Assalamualaikum..
Hye semua..
Kita dah makin ke penghujung Ramadhan.. Tak berapa hari je lagi Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita.. Berpeluangkah kita melalui lagi Ramadhan pada tahun hadapan, hanya Allah sahaja yang tahu.. Hari ini tak berapa sihat.. Sejak malam tadi asyik nak ke toilet je.. Sistem pembuangan mengalami masalah.. Mungkin sebab dah beberapa hari tak membuang.. Tu yang perut jadi tak selesa.. Pagi tadi sahur mujur terjaga.. Sebab tidur tak berapa lena.. Mujurlah lauk dah siap masak malamnya tinggal nak masak nasi dan bancuh air je.. Sahur apa pagi tadi?? Sha makan nasi lauk daging black paper dan telur masin.. Terlupa pula nak snap gambar.. Faktor usia.. hehehe.. Pagi ini memang encik suami suruh rehat je tapi bila mengenangkan dua bakul baju tak berlipat, mana maunya berbaring saja.. Lepas menaip entry ini memang nak mengadap bakul bajulah pula.. Hehehe.. Karang nak ke TF pula mencari bahan basah dan kering untuk dibawa balik ke kampung MIL.. Tahun ini memang beraya di kampung MIL jelah.. KL tak tahu dapat pergi ke tak.. Rumah arwah abah pun nak kena balik juga.. Adik bongsu masih ada di sana.. Mungkin Isnin petang berbuka sama..
Gambar tak ada kaitan dengan entry.. Hehehe.. Ini gambar throwback.. Sila scroll laju-laju kalau tak nak terliur ye.. Hehehe..
Gambar tak ada kaitan dengan entry.. Hehehe.. Ini gambar throwback.. Sila scroll laju-laju kalau tak nak terliur ye.. Hehehe..
Banyakkan makan buah-buahan untuk pelawasan
ReplyDeleteterima kasih WP.. Memang kena tambah stok buah nie..
DeleteGado-gado tu nampak sedap😋.
ReplyDeletehehehe.. memang sedap..
Deletebandung soda cincau tu pergghhhh
ReplyDeletems puasa hari tu mmg teringin nk mkn laksa tp bla jumpa rasa nan hado
ReplyDelete