Assalamualaikum..
Hye semua..
Sebelum ini Sha ada kongsikan tentang kecederaan kaki Sha kan.. Sha rasa uratnya tertarik.. Mungkin salah duduk atau salah jalan.. Tak pastilah.. Jadinya hari ini tak adalah aktiviti briskwalk.. Sha berehat sekejap sampai kaki Sha okay barulah Sha briskwalk balik.. Sha turun naik tangga hospital ja.. Gigihlah jalan ikut laluan jauh nak ke tandas dan ke cafe demi mengira langkah nak ke Miri.. kikiki.. Jadilah walaupun tak banyak.. Bila jalan kejap-kejap ini, tak terasa sangat sakitnya..
Petang tadi lepas ambil anak-anak, Sha singgah cari kasut sekolah untuk Imani dekat PasarayaKu.. Jenuh juga mencari bila saiz yang sama tapi ada yang kecik dan ada yang terlalu besar pula di kaki Imani..
Mujurlah jumpa juga yang sesuai.. Ini pun dia letak dekat tempat yang jauh dari kasut-kasut sekolah tu, stok lama rasanya ini sebab tinggal 2 pasang ja.. Imani beli sepasang ini, tinggallah lagi sepasang..
Kasut Imani yang dah tercabut tapaknya di bahagian depan.. Beli dekat PasarayaKu juga ini.. Tapi tu lah, pattern yang ini dah tak ada.. Dari minggu lepas lagi Imani bagi tahu pasal kasut dia ni, tapi disebabkan balik sekolah bukan Sha yang ambil tu yang lupa ja nak menyinggah beli..


























Saya pun baru Beli kasut sekolah ank...
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh kesakitan kakinya.
ReplyDeletekena rehatlah bw buat sementara waktu.
Untung ada juga yg sesuai ya kak. Di sini baru mulai tahun ajaran baru. Untungnya sepatu anak2 masih muat 😄. JD tak payah ganti dulu
ReplyDeleteBagi kaki rehat & sembuh dulu Sha, nak guna lama kaki tu :)
ReplyDelete