Mayo Sandwich dengan Latte ice.. Dua ini RM6.90..
Ini cerita semalam.. Alhamdulillah dapat 30 minit senaman.. Cumanya yang Sha pelik, laluan sama tapi jarak, jumlah langkah selalu berbeza.. Satu lagi pace tu.. Macam tulah bila guna HP ja untuk kesan pergerakan.. kikiki.. Okaylah pada Sha sebab masa tu memang capai kehendak Sha iaitu 30 minit sehari briswalk..


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..