Monday, June 15, 2026

Temujanji Yang Tertangguh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam encik suami ajak ride ke Alor Pongsu untuk makan kari sembilang.. Plan ini memang dah dibuat sebelum encik suami ke Thailand lagi.. Plan asal sebenarnya untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami tapi disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan, tertangguhlah plan ini.. Alhamdulillah, semalam berjaya juga direalisasikan.. Walaupun awalnya hujan turun dengan lebat, namun jam 7.40 pagi matahari mula memunculkan diri.. Selepas siapkan makan untuk anak-anak, kami terus gerak..

Singgah isi minyak di R&R Tapah arah utara..

Singgah sekejap ke toilet dan minum kopi di hentian sebelah Bukit Gantang.. Sha beli kopi mesin ja..

Alhamdulillah.. Sampai juga ke destinasi yang dituju.. Kami singgah gerai tepi jalan ja ni.. Makan kari sembilang yang padu.. Memang berbaloilah ride jauh-jauh demi kari sembilang ini.. kikiki..

Lepas tu kita pekena kopi pula tepi sungai bersama tiramisu.. Memang padu betul kopi dia..

Sempatlah tapau durian gred AA untuk dibawa balik.. Ini gambar durian ganti sebab sebiji durian yang kami pilih tu macam ada rosak sikit.. Beli dekat peraih, memang puas hatilah.. Siap dapat makan dulu penjual belanja.. Sekilo RM8 siap jaminan.. Kenyang tengok durian masa ini.. Durian baru-baru tau..

Masuk pekan Batu Kurau untuk solat.. Lepas tu kami terus gerak balik.. Singgah sekejap dekat hentian sebelah arah selatan pakai baju hujan.. Lepas tu memang terus pecut sampai rumah.. Alhamdulillah, basa sikit dekat bahagian leher dengan kasut ja.. Baju dan seluar selamat dari hujan.. kikiki.. Selamat sampai rumah jam 5.30 petang..

Sha beli 2 biji durian dengan harga RM31 (sekilo RM8).. Tapi sebiji tu ada rosak sikit, jadinya penjual ganti dengan buah baru 2 biji.. Memang penuhlah sebekas ini.. Puas hati betul sebab buah baru.. Sedap betul.. Mujurlah beringat, kalau tak dah licin dah ni.. kikiki.. Lama Sha tak merasa durian kampun yang sedap macam ini.. Lepas tu masa nak gerak ke lebuhraya, sempatlah beli juga buah manggis 3 kilo dengan harga RM20..

Ada rezeki memang Sha nak ke sini lagi.. Puas hati betul ride kali ini.. 

7 comments:

  1. Wah seronoknya dapat ride dengan suami. dapat makan makan lagi... memang bahagia..haha

    ReplyDelete
  2. Bestnya kak oi.... kari sembilang tu pun nampak sedap. Durian baru lak ye memang best la, murah betul harganya tu pun. Banyak tu rm31 memang berbaloi.

    ReplyDelete
  3. Pasti puaaaas sangat kalau bisa road trip dan bisa merasakan kuliner yg memang sedap. Tambah durian pula 😍😍😍. Lagi musim durian memang kan... Tak sabar saya sebentar lagi nak ke KL dan road trip 1 malam ke Johor juga. Singgah di tempat2 begini itu yg seruuu sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. Hahahaa syiok ye ride di hujung minggu.. dapat plak bawa blk durian dan manggis. Memang berbaloi² la kan 😁

    ReplyDelete
  5. Tak pernah makan kari sembilang tu. Best la ride walaupun ditimpa hujan.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat ride..nanti nak pergi batu kurau juga.

    ReplyDelete
  7. Ride motor redah hujan.
    Pasti jadi kenangan indah bersama.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com