Thursday, May 28, 2026

Servis Ketiga Kuda Merah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah selesai servis kuda merah buat kali ketiga.. Sha perasan dah sampai km yang sepatutnya servis pada hari Isnin (25 Mei 2026).. Selasa tu terus telefon Pusat Servis Proton di Tanjung Malim untuk buat tempahan.. Alhamdulillah lega rasanya bila dimaklumkan yang hari ini mereka dah mula beroperasi.. Jadinya tak payahlah Sha ambil cuti.. Hari ini Sha dapat Cuti Tanpa Rekod Kelompok (Hari Raya Haji Kedua).. Jadinya tak payahlah nak mohon cuti rehat.. 

Seronok bawa kereta hari ini.. Tak ramai orang dan tak banyak kereta.. Sha tempah awal pagi supaya cepat buat dan cepat siapnya.. 

Encik suami minta periksa padel break sebab berbunyi setiap kali tekan break.. Ini mekanik dah bubuh minyak dan tak ada dah bunyi dia..

Lepas tu minta tengok kan getah absorber belakang sebab getah tu dah terkoyak.. Alhamdulillah, masih dalam waranty jadinya dia dah buat pesanan nanti alat ganti (bump stop rear) sampai dia akan maklumkan Sha.. Bolehlah bawa kereta untuk ganti..

Mekanik periksa juga bateri, brake pad dan wiper.. Semua masih dalam keadaan baik.. Petangnya sales person hantar sebut harga untuk servis yang akan datang.. 

20258KM dah.. Sekejap ja bila kereta memang selalu pakai.. 

Sementara tunggu kereta di servis, kita jamu selera dulu dengan nasi lemak.. Sedap betul nasi lemaknya.. Sambal dia tak terlalu pedas.. Selain nasi lemak, ada juga biskut, roti untuk dibakar dan makan dengan susu atau jem.. Air pula ada air panas, koko panas dan teh panas.. Kopi tak ada.. Air mineral pun ada.. Memang bestlah..

Kereta masuk bengkel 9.09 pagi.. Siap bayar semua jam 11.21 pagi.. Tak adalah lama bila kita datang awal dan jadi orang pertama yang tunggu kedai buka.. 🤣 Kali ini kena RM442.30.. Perkara yang dibuat ialah ganti air filter, minyak hitam (fully sintetic), assy oil filter, drain plug gasket, element air cleaner, windshield cleaner, alignment & balancing tyre dan basic service aircond.. Ini last Sha buat service tanpa upah kerja.. Sebab ada voucher.. Lepas ini kena bayar..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com