Assalamualaikum..
Hye semua..
Tahun ini tahun akhir Imani di sekolah rendah.. Sha dah belikan siap-siap hadiah perpisahan untuk guru-guru dia.. Antara yang Sha beli ialah TYESO Vacuum Insulated Tumbler ini.. Ada pelbagai warna dan 2 saiz.. Sha beli yang 500ml dan 710ml.. Sha beli berdikit-dikit, bermula dari awal tahun hari tu.. Ini untuk cikgu sekolah pagi.. Kemudiannya untuk Ustaz dan Ustazah sekolah petang Sha belikan set cutlery.. Sama juga beli berdikit-dikit.. Kalau sekaligus memang terduduklah kan..
Hadiah untuk cikgu, Ustaz dan Ustazah Imani..
Ini untuk Ustaz dan Ustazah sekolah petang.. Sedikit hadiah tanda terima kasih atas tunjuk ajar selama 6 tahun Imani di sekolah agama.. Sha bagi pada 10 Disember 2025 masa jamuan akhir pelajar darjah 6..
Ini pula untuk cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan.. Sha dan Imani bagi masa Hari Anugerah (Khamis-11/12/2025).. Memang masa ini ja Sha rasa mudah untuk sampaikan.. Sha cari semuanya dan ambil gambar juga tanda kenangan.. Alhamdulillah.. Selesai sudah..


























Alhamdulilah berkongsi rezeki. Semoga dimewahkan rezeki akak lagi
ReplyDeleteHadiah yang memang berguna ni Sha. Beg isi hadiah pun elok boleh digunakan semula. Tentu gembira cikgu-cikgu terima.
ReplyDeleteBagusnya Sha, prepare dari awal tahun. Mesti cikgu² happy dgn pemberian ni.
ReplyDeleteWhoa...Baguslahh beli sikit sikit...Hujung tahun dah Siap semuanya...
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai sudah...
ReplyDeleteNaniey belum selesai lagi..