Saturday, September 26, 2020

3 Hari 2 Malam di Terengganu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha sekeluarga ke Terengganu bersama MIL, keluarga adik ipar dan kakak ipar sekeluarga.. 3 biji kereta dengan 7 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak.. Perancangan yang ditunda dari bulan Mac aritu.. Tujuan utamanya nak ke Kelantan sebab sepupu encik suami kahwin tapi macam tak berbaloi pula kalau ke Kelantan sahaja.. Tu yang kami ke Terengganu dahulu baru ke Kelantan.. hehehe.. 

Awal perjalanan kami ke Pahang dulu singgah makan di Restoran Mabiq 2 untuk bawa MIL makan Pais Tempoyak Ikan Patin.. Patutnya pergi Restoran Mabiq tapi dah tutup tu yang pergi cawangan kedua dia.. Cawangan ke dua ini tepi jalan je.. Lepas makan terus gerak ke Terengganu melalui jalan lama.. Memang layanlah..

Kami singgah makan malam dulu sebelum gerak ke Homestay.. Sampai Homestay semua pengsan.. hahaha.. Penat berada dalam kereta seharian kan..

Hari Kedua

Seawal pagi dah pergi bersarapan nasi dagang di Kak Pah Nasi Dagang.. Memang sedap dan ramai orang.. Kuah dia pekat dan nasi dia sedap.. Lepas sarapan baru kami ke masjid terapung tapi tak dibuka untuk orang ramai maka ke Pasar Payanglah kami.. Sampai Pasar Payang naik bot tambang dulu menyeberang sungai pergi balik.. Bayar RM2 pergi dan RM2 balik.. Seronok anak-anak Sha menaiki bot.. hehehe.. Jalan dalam Pasar Payang beli jajan.. 

Makan tengahari di Nasi Ayam Yunnan dekat Medan Selera Pantai Batu Buruk.. Nasi Ayam dia ohsem.. Memang puas hatilah makan..

Lepak pantai Batu Buruk sekejap melepaskan lelah dan bergambar.. hehehe..

Kemudian ke Masji Kristal tapi tak boleh masuk sebab Masjid dalam kerja-kerja pembaikan.. Bergambar dari jauh je.. 

Minum petang di SCT Celup Tepung yang agak tersorok dari kawasan tumpuan.. Makanannya murah dan tak ramai orang.. Memang best..

Malamnya mendobi sekejap dan kemudian baru ke Dapur Pata untuk makan malam.. 

Hari ketiga
Seawal pagi Sha dan encik suami dah keluar cari sarapan... Makan nasi lemak lauk ikan, laksam dan kuih muih.. Lepas sarapan terus gerak cari keropok lekor dan satar.. Malangnya kedai keroppok hanya jual keropok mentah sahaja.. Yang bergoreng, payah nak jumpa.. Berjalan semasa PKPP ini banyak tempat yang tak boleh dituju.. Maka teruslah kami gerak ke Pasar Payang semula sebab MIL ada nak beli barang.. Hari Jumaat kan Terengganu cuti, punyalah ramai orang sampai parking tak ada.. Maka MIL dengan encik suami je yang turun.. Lepas beli baarang singgah bergambar di Jambatan Angkat.. Ambil gambar di bawah je sebab hujan, masing-masing malas nak jalan naik.. Kemudian singgah Pantai Penarik untuk makan tengahari dan terus gerak ke Kelantan..

Wednesday, September 23, 2020

Telefilem Malaysia | Kelab Gentlemen (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Telefilem yang menarik.. Sha tonton di Youtube je.. Sambil buat kerja lain sambil menonton.. Hehehe.. Kisah pesara yang nekad ingin keluar melihat perbarisan di Putrajaya sedangkan Malaysia masih dilanda pendemik Covid 19.. Bukan mudah memahamkan warga emas bahawa pendemik itu bahaya dan usia mereka menjadikan mereka berisiko tinggi.. Bagus juga bila ada drama macam ini.. Berkait rapat dengan situasi semasa.. Pelakon pun ohsem..

Pelakon: Dato Rahim Razali, Sabri Yunus, Azman Hassan, Vanidah Imran, Siti Farah Abdullah, Aiman Hakim Ridza
Mengisahkan tiga pesara parajurit negara yang tinggal di sebuah rumah jagaan warga tua. Mereka berpakat untuk menyelinap keluar dari Rumah Selimut Baldu kerana ingin menyaksikan Perbarisan Hari Pahlawan. Berjayakah mereka dalam misi ini nanti?

Wordless Wednesday 2020 PKPP


Tuesday, September 22, 2020

ebook | Anita Blake Vampire Hunter - The First Death #1 & #2 (Marvel Comics) by Laurell K. Hamilton, Jonathon Green, Wellinton Alves

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini ada 2 episod.. Sesekali tukar bahan bacaan.. Hehehe.. Lagipun tak banyak muka surat, cepat jelah pembacaan cuma gambaran watak tu tak seperti Sha bayangkan.. Hehehe.. Berwarna pula, lagilah ohsem.. Hahaha..

Komik ini kira macam pengenalan kepada siri Anita Blake ini.. Bagaimana bermulanya kerjasama antara Anita dengan polis dan juga Edward si pembunuh upahan yang digelar Death.. Gitu.. Dalam komik ini Anita bantu polis mencari vampire yang bunuh budak dan buang mayat di tempat terbuka.. Bukan manusia je psikopat, vampire pun ada.. Di mana-mana jenayah..

Anita Blake Vampire Hunter - The First Death #1 (Marvel Comics) by Laurell K. Hamilton, Jonathon Green, Wellinton Alves
Published by Marvel Comics

Cantik grafik dia.. Puas hati baca..

Anita Blake Vampire Hunter - The First Death #2 (Marvel Comics) by Laurell K. Hamilton, Jonathon Green, Wellinton Alves
Published by Marvel Comics

Giveaway Bye Bye Moratorium

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint Giveaway Bye Bye Moratorium by Ct Cheery ini.. Syaratnya mudah je.. 

Bulan ini last moratorium.. Sha guna duit lebihan Moratorium tu untuk buat awning rumah sewa dan beli barang kemas.. hehehe.. Dah lama teringin nak tambah barang kemas bila dapat moratorium ini memang tak lepas peluanglah.. Kalau tak buat masa nie memang tak akan merasalah.. hehehe..

Tamat pada 31 September 2020

Drama China | Bedtime Hero (2018)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa drama ini masa carikan animasi untuk anak-anak dekat Youtube.. Dah tengok sampai episod 12 baru tahu drama ini tergantung.. Hahaha.. Sabar jelah.. Seasons 2 ada juga dekat Youtube tapi tak ada sarikata Inggeris.. Jenuh pula nak faham ceritanya.. Hahaha..

Kisahnya watak utama dia suka benar tidur.. Pantang ada masa terluang je tidur.. Tapi kelebihan dia bila ada memori fotografi.. Dia boleh ingat apa sahaja selagi tidak terperanjat.. hehehe.. Kemudian ditawarkan ke sekolah untuk mereka yang punya bakat luar biasa.. Masa inilah baru hidup dia macam huru hara.. Menarik bila hero selesaikan jenayah dalam mimpi.. Hahaha.. Tergantung masa nak selesaikan 1 kes dimana seorang professor ini terperangkap dalam dunia mimpi.. 


Drama: Bedtime Hero
Also Known As: Super Dreams, Chāo néng zào mèng
Director: Danny Ko
Genres: Mystery, Comedy, Romance, Supernatural
Country: China
Episodes: 12
Aired: Apr 17, 2018 - May 2, 2018
Aired On: Tuesday, Wednesday
Original Network: iQiyi, iQiyi
Duration: 45 min.
A mix of comedy and mystery revolving around a school for students with special abilities. 
Ding Yi is a homebody with stellar academic records. He is lazy and loves to sleep, but he has an ability that nobody knows - a photographic memory. However, he has one great weakness. Whenever he is scared, his short-term memory disappears in an instant, which could be problematic come exam time. Ding Yi gets accepted to Qing Hua where he meets his playful and wealthy roommate Feng Zixi and guidance counselor Ai Mei who helps him hone his abilities. (Source: ChineseDrama.info)

ebook | Circus of the Damned (Anita Blake, Vampire Hunter #3) by Laurell K. Hamilton

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ketiga ini best sebab Anita berjaya lepaskan diri dari jadi manusia suruhan kepada Jean Cloude dan kuasa dia berkembang dengan lebih dasyat.. Kalau ikut kata penulis siri ini, dia nak matikan je watak Jean Cloude yang ego tu tapi seiring cerita ini bergerak, Anita dengan Jean Cloude macam serasi bersama.. Hehehe.. Gitu.. Dalam novel ketiga ini berlaku perebutan kuasa dan juga muncul vampire yang lebih tua dan primitif.. Pada vampire tua ini dia lebih suka manusia memburu dan membunuh vampire bukannya menerima vampire sebahagian dari kehidupan normal.. Gitu.. Vampire pun bercanggah pendapat.. hehehe..

Sha baca pada 18.09.2020 dan selesai pada 19.09.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published September 24th 2002 by Berkley (first published 1995)

Monday, September 21, 2020

Filem Korea | Okay! Madam (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem aksi yang kelakar.. Sha tengok sebab ada Park Sung Woong.. Pelakon yang ohsem.. Filem ini pasal seorang ejen yang dah menghilang dan muncul kembali.. Bila muncul je, ramai yang mencari sebab nak dapatkan sesuatu dari ejen ini.. Malangnya bukanlah mudah sebab ejen ini antara yang terbaik.. Paling kelakar bila tengok aksi berlawan dan juga usaha menyelamatkan kapal terbang dari dirampas.. Hehehe.. Tapi di saat akhir, orang yang tak disangka jahat rupanya penjahat.. Memang mengejukan.. 

 Movie: Okay! Madam
Also Known As: Okeimadam , Okay! Madame , okei! madam
Director: Lee Chul Ha
Screenwriter: Shin Hyun Sung
Genres: Action, Comedy, Family
Country: South Korea
Release Date: Aug 12, 2020
Duration: 1 hr. 40 min.
"Okay! Madam" is a delightful action comedy about a couple, a restaurant manager and a computer repair expert, who must save their family from a hijacking during their first family vacation. (Source: HanCinema)

ebook | The Laughing Corpse (Anita Blake, Vampire Hunter #2) by Laurell K. Hamilton

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kedua ini Anita Blake dapat satu lagi kuasa yang luar biasa bila Anita berjaya membangkitkan mayat yang berusia ratusan tahun dengan banyak.. Semuanya berpunca dari perbuatan bomoh Vodoo yang cuba mengawal Anita.. Dalam masa yang sama polis menyiasat pembunuhan kejam yang dilakukan oleh zombie terhadap beberapa mangsa dengan bantuan Anita.. Apa agaknya kaitan antara bomoh Vodoo dan juga zombie tersebut..

Sha baca dan selesai pada 18.09.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published September 2002 by Penguin Group (USA) Incorporated

Filem Korea | The Beast (2019)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

FIlem yang ganas dan mendebarkan.. Dua polis yang pernah bersahabat baik menjadi musuh dalam menyelesaikan kes pembunuhan yang sangat kejam.. Memang berdebar-debar menengokkan mereka menyiasat.. Tambahan pula bila polis tu ambil tindakan menyembunyikan pembunuhan demi mendapatkan maklumat.. Ngeri bila salah seorang polis tu mengejar pangkat dan sorang lagi hanya nak selesaikan kes sehingga mengorbankan rakan sekerja mereka.. Pembunuh dia memang tak didugalah.. Menyembunyikan kegiatan di kawasan pengedaran dadah.. Pembunuhan dia kejam gila..

Movie: The Beast
Also Known As: Biseuteu
Director: Lee Jung Ho
Genres: Action, Thriller, Crime
Country: South Korea
Release Date: Jun 26, 2019
Duration: 2 hr. 10 min.
A criminal action movie about two detectives in conflict who solve a murder that shakes up the Korean peninsula. (Source: HanCinema)

Sunday, September 20, 2020

Novel | Novelis oleh Ebriza Aminnudin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli versi ebook je dekat Google Play Book.. 

Baca buku ini macam naik roller coaster dibuatnya.. Memula terkejut juga bila nama watak dalam novel ini sama dengan Sha.. Teruja sekejap.. hahaha.. Bila cerita dah mula sampai ke tempat kejadian terus hilang rasa teruja.. Satu persatu watak yang sebelum ini hanya dibaca didalam novel memunculkan diri dan membuat kacau.. Jenuh mengingat watak-watak tu dari novel mana.. Kematian demi kematian.. Lepas satu, satu pula malang yang menimpa mereka.. Tak mudah untuk kekal waras dan melalui kehilangan demi kehilangan.. Bila akhirnya mereka dapat melepaskan diri terbongkarlah konspirasi yang tak terjangka.. Ingatkan dah habislah kejutan dari penulis, eh tak puas lagi rupanya penulis membuat kejutan.. sampai ke bab akhir ada lagi kejutan yang melibatkan watak bernama Shahida.. Sabar jelah.. hehehe..

Sha baca pada 17.09.2020 dan selesai pada 18.09.2020..

Sha beli dan baca menggunakan aplikasi Google Play Book..
Published February 2020 by Buku Prima

Saturday, September 19, 2020

Filem United States | Ava (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pembunuh upahan perempuan yang dikhianati bila mula mempersoalkan arahan yang diberikan.. Seronok tengok babak aksi yang diberikan.. Kisah dia simple je tapi cara heroin tu berlawan yang buat cerita ini jadi menarik dan seronok ditonton.. Walaupun perempuan tu boleh berlawan tapi tak adalah dia tunjukkan yang perempuan tu tak boleh dikalahkan.. Kira teruk jugalah perempuan tu berlawan untuk menang.. Memang ohsemlah..

Ava (2020)
An assassin becomes marked for death by her own black ops organization after questioning orders and breaking protocol.

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com