Sunday, June 22, 2025

KopeeKia: Flat White & White Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang padu lah semua kopi dari jenama KopeeKia ini..

Flat White ini mantap rasa kopi dia.. Memang lebih kopi dan berkrim.. Kiranya sesuailah untuk mereka yang suka rasa creamy-creamy tu..

White coffee ini lebih lembut rasa dia dan ada seikit rasa manis.. Kopinya masih lagi padu cuma lebih lembut untuk lidah Sha.. 

Saturday, June 21, 2025

Novel | Leluhur Terlaknat oleh Naim Tamdjis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini dihadiahkan oleh seorang kenalan kepada Sha.. Beliau pratempah terus dari penulis.. Jadinya adalah tandatangan penulis dalam ini selain 2 keping kad comel tu.. 

Buku ini bertemakan seram.. Tapi tak adalah seram melampau.. Ada je babak kelakar terutama sekali masa nak matikan perjanjian tu.. Terutama sekali dengan kemunculan watak tak dijangka.. 

Kisahnya Nek Minah ini ada buat perjanjian dengan makhluk yang tak sepatutnya.. Namun anak dia tak nak teruskan jadi dia mengharap pada cucu dia namanya Faezal.. Masalahnya isteri Faezal ini tak boleh mengandung jadinya Nek Minah ini nak Diba jadi pewaris dia sebab Diba ini subur.. Mujurlah Diba tak sempat nak terima bila anak Nek Minah ini muncul dan halang.. Walaupun banyak nyawa terpaksa terkorban namun Nek Minah berjaya dikalahkan dengan tipu helah.. Gitulah..

Sha baca dan selesai pada 19.06.2025..

Published 01 May 2025 by NT Books Enterprise

Munchy's Cream Crackers

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau tengok macam biskut mayat kan.. Cumanya versi yang lebih kecil dan mudah nak dibawa serta ada rasa mentega.. Sha suka versi yang ini dan biskut ini selalu ada dekat rumah.. Rasa dia lebih lemak berbanding biskut kering biasa.. Makan macam tu pun sedap tapi Sha suka cicah dalam kopi.. Lagi umph!! Mudah nak bawa dalam beg tangan sebagai snek sementara nak tunggu waktu makan.. Bukan nak makan beria pun.. Kudap-kudap ja..

Munchy's Cream Crackers (300g)

Ada 12 pek..

Setiap pek ada 4 keping biskut..

US | The Amateur (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok sebab ada Rami Malek.. Kisahnya hero ini pegawai yang melaksanakan tugas memecahkan kod.. Satu hari isteri dia kena bunuh dengan penjahat tapi orang atasan dia tak boleh nak bertindak sebab nak lumpuhkan seluruh operasi bukan setakat nak tangkap penjahat tu ja.. Jadinya lelaki ini ambil tindakan sendiri dengan mencari tahu di amna penjahat tu berada.. Untuk melakukan kerja-kerja tu lelaki ini mengugut bos dia untuk benarkan dia ikut latihan lapangan.. Masalahnya lelaki ini tak boleh membunuh, tak berani.. Lelaki ini punya kepandain lain iaitu emmbuat bom.. Jadinya bayangkan lelaki yang cemerkap, tak boleh membunuh tapi pandai buat bom dan pandai menjejak penjenayah mencari dan menghukum penjenayah.. Memang amatur habislah..

The Amateur
2025 ‧ Thriller/Action ‧ 2h 3m
Charlie Heller is a brilliant CIA decoder whose world comes crashing down when his wife dies in a London terrorist attack. When his supervisors refuse to take action, his intelligence becomes the ultimate weapon as he embarks on a dangerous trek across the globe to track down those responsible.

Friday, June 20, 2025

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun inj ulang tahun kelahiran Amani jatuh hari Jumaat.. Penghulu segala hari.. Kami tak ada kemana pun.. Sha belikan Amani kek keju kegemaran dia dan hadiah seperti yang diminta.. Petang tadi lepas ambil Imani dari sekolah agama kami terus pergi makan.. Bawa Amani makan makanan kesukaan dia.. 

Chicken chop dan air extra jos.. Sambutan cara kami..

Kek keju kesukaan Amani.. Rasa masih sama seperti sebelum ini.. Tak berubah.. Sedap setanding harga.. Sebiji kek keju yang comel..

Amani bagi senarai buku yang dia nak, Sha pilih 5 buah ini sahaja.. 2 novel keluaran Prolog Media dan 3 novel remaja keluaran Bookiut..

Ini pula buku rujukan yang diperlukannya.. Matematik ja Sha tak beli sebab dah beli 1 set sebelum ini..

Beg ini ganti beg kedua untuk Amani guna ke sekolah.. Beg sebelum ini dah nak rabak dah..

Tak payah balut-balut.. Bubuh ja dalam beg ini dan bagi Amani.. kikiki..

Temujanji Ortodontik Terakhir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, Imani dah discharge dari Klinik Pakar Ortodontik, Teluk Intan..

Pagi tadi Sha bawa Imani untuk temujanji di Klinik Pakar Ortodontik, Teluk Intan.. Memang lancarlah temujanji hari ini.. Temujanji sepatutnya jam 10 pagi tapi disebabkan sampai awal jam 9 pagi, makanya dapatlah jumpa doktor awal.. Sha bawa sekali surat dari Klinik Gigi Pediatrik, Hospital Slim River untuk doktor maklum mengenai keadaan gigi Imani.. Doktor panggil Sha masuk untuk kes gigi Imani yang sepatutnya ditampal tapi tak ada.. Sha cakaplah dah tampal tapi tampalannya dah terbuka semula.. Bulan 7 nanti ada temujanji sekali lagi.. Lepas tu Doktor bincang pasal gigi taring yang semakin kritikal dan pemasangan pendakap gigi.. 

Doktor terangkan realiti mengenai pemakaian pendakap gigi ini.. Kalau anak memang tak nak pakai dan dipaksa pakai, risiko dia ialah tak akan ada penjagaan yang serius.. Rawatan akan jadi lama dan panjang sebab tetpaksa pakai.. Bila tanya Imani memang dia tak nak pakai dan dia okay ja gigi taring tak ada.. Makan apa semua okay ja.. Oleh kerana Imani memang tak nak pakai pendakap gigi, doktor pun discharge dia dari Klinik Ortodontik..

Doktor bagi surat untuk Klinik Gigi Pediatrik, Hospital Slim River teruskan dengan pembedahan buang gigi.. Lepas ja selesai perjumpaan dengan Klinik Ortodontik, Sha terus balik dan singgah Hospital Slim River untuk serahkan surat.. 

Selesai daftar dan menunggu nama dipanggil untuk jumpa doktor..

Ini gambar x-ray Imani.. Yang dalam bulatan tu gigi taring yang akan dibuang nanti..

KopeeKia: Coffee Mix, Dark Roast & Cappuccino

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baru berjaya cuba 3 dari 5 jenis kopi.. Pada Sha, kopi dari jenama KopeeKia ini memang memiliki biji kopi yang keras.. Setiap kopi yang Sha minum tu terasa padu kopinya.. Walaupun yang campuran biasa tu.. Kalau korang suka kopi yang keras, jenama ini memang sesuai dengan korang..

Pergh!! Pekat betul rasa kopi dia.. Memang padulah.. Tak mampu Sha nak habis secawan.. Kongsi dengan anak dara baru habis.. Ini yang biasa tau..

Dark Roast ini pun kaw okay.. Memang biji kopi yang digunakan jenama ini padu betul.. Rasa kopi dia kuat betul.. Sekali minum, celik terus mata dari rasa mengantuk.. Peminat kopi dengan rasa yang kuat, bolehlah cuba jenama ini..

Cappucino ini walaupun tak pekat tapi masih padu rasa kopi dia sebab kurang gula.. Memang sesuailah untuk mereka yang sukakan kopi kurang manis.. 

Thursday, June 19, 2025

Korea | Mercy for None (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak layan filem lawan-lawan yang menarik macam ini.. Kisah penjenayah yang dah bersara dengan syarat lindungi adik dia yang juga terjebak dengan dunia jenayah tapi tiba-tiba adik dia mati dibunuh.. Memang hero muncul baliklah.. Setiap episod ada babk lawan.. Lawan yang padu tau, bukan biasa-biasa.. Memang puas hatilah tengok hero belasah penjenayah.. Tak ada belas kasihan punya..

Semuanya berpunca dari kebodohan Jun Mo yang terlalu ingin membuktikan keupayaan dia.. Masalahnya dia tak berjaya pun, sebaliknya menambah masalah lagi kepada semua orang.. Elok dah tak ada pergaduhan atau pembunuhan, eh boleh pula si Jun Mo ini buat hal.. Disebabkan Jun Mo dah bunuh Gi Seok, abang Gi Seok iaitu Gi Jun yang dah elok bersara terpaksa muncul semula dan membelasah semua yang terlibat dalam pembunuhan adik dia.. Gitulah.. Tapikan dalam pada Gi Jun cuba melakukan pembalasan dendam dia, ada manusia yang cuba ambil kesempatan.. Pengkhianatan dari dalam dan tidak disangka..


Drama: Mercy for None
Also Known As: Gwangjang , Plaza Wars, The Square
Director: Choi Sung Eun
Genres: Action, Mystery, Crime, Drama
Country: South Korea
Episodes: 7
Aired: Jun 6, 2025
Aired On: Friday
Original Network: Netflix
Duration: 42 min.
Nam Gi Jun was once a key member of the Bongsan Gang, led by Koo Bong San. He fought through bloody turf wars, helping the gang rise to power. But everything changed when his younger brother, Nam Gi Seok, joined their rival gang, Joowoon, under Lee Ju Un. To protect his brother, Nam Gi Jun made a brutal choice - he left Bongsan for good, severing his left Achilles tendon as proof that he would never return.

Eleven years later, he lives a quiet life, running a small drink supply business serving Bongsan-owned establishments. He has no intention of going back. But when Nam Gi Seok, now the second-in-command of Joowoon, is found dead under suspicious circumstances, Nam Gi Jun knows he can't stay away. To find the truth and take revenge, he steps back into the underworld he swore to leave behind - where old grudges still burn, power has shifted, and nothing is as it seems.

~~ Adapted from the webtoon "Plaza Wars" (광장) written by Oh Se Hyung (오세형) and illustrated by Kim Kyun Tae (김균태). ~~

Beryl's Almond Coated With Salted Caramel Milk Chocolate & Biscuit Balls

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jenuh juga mencari di pasaraya terdekat dengan Sha lepas baca entry di blog Anies.. Akhirnya jumpa dalam Family Mart yang baru buka di Behrang Central.. Yeah!! Sedap.. Coklat mana yang tak sedap kan.. Tambah buat seketul Sha yang sangat sukakan coklat Beryl's.. Pergh!! Mantap rasa dia.. Memang gabungan yang padulah.. Tak terlalu berlebihan, ngam-ngam ja.. Sedar-sedar dah habis sekotak Sha makan.. Karamel masih pada coklat susu tu memang ngam.. Lepas tu ada tekstur pula dari badam dan biskut bebola tu.. Memang puas hatilah..

Beryl's Almond Coated With Salted Caramel Milk Chocolate & Biscuit Balls (60g) - RM8.80

Ada 10 ketul dalam 1 kotak ini dan dibungkus secara berasingan..

Keratan rentas coklat.. Coklat, bebola biskut dan badam

Korea | Newtopia (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kan.. Dari mula drama ini keluar dah cuba nak tengok tapi tak berjaya lepas episod 1 pun.. Sampailah awal Jun hari tu Sha berjaya tengok sampai episod 3.. Kemudian berhenti dan akhirnya sambung semula awal minggu ini sampai habis.. Sha tak minat langsung pelakon dalam drama ini tapi drama ini memang menguji emosi betul.. Wabak yang tiba-tiba menggila.. Sepasang kekasih yang teruji bila si lelaki terpaksa berkhidmat untuk tentera dan si wanitanya didesak untuk memilih yang lain.. Baru nak putus, wabak melanda.. Memang huru-hara perasaan masing-masing.. Penamat dia memang tak terjawablah sangat tentang wabak zombie tu.. Tapi manusia sentiasa mencari sesuatu untuk dijadikan kekuatan dalam meneruskan hidup.. Ada ja manusia yang jadi makin gila dalam keadaan terdesak dan ada ja yang masih memegang kemanusiaan.. Paling tak sangka bila perempuan yang dianggap lemah lebih kuat dari lelaki yang sentiasa dianggap kuat..

Episod 5 memang kelakar untuk babak pelajar mabuk yang tak pandai memandu tiba-tiba buat aksi drift siap elak zombie.. Babak ini mengekek Sha gelak.. Adoilah.. Sabar jelah..

Drama: Newtopia
Also Known As: Influenza, Inpeulruenja, Nyutopia
Director: Yoon Sung Hyun
Screenwriter: Ji Ho Jin, Han Jin Won
Genres: Action, Horror, Romance, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 8
Aired: Feb 7, 2025 - Mar 21, 2025
Aired On: Friday
Original Network: COUPANG TV
Duration: 53 min.
It is a drama that depicts the process of a soldier, Jae Yun, and his girlfriend, Yeong Ju, who have just been notified of a breakout, fighting against hordes of zombies and running toward each other, set in an air defense unit in a high-rise building in Seoul.

Jae Yun enlisted in the military at the late age of 26 while seeking alternative service through employment in the defense industry. Anxious about his future, he becomes obsessed with his girlfriend, eventually breaks up with her, and faces a world turned upside down by hordes of zombies. He was weak and lacked confidence, but as he fought the zombie outbreak, he gradually began to act as the leader of the squad.

Yeong Ju is a rubber rookie who is new to society and is having a hard time with Jae Yun, who does not understand her feelings before being notified of their breakup. As she sets out to meet her boyfriend, she discovers a zombie outbreak and gradually becomes stronger in the fight for survival.

~~ Adapted from the novel "Influenza" (인플루엔자) by Han Sang Woon (한상운). ~~

Wednesday, June 18, 2025

Meet Mee Sambal Udang Kering Premium (Rangup)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berbaloi beli sambal udang kering ini.. Cukup pedas, manis dan garing dia.. Memang sedap ini kalau tambah dalam makanan lain.. Rasa udang tu pun kuat.. Puas hatilah..

Meet Mee Sambal Udang Kering Premium (Rangup) - RM15.73

Merah menyala.. Mantap..

Jepun | The Hound of the Baskervilles: Sherlock the Movie (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini tentang 2 lelaki iaitu Shishio dan Junichi yang diminta menyiasat satu kes penculikkan yang pelik.. Perempuan bernama Beni diculik namun, penculiknya tak ambil pun duit tebusan malah melepaskan semula Beni.. Jadi ayah Beni ni macam peliklah tu yang dia suruh 2 lelaki ini siasat.. Awalnya, diorang tak nak tapi bila ayah Beni ini tiba-tiba mati akibat penyakit rebies.. Bila 2 lelaki ini di soal siat oleh polis, ada seorang polis ini suruh diorang ke tempat ayah Beni dan siasat sebab ada kes lain juga sebenarnya yang berlaku di situ..

Kes kedua ini tentang penculikkan seorang budak 20 tahun yang lalu.. Semuanya saling berkait rapat..

Movie: The Hound of the Baskervilles: Sherlock the Movie
Also Known As: Baskerville ke no inu Sherlock Gekijouban, Baskerville's Dog Sherlock
Director: Nishitani Hiroshi
Genres: Mystery
Country: Japan
Release Date: Jun 17, 2022
Duration: 1 hr. 59 min.

Homare Shishio who was thought to be dead reunites with Wakamiya Junichi after 3 years to investigate the attempted kidnapping of an entrepreneur's daughter. However, the entrepreneur dies soon after so the duo ends up on a strange island in the Seto Inland Sea where they come face-to-face with the entrepreneur's weird family members and associates amid a scary legend of a dog which attacks people.

~~ Adapted from the novel "The Hound of the Baskervilles" by Arthur Conan Doyle. ~~

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com