Friday, August 28, 2015

PETUA MENINGKATKAN PERHUBUNGAN

Assalamualaikum..
Hari ini sha saja nak share info nie..
Kebetulan terjumpa dalam satu novel..
Benda baik haruslah dikongsi bersamakan..

PETUA MENINGKATKAN PERHUBUNGAN
Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenarnya ialah dengan mendekatkan diri kepada ALLAH. Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwanya yang kosong. Ini kerana, ketika kita jauh daripada ALLAH, iblis yang suka melihat umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga.

Untuk itu, seelok-eloknya setiap pasangan mengamalkan beberapa doa selepas solat bagi merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri. Antaranya ialah membaca surah al-Imran ayat ke 31 atau membaca ayat ke 200 surah yang sama bagi mengurangkan panas baran suami/isteri.

Penceramah bebas, Ustazah Siti Nor Bahyah bte Mahmood menyarankan agar setiap pasangan mempraktikkan ‘Petua 8P” bagi mengeratkan lagi perhubungan.

Petua 8P
1.       Puji – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan, contohnya perhatian, masakan, pakaian serta mengucapkan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2.       Peluk – Pasangan suami isteri hendaklah sering peluk-memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian kasih sayang yang menyejukkan hati pasangan.
3.       Penghargaan – Amalan memberi hadiah juga boleh menambahkan kasih sayang.
4.       Perhatian – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian bolehmengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5.       Persefahaman – Memerlukan pasanagn lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6.       Pergaulan – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan dengan orang lain bagi mengelakkan daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu dan seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7.       Percutian – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukkan dan kehidupan rutin.
8.       Permohonan – Berdoa  kepada ALLAH supaya merapatkan kasih sayang antara suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokkan dunia.

Perkahwinan ibarat satu pelayaran di lautan luas, yang menuntut kesabaran setiap pasangan. Usah biarkan mahligai yang dibina hancur berkecai. Pertahankan sehabis daya agar kebahagiaan dapat dikekalkan.

Sebagai umat-Nya, setelah berikhtiar, sewajarnyalah kita berdoa ke hadrat Ilahi, memohon yang terbaik untuk kebahagiaan keluarga di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan...

Artikel dipetik dari Novel Buatmu Kekasih karya Aisya Sofea.

4 comments:

  1. ngeh3.. ni yang dah kawen tu sila sila amalkan k..

    ReplyDelete
  2. in shaa allah semoga kekal bahagia ikatan perkahwinan.
    kena simpan tips ni nanti boleh refer blog sha. hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com