Saturday, August 1, 2015

Popia Ketam

Assalamualaikum...
Hari ini kita cite pasal juadah minum petang pula..
Senang, ringkas dan mudah..
Popia Ketam..
Ada banyak version Popia Ketam nie..
Ada yang bubuh banyak bahan, ada yang guna Fillet Ketam dan kulit Popia jer untuk buat Popia Ketam nie.. Semuanya bergantung pada kreativiti kita.. Popia Ketam ini boleh dipelbagaikan.. Sama ada nak guna Fillet Ketam seketul2 ataupun nak hancurkan dulu.. Olahannya bergantung pada kita..

Ok, x moh citer banyak.. meh nak tunjuk Popia Ketam versi saya pula.. Mudah, ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan.. Seriously sedap..

Popia Ketam

Bahan-bahannya
Fillet Ketam
Kulit Popia
Sengkuang
Lobak Merah
Cendawan (yg ni pilihan ye..bubuh boleh, xbubuh pun xpe..)
Bawang merah
Lada Hitam
Bawang Merah
Minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara Membuatnya
1. Sagat sengkuang dan lobak merah. Ketepikan. Bawang merah diricik . Panaskan minyak dan bubuh margerin sedikit. Tumis bawang, setelah agak kekuningan masukkan sengkuan dan lobak merah yang disagat. Perasakan dengan garam, lada sulah dan lada hitam.
2. Didihkan air, tutup api dan masukkan fillet ketam. Toskan.
3. Sediakan bancuhan tepung gandum (sedikit jer) untuk mematikan hujung kulit popia.
4. Setelah semua bahan sedia bolehlah mula membalut.

Bahan-bahan yang diperlukan.

Saya guna dua keping kulit popia untuk memastikan inti tidak terkeluar semasa menggoreng.

Dah siap.. Boleh disejuk bekukan.

Hasilnya..

7 comments:

  1. baru je tadi p mydin beli ketam filet tp xbeli kulit popia
    mmg ada dok belit2 kulit popia tadi..tp x beli pun hehe

    yg cendawan tu time bila nak masukkan..xde plak bg tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa pula nak tulis tepi tuh..cendawan tuh optional..nak bubuh boleh..x bubuh pun boleh.. hehehe..sory ye el. Lupa lak..

      Delete
  2. Sedapnyer sis..

    ReplyDelete
  3. Buat sendiri ka kak sha best betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup arz..buat sendiri..baru berjaya.. hehehe..

      Delete
  4. Assalam sha,
    iols bru ja beli kulit popia tu
    hengatkan nak buat inti kentanmg sajork he3

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com