Assalamualaikum..
Hye semua..
Hari ini berjaya bawa Imani cabut juga gigi yang sakit hari tu.. (Baca SINI).. Jenuh juga pujuk dia.. Janjikan gadjet dan juga aiskrim.. Alhamdulillah.. Tak ada aksi menjerit dan meraung.. Doktor cucuk ubat bius dan 5 minit kemudiannya cabut.. Lepas cabut tu je baru dia menangis.. Terus Sha peluk dan bawa keluar.. Gigi tanggal elok semua.. Tak ada pecah ke apa.. Sha terus ambil cuti.. Tak nak menyusahkan pengasuh.. Sha jaga sendiri di rumah.. Petang tu masakkan dia bubur nasi dan belikan Aiskrim La Cremeria: Summer Berries Yogurt.. Bagi sejuk je gusi dia.. Mujurlah sebelum cabut tu dia dah makan sepinggan nasi lemak.. Alhamdulillah senang sangat urusan cabut gigi Imani hari ini..
Sempat lagi Imani bagi love masa ambil gambar dia.. hehehe..
Tahniah buat Imani kerana telah berjaya melepasi cabaran mencabut gigi 😁🎈
ReplyDeleteTQ Acik..
DeleteGood girl kakak
ReplyDeletelega rasanya dapat pujuk dia..
DeleteSyukurlah semuanya dipermudahkan. Semoga Imani cepat sembuh.
ReplyDeleteAamiin.. tq Jannah..
DeleteMudah2an Imani dah sembuh sakit gigi
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Dah okay dan makin ceria dah dia..
DeleteHahahaha muka sedih pun sempat bagi love. Comel la imani ni
ReplyDeletesakit sekejap je imani. lps ni jg gigi elok2 dan x payah jumpa doktor lg hehehe
ReplyDelete