Assalamualaikum..
Hye semua..
Leonard Walter berhijrah ke bandar baharu untuk memulakan hidup dan kerjaya sebagai penulis novel seram selepas kehilangan isteri serta bayi kembarnya.. Namun, penemuan sebuah diari hitam di apartmen Black Swan mula mengubah hidupnya apabila kejadian ngeri yang ditulis dalam manuskripnya menjadi kenyataan.. 👀
Sha suka konsep cerita ini sebab ada gabungan misteri, unsur paranormal dan sumpahan yang membuatkan kita tertanya-tanya tentang rahsia di sebalik diari tersebut.. Bahagian yang paling menarik bagi Sha ialah idea tulisan yang boleh mempengaruhi kejadian sebenar.. Bayangkan jadi penulis, tiba-tiba apa yang kita tulis tu, tiba-tiba jadi secara nyata.. Nak cari ilham pun boleh jadi satu masalah! 😂
Secara keseluruhannya, premis novel ini memang menarik untuk peminat seram dan misteri.. Diari hitam itu pun nampaknya bukan jenis barang yang boleh dibuang begitu sahaja.. Dah campak ke laut pun boleh muncul balik! Memang gigih betul dia nak menumpang hidup Leonard.. 🤭
Sha baca dan selesai pada 18.11.2026..
Published February 1, 2024 by Kaseh Press


























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..