Showing posts with label xrekod. Show all posts
Showing posts with label xrekod. Show all posts

Thursday, October 17, 2024

ebook | Lengkapkan Hati Kita oleh Rose Aleyna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Zania yang agak sadis jugalah.. Terpaksa menerima cemuhan dan hinaan dari orang sekeliling hanya kerana dia membesarkan anak kakaknya.. Iyalah tiba-tiba balik dengan anak kecil tanpa suami, siapa ja yang tak mencemuh.. Kemunculan semula Zharif merumitkan keadaan.. Bukan mudah untuk Zania melalui semua ini, hatinya yang sakit tiada siapa yang tahu.. Namun Zania sedar Zharif lebih berhak maka satu perjanjian dibuat.. 

Sha baca dan selesai pada 15.10.2024..


Friday, August 23, 2024

ebook | Cinta Di Sujud Terakhir by Ai Indah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alahai.. Dia macam tiba-tiba.. Eh.. Dah habis.. Camtu.. 

Kisah Syakira yang asyik putus tunang, berpindah tempat kerja baru.. Berkenalan dengan Abdul Hamid.. Awal-awal kerja, Syakira terjumpa penyelewengan duit syarikat.. Lepas tu Syakira dan Abdul Hamid nak dibunuh.. Semasa menuju ke suatu tempat, kereta mereka rosak breknya.. Menginap di hotel dan diserbu penguatkuasa.. Kahwin, baru saja nikah, tengah solat, meninggal.. Habis..

Sha baca dan selesai pada 19.08.2024..


Tajuk: Cinta Di Sujud Terakhir
Penulis: Ai Indah
Tahun Terbit: Julai 2020
Penerbit: Ai Indah
M/S: 60
Sinopsis: “Kira dan Rusdi… putus tunang.” – SYAKIRA Tunang putus, tunang putus, tunang putus. Sedar tak sedar dah 10 kali Syakira tak dapat peluang nak menjadi isteri orang. Cuma dapat gelaran tunang dan bekas tunang orang je. “Belek muka saya lama-lama, kenapa?” – ABDUL HAMID “Maaf bos, masa bos angkat kening tu saya teringat ayah saya. Dia suka angkat kening bila tanya saya soalan. Tu terpukau tu.” – SYAKIRA Dan tanpa Syakira sedari, sikapnya yang clumsy dan suka merepek bukan-bukan itulah yang buatkan Abdul Hamid rasa terhibur. ‘Terima kasih juga sebab suka saya,’ – ABDUL HAMID. Dapatkah mereka bersama melakar cinta sampai ke syurga?

Wednesday, June 26, 2024

ebook | Abah Saya Cef! oleh Hafirda Afiela

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku tentang seorang anak yang bagga dengan kerjaya abahnya iaitu tukang masak.. Memang comel..


Info buku
Tajuk - Abah Saya Cef!
Penulis & Ilustrator - Hafirda Afiela
Penerbit - Karangkraf
ISBN - 9789674460471
Tahun Terbit - 31 March 2015
M/S - 20

ebook | Ayah Apa Itu? oleh Alam Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini tentang seorang anak yang rajin bertanya.. Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung Ana bertanyakan banyak soalan kepada ayahnya.. Semua soalan itu berkaitan dengan pokok kelapa seperti kegunaan buahnya, batangnya dan juga daunnya.. Memang menarik..

Info buku
Tajuk - Ayah Apa Itu?
Penulis & Ilustrator - Alam Anuar
Penerbit - Karangkraf
ISBN - 9789674460549
Tahun Terbit - 31 March 2015
M/S - 20

Saturday, June 8, 2024

ebook | Cinta Hati Milik Syed Haidar oleh Miss Nas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Haidar bertemu kembali dengan Syamimi di balai polis.. Peristiwa yang merapatkan kembali mereka bila rahsia ayah Syamimi terbongkar.. Walaupun dah 2 tahun terpisah namun rasa cinta masih dihati.. Syed Haidar buat keputusan drastik supaya Syamimi ak hilang lagi namun langau masih sibuk cuba mengganggu hinggalah Syamimi diculik dan dibelasah.. Hilang ingatan sekejap namun kemudian bahagia.. 


Info buku
Tajuk - Cinta Hati Milik Syed Haidar
Penulis - Miss Nas
Penerbit - Nur Farzana binti Mohammad Saleh
ISBN - 9789672674023
Tahun Terbit - November 2022
M/S - 283

Sunday, April 14, 2024

ebook | Misfit oleh Aifa Batrisya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Yaya yang lain macam perangainya.. Dunia dia hanya ada 3 ekor haiwan, 2 abang, 1 kakak, seorang sahabat baik, umi dan abahnya.. Bila tiba-tiba alongnya maklumkan yang dia akan ditunangkan, Yaya mula buat kerja gila.. Mengorat pelajar abahnya, Niyaz yang selalu dibangga-banggakan abahnya.. Seboleh-boleh Yaya mengelak untuk ditunangkan dengan Maliki sampailah uminya memberitahu yang Niyaz sebenarnya sudah bertunang.. Barulah Yaya terima Maliki tapi ada pula gangguan.. Yaya kan.. Suka buat ikut kepala sendiri, akhirnya terpaksalah Along dia main kasar.. kikiki..


Info buku
Tajuk - Misfit
Penulis - Aifa Batrisya
Penerbit - Mufa Aira Enterprise
ISBN - 9789671851210
Tahun Terbit - 2023
M/S - 242
Sinopsis - Stigma - Anak ustaz mesti tak cool & gelaran dalam keluarga - Yaya si 'Ugly Duckling' versi comel buat Yaya selesa untuk hidup dalam dunia yang diciptanya sendiri. Berkawan dengan ikan, hamster dan labi-labi! Tapi itu kalau untuk dijadikan kawan. Untuk teman sehidup, kalau dah ajal tak kisah siapa pergi dulu..dah sah-sah lelaki normal Yaya mahukan. "Berjuta rakyat Malaysia ni dok ada, kenapa si Niyaz anak angkat kesayangan Abi tu yang kau nak kacau dik oii?"- Along. " Susah-susah je Abi nak angkat-angkat dia.Biarlah Yaya jadikan dia anak betul Abi. Anak menantu. Herherher. Bijak tak Yaya?" Niyaz yang soleh tu, Abi tolak mentah-mentah. Maliki si rambut panjang, tinggi menggalah tu pula Abi nak kenenkan dengan Yaya. Tak taste sungguh Yaya dibuatnya! Mamat tu ingat dia Akhil Hay versi 2020 ke nak berduet dengan Yaya masa kini? " Kita sekufu. Aliran pemikiran kita sama Ulya. Saya boleh terima Cala, Roro dengan Puing Puing tu dalam hidup awak" - Maliki Yaya keliru.Menurut kehendak Abi, bermakna dia mengiyakan gelaran yang diberi. Dan jika menolak Maliki untuk lelaki seperti Niyaz bererti dia mengiyakan pula Stigma yang dimomok kan dari dulu. Antara Niyaz dan Maliki, yang mana mampu 'fit' dengan dunia Yaya

Saturday, March 30, 2024

ebook | Suami Untuk Mama oleh Ai Indah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Comel sangat jalan ceritanya.. Puan Apin dan Encik Sham ini dah bercerai lebih 11 tahun, namun masing-masing masih lagi solo.. Anak-anak mereka meminta untuk mereka berbaik ataupun kahwin lain tapi masing-masing masih tak bertindak.. Sudahnya bila Anis meminta Puan Alin berkahwin, Puan Alin meletakkan syarat untuk Anis carikan lelaki yang muda 20 tahun dari usia Alin.. Bukanlah Puan Alin nak berkahwin pun dengan lelaki tersebut, sebaliknya nak dicarikan untuk anak perempuan sulungnya.. Namun pada hari lahir anak bongsu mereka, Puan Alin dan Encik Sham telah memberikan kejutan gembira buat keluarga mereka..

Sha baca dan selesai pada 01.04.2024


Info buku
Tajuk - Suami Untuk Mama
Penulis - Ai Indah
Penerbit - Ai Indah
ISBN - 9789671994528
Tahun Terbit - Julai 2020
M/S - 74
Sinopsis - “Carikan suami untuk mama.” – PUAN ALIN “Mama tu dah berusia 48 tahun tahu? Mana nak cari lelaki yang berusia 28 tahun yang sanggup jadi suami mama dan juga papa tiri kita!” - AMRI Nak cari suami untuk mama, tak ada masalah. Yang ada masalahnya bila PUAN ALIN minta suami berusia 20 tahun lebih muda. Siapa yang mahu ibu tunggal yang ada empat anak ni? Bukan anak kecil, tapi anak yang dah boleh kahwin usianya. “Kalau kita kahwinkan papa dan mama balik, nak tak?” – AMALINA Memang impian si bongsu mahu mama dan papanya bersama kembali tetapi cadangannya ditolak mentah-mentah oleh abang dan kakak-kakaknya. Maka bermulalah misi anak-anak mencari suami untuk mama mereka.

Sunday, March 24, 2024

ebook | Ku Dengar Suara - Siri 2 oleh Han Nisa Mash

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan untuk siri Ku Dengar Suara.. Kali ini penulis menyambung cerita mengenai apa yang berlaku setelah kembali ke Malaysia.. Semua sikap manusia yang menafikan kesakitan ditanggung penulis, akhirnya menjadi pencetus tindakan luar biasa buat penulis.. Sudahnya penulis dihantar untuk bertemu pakar.. Banyak yang perlu dilalui penulis dalam merawat penyakit yang dihadapinya..


Info buku
Tajuk - Ku Dengar Suara - Siri 2
Penulis - Han Nisa Mash
Penerbit - Hanisah Mashkuri
ISBN - 9789671994528
Tahun Terbit - 2021
M/S - 54
Sinopsis - Sambungan daripada Siri 1, satu-persatu episod "terdengar suara' berlaku tatkala cuba teruskan kehidupan seusai kembali ke tanahair Malaysia untuk bekerja. Hingga dipaksa untuk didiagnosis kali kedua.

Friday, March 22, 2024

ebook | Penyu Karah Khazanah Laut Negeri Melaka oleh Rosmawati Ghazali, Siti Norjannah Johari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah layan buku pasal penyu pula.. Sha pun terjumpa je buku ini dekat eSentral.. Tak tebal tapi padat dengan informasi mengenai penyu.. Ada 4 bab semuanya.. Bab satu pengenalan cerita tentang sejarah, kepentingan, taburan pendaratan mengenai penyu.. Kemudian diselitkan juga mengenai perundangan berkaitan penyu dan status populasi penyu mengikut spesis di Malaysia.. Kemudian dalam bab seterusnya penulis masukan juga mengenai biologi penyu Karah ini, ancaman dan halangan sama ada secara semulajadi mahupun dari manusia.. Pemuliharaan penyu Karah ini turut dijalankan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Masjid Tanah, Melaka.. Memang menariklah baca buku ini.. Ada peluang nanti kita jelajah Pusat Konservasi tu..

Tapak penetasan..


Info buku
Tajuk - Penyu Karah Khazanah Laut Negeri Melaka
Penulis - Rosmawati Ghazali, Siti Norjannah Johari
Penerbit - Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN - 978-983-49-2105-7
Tahun Terbit - 2019
M/S - 120
Sinopsis - Fokus buku ini adalah terhadap spesies penyu karah yang terdapat di negeri Melaka, di samping beberapa spesies penyu lain. Siapa sangka, di bumi Hang Tuah ini terdapat kawasan yang menjadi tempat pendaratan penyu karah untuk bertelur. Kecantikan warna karapas dan keunikan penyu ini mendorong penulis untuk berkongsi ilmu dengan pembaca. Di samping aspek fizikal penyu karah, pelbagai aspek kehidupan penyu ini merangkumi pemakanan, habitat dan pembiakannya turut dibincangkan secara mendalam. Dengan terbitnya buku ini, diharapkan orang ramai mempunyai kesedaran betapa pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan ini dan secara tidak langsung memberikan kesedaran betapa pentingnya memelihara kelestarian alam sekitar agar dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang. Buku ini amat sesuai untuk bacaan umum, terutamanya kepada pencinta alam sekitar dan boleh menjadi sumber rujukan penting kepada penyelidik serta pelajar universiti yang mengambil jurusan dalam bidang ini.

Thursday, March 14, 2024

ebook | Tumu dan Keluarga oleh Maslina Md Nor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Tumu bersama papa Jati dan mama Meranti.. Tumu dibawa meneroka hutan dan diajar serba sedikit aktiviti di dalam hutan.. Mengenali haiwan yang lainnya.. Memang buku yang menarik dibaca.. Malah berwarna warni dan cantik lukisan yang menghiasi isi buku ini..


Buku ini juga turut meletakkan info mengenai Pusat Pemulihan Orang utan Sepilok..

Tumu, Papa Jati & Mama Meranti..

Info buku
Tajuk - Tumu dan Keluarga
Penulis & Ilustrator - Maslina Md Nor
Penerbit - Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN - 9789834922764
Tahun Terbit - 2019
M/S - 27
Sinopsis - Buku bergambar ini mengisahkan perihal anak Orang Utan yang bernama Tumu. Tumu tinggal bersama-sama keluarganya, Papa Jati dan Mama Meranti. Papa Jati dan Mama Meranti mengajar Tumu menerokai hutan supaya mengenal spesies haiwan berbahaya dan jenis makanan yang boleh dimakan.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com