Saturday, May 23, 2020

Filem Melayu | 7ujuh (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik cumanya terlalu gelap.. Tak berkenan Sha tengok.. Jalan ceritanya menarik tapi tulah.. Bila cerita seram je mesti nak kena guna tone gelap.. Tak boleh ke buat cerita seram tapi tone tu terangkan sikit.. Ini hari siang pun gelap.. suram je.. Menyampah nak tengok.. Tapi habis jugalah tengok.. Kisah Suri yang mati setelah menyumpah 7 orang manusia kejam.. Kejam dengan cara mereka yang mementingkan diri.. Akhirnya ke tujuh-tujuh tu mati.. Bapa suri pun boleh tahan jahat gak.. Hahaha.. Memang kisah ini starait je.. Cuma nak tahu siapa pelakunya tu je kena tunggu lama sikit.. Okaylah.. Menarik untuk ditonton walaupun suram sangat warnanya.. Kalau boleh cerahkan, memang sha cerahkan.. hahaha..

TAJUK : 7UJUH
Tarikh Tayangan : 8 November 2018
Genre : Seram / Ngeri
Pengarah : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
Pelakon : Johan As'ari, Cristina Suzanne, Marsha Milan, Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim, Siti Saleha, Riz Amin, Deedee Nash, Hanafi Su, Faizal Hussein

 SINOPSIS 7UJUH
Pada tahun 70an, tujuh pelajar kolej yang mengambil keputusan meraikan hari terakhir pengajian dengan bercuti di sebuah rumah peranginan milik salah seorang daripada mereka, Sam.
Namun kegembiraan tujuh sekawan itu berpesta dengan arak dan dadah telah mengundang satu kejadian yang tidak diingini terhadap Suri (Marsha Milan) iaitu anak kepada Tok Batin (Wan Hanafi Su) yang ditugaskan menjaga rumah tersebut. Suri telah dirogol dan kemudian membunuh diri. Suri menyumpah akan menghantui mereka.
Susulan kejadian tersebut, ketujuh-tujuh mereka dihantui satu sumpah dendam sehingga membuatkan mereka sukar untuk keluar dari rumah tersebut. Lebih parah, sumpahan tersebut harus tuntas untuk meragut nyawa mereka seorang demi seorang.

1 comment:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
    Mohon kemaafan sekiranya ada tak sengaja perkataan yang menguris hati selama ini.

    Pertama kali dengar kisah ini. Thank you for sharing.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com