Assalamualaikum..
Hye semua..
Alhamdulillah.. Pagi ini ada pengunjung Perpustakaan bagi nasi lemak dekat Sha dan rakan sekerja.. Oleh kerana jumlahnya banyak, maka Sha panjangkan sedekah tu dekat rakan di Pentadbiran juga.. Rezeki dikongsi bersama.. Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan lagi rezeki buat yang memberi..
Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat, Sha sempatlah belek aplikasi 7E untuk promosi Crazy Wednesday.. Menarik betul tawaran Crazy Wednesday hari ini.. Banyak makanan dan minuman yang berbaloi untuk dibeli.. Jadinya Sha singgahlah dekat 7E Cafe kesukaan Sha di Behrang Resident.. Sempatlah bergosip pasal tawaran Crazy Wednesday ini dengan adik juruwang tu.. kikiki..
Hershey's tu beli 1 percuma 1, dua tu harga dia RM2.40.. Air Fuze Tea Jasmine Honey Zero Sugar tu pula dijual dengan harga RM1 sahaja untuk 1 botol.. Oleh kerana Sha tak pernah cuba lagi, Sha belilah lebih.. Biskut Quaker Oat tu pula RM1 untuk 1 pek.. Sha beli coklat cip tu 5 pek dan kacang madu tu 6 pek..
Kalau korang belum pergi 7E, bolehlah pergi nanti.. Bukan selalu tawaran dia menarik..


























Hershey tu murah n berbaloi sgt..
ReplyDelete